Friday, August 17, 2012

Bercinta Selepas Kahwin




Wah sangat teruja untuk menaip kat netbook yang dahulunya mempunyai kelembapan ganda dua bawah dari mesin taip. Thanks to Intel Atom yang kelajuannya pun selembab atom pada kadar bawah paras beku *sila belek buku fizik*. Bayangkanlah kalau dulu menaip kat Microsoft Word 2010, *perlulah di-mention bagai dibayar* kita dah taip berline-line sekali tengok kat skrin perkataan tu keluar satu-satu ibarat bermain Ouija board dimana spirit-nya instead of dragging the coin or planchette, adalah menaip jua. Tiba-tiba macam nak meniup habuk pada mesin taip Olympus lama, sambil tangan memutar-mutar riben hitam merah yang overused dan berlubang-lubang sebab menekan aksara terlalu kuat.

So akhirnya nekad simpan duit, alang-alang nak beli charger baru bagi mengantikan charger lama yang rosak that rendered my netbook idle dibawah katil selama lebih kurang empat bulan; might as well upgrade-kan RAM laptop ini yang 1GB demikian kepada 2GB, walaupun onarnya adalah processor itu jualah. Tapi kan saya adalah denial dan masih percaya pada Stacie Orrico ‘There’s Gotta Be More to Life’ to my netbook. 
   
My netbook ni biasa digunakan untuk presentation je. Microsoft Word dulu pun jenis yang trial expired, boleh open tak boleh edit. Kalau nak buat kerja kat laptop ni, kadar produktiviti kepada kekerapan screen freeze (sebab tak cukup memori) adalah pada graf linear. Sangat berkadar langsung, kalau plot dot demi dot memang semua menyentuh garisan pada precision and acuity diluar batasan logik. Walaupun telah di-activate-kan menggunakan activator KMS yang tak boleh harap itu *pengajarannya di sini belilah lesen ori*, akhirnya setelah menggunakan daya pujuk rayu dan muka lapar insan berpuasa, dapatlah di-install-kan menggunakan activator kat kedai computer itu jualah dengan percuma. Sila jangan under estimate-kan kuasa godaan anda pada waktu-waktu desperate.

Kini dengan adanya RAM baru, netbook ini pun berfungsi seperti maksud sebenar teknologi modern mobility, bukan sekadar untuk mengecek Facebook di Starbuck atau restoran mamak kerna mahu hoard Wi-Fi free dengan fungsi menaip yang minima kerana semua website telah di-bookmark-kan bagi mengelakkan malu apabila kawan nak pinjam Netbook nak update status Facebook; seumpama lebih baiklah anda membuat signal asap, nescaya lagi pantas override screen freeze yang memanjang. Dahlah ReadyBoost function tetiba disable.

So fungsi entry ini ditulis hanya untuk memaklumkan itu sahaja. Tiada niat lain selain dari menunjuk-nunjuk yang entry ini ditaip pada netbook *yang murah je pun compare to Galaxy Tab Plus* yang telah dibeli setahun lebih tetapi baru sekarang berfungsi sebagai netbook sebenar. Macam cerita orang kawin paksa, gaduh-gaduh dulu tapi lama-lama ngandung juga.

Okey mengarut, OD caffeine.

Bye...  


*mesti sakit hati apabila tajuk tak seindah entry*



1 comment:

Nomad Melayu said...

ARGHHHHHHHHHHHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Yes, I will sign my own consent paper and head towards the Psychiatrist Department without help, thank you.

XD

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...