Monday, January 23, 2012

Bloggerity



Prologue: Entry ini boleh tahanlah panjang. So, sila jangan tahan nafas kot ye pun eksaited saya dah update. Muahaha.



Saya suka membaca blog orang. Blog yang dibaca adalah mengikut mood. Kadangkala mood untuk membaca blog politik datang, sampai ke pagi tak sedar. Blog politik Malaysia banyak sangat kat dunia sesawang, blog pro-Kerajaan ada dan anti-Kerajaan juga berlambak. Kebanyakannya adalah blog yang memuja insan ‘terbilang’ DSAI *I puke in my mouth and voluntarily aspirate as mean of self-punishment for that last sentence*  

Kalau nak baca blog kisah-kisah sosial masyarakat, bacalah blog wartawan Mazidul Akmal, Bersama Mazidul. Dia juga ada blog menceritakan aktiviti pemburuan hantu bersama kru Penyingkap Fakta 666

Blog rakan-rakan blogger yang lain juga saya lawat seperti blogger prolific dan istiqamah INI, dia update setiap hari dan setiap harilah saya menghadap blog beliau. Sebab dia duduk jauh, so melalui blog ini kita dapat mengetahui perkembangan beliau. Entry beliau mempunyai insight yang dalam juga kerap kali mendorong kita sama-sama bermuhasabah diri melalui sesi-sesi monologue entry-nya. 

Seorang lagi rakan blogger yang SATU INI pula adalah saya gelar sebagai our very own Nigella Lawson. Dia rajin mencuba resepi dan insyaAllah, resepi-resepi yang dicuba beliau akan dapat dirasa setelah meng-Whatsapp-kan beliau. Selain itu beliau juga adalah salah seorang pemikir dan penulis yang simplistic but deep.

Blogger seangkatan lain pun saya follow every update mereka. Saya lazimnya prefer bookmark dari follow, kerana saya ni pemalu orangnya, ngahaha.

Blog lain yang saya ikuti adalah blog selebriti yang mempunyai pandangan kritis, literaturistic dan artistik seperti saudara Zahiril Adzim, the late Yasmin Ahmad *lama dia tak update, fine...lawak kejam*, tidak lupa juga mathematical philosopher Redza Minhat. Banyak kita boleh belajar dari penulisan mereka. 

Blog agama yang saya ikuti adalah Saiful Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dan tidak lain tidak bukan ustaz yang mempunyai populariti yang semakin meningkat Ustaz Azhar Idrus.

Blog-blog adik-adik junior saya juga saya baca at least tiap hujung minggu. Tulisan-tulisan mereka ini membuatkan saya berasa muda semula *cabut uban*

Dari dunia perubatan, saya suka membaca blog The Differential, iaitu blog gabungan pelajar perubatan di US dan dari negara lain. Best baca tulisan mereka sebab kita boleh mengetahui pengalaman pelajar perubatan di luar batasan tanah air. *hah kau ayat, my BM sangat rusty*

Nak baca blog ni, kena lah sign-up dengan Medscape dulu. Saya masih ingat lagi masa kelas pertama Clinical Method (Medicine) dengan Prof. Dr Yasmin dulu, perkara pertama yang dia syorkan kepada kitorang semua adalah untuk mendaftar untuk akaun Medscape.com. Perkara pertama saya buat balik rumah hari tu adalah do as I was told.

Saya sangat menyarankan semua rakan-rakan medical student untuk mendaftar, banyak kebaikannya. Saya menjadikannya sumber utama untuk membuat rujukan bagi membuat assignment. Free je pun. Ko kenape?

Saya juga banyak mengikuti blog penulis-penulis lain yang banyak saya boleh pelajari darinya. Di samping itu blog-blog picisan yang mengundang tawa dan menghiburkan juga ada.

Saya selalu monitor siapa yang melawat blog saya. Saya sedar ada tabiat unik seorang visitor yang taip alamat full blog saya kat Google search, alangkah senangnya hidup anda kalau taip terus kat address bar dan tekan enter, dah betul dah tu dik/kak/bang/makcik/pakcik/encik/cik.

Melalui Feedjit kat belah kiri ni sebenarnya kita boleh tahu macamana orang tu sampai ke blog kita. Tuhan sahaja yang tahu apa yang mereka taip kat Google Search, kadang-kala agak lawak jugak.

Sekarang ni saya perasan peningkatan hit pada entry Ashes and Snow by Gregory Colbert disamping alltime favorite entry How to Mend Broken Heart.

Emmm apa lagi saya mahu tulis.

Sebenarnya tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menggesa pihak-pihak berwajib untuk update blog anda selalu. Tetapi thought process telah membawa saya kepada entry sebegini.

Oh, multitasker brain, you did it again.



4 comments:

Nomad Melayu said...

and I would love reading yours too...kalau tak tengok, sekadar buka supaya dengar lagu2 tu pun dah jadi macam ritual harian bila berblogging...haha...ok, cukup, macam stalking pula bunyinya =-="

Happy blogging bro! XD

Syuhada Rahman said...

saya pn suke bca blog awak..full of inspiration and knowledge... mcm mana nak jd bijak mcm awak??

under the sky said...

membaca entri ini dengan hati yang berbunga. dan berniat melawat blog2 di atas

Aniron Orion said...

Arif: if there's one thing i frequently update other than my entry, is my playlist.glad you enjoy it ;-P

Sue: sye xbijak. pndi jauh sekali. mostly i'm just lucky. keep on blogging.

Farah: hati berbunga? tertelan pine seed? ;-p

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...