Monday, December 13, 2010

Heidi MonTAG

Oh dia takde kene mengena pun dengan entry ni. Arip sila jangan Google Image kan beliau. Kurang pahala nanti.

Saya baru tahu saya kena tag oleh Arip. Bagus budak ni. :-P

Soalannya:

Saya ambik mood kononnya Nujum Pak Belalang dari Kampung Pinang Sebatang, Negeri Beringin Rendang disoal oleh Ahli Nujum Negeri Masai.


  • Apa benda paling penting dalam hidup korang?
  • Jantung, paru-paru, liver, buah pinggang, pancreas dan paling utama otak saya, oh lupa yang ‘itu’ juga. Hehehe. Yang lain sekadar bonus.

  • Benda yg terakhir korang beli guna duit korang?
  • Saya beli tempe, tauhu, minyak masak dan botol air 2 liter kat Hero.

  • Di mana tempat korang langsungkan perkahwinan korang?
  • Las Vegas, hahahaha. Cowboy Style, yeeeehaaa!!!

  • Adakah korang sedang bercinta sekarang?
  • Hehehe…lalalala *cuba bersiul sambil mata tengok tempat lain konon tak terbaca soalan*

  • Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
  • Jap saya tengah kira takdir jodoh pertemuan jap. Oh, silap saya bukan Tuhan. Next.

  • Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
  • Sejak bila dia hilang?

  • Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
  • Novel – The Single Helix by Steve Jones
  • Buku – Comprehensive Ophthalmology by A K Khurana dan Dik Cerdas Volume 49 (latter book is more interesting)
  • Majalah – Reader’s Digest

  • Apakah nama penuh korang?
  • William Bradley Pitt, *sila muntah*

  • Antara mak n ayah mana paling rapat?
  • Kalau balik rumah, rapat ngan mak. Kalau kat Shah Alam, rapat ngan ayah. Biasalah sumber pendapatan katekan.

  • Namakan orang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
  • Member lama nama Ahmad Nazi (serious nama dia cenggitu)
  • Member lama nama Said anak D.O. Pitas
  • Geng keras time kecik-kecik nama Katie, Suzana, Sunil, Mamat.
  • Cikgu Tuisyen BI Cikgu Asniah <--mata non-stop blinking kena Ridsect katanye.
  • Cikgu Rauf (cikgu Pendidikan Islam + Bahasa Melayu)
  • Ustaz Zulfakar (ustaz mengajar mengaji)


  • Adakah korang basuh baju korang sendiri?
  • Tak, saya basuh bersama rakan-rakan di tepi sungai sambil menyanyi-nyanyi dan main simbah-simbah air ketawa riang.

  • Tempat yang betul-betul korang nak pergi?
  • Balik kampung kat Dublin.

  • Pilih salah satu, peluk atau ciuman?
  • Dua-dua salah

  • Bagitau 3 benda orang yang bagi kamu tag
  • Emmm… dia budak BMS, dia junior saya, dia budak pandai, lecturer kesayangan dia adalah Miss Najihah Bisri. Okey?

  • Benda yang paling disayangi dalam hidup korang
  • Laptop Aspire 4720 saya. “Sumpah Mah abang tak cari lain” dialog Madu Tiga

  • Lagu yang paling korang suka dengar?
  • Apo Kono Eh Jang – Ally Nor dan Mastura

  • Bila tarikh lahir korang dan tempat selalu korang sambut?
  • Octember 32, 1990 *muntah lagi, ko ngandung ke ape?*
  • Tak suka sambut pun. Mekasih lah yang pernah beria-ia beli kek dan belanja makan. Lain kali jangan buat lagi. Super awkward okey. Saya selalu berdoa takde sape pun yang ingat birthday saya. Sumpah saya tak suka.

  • List 3 org kene tag
  • Sara Bareilles
  • John Mayer
  • Katie Herzig

*semua ni ntah tahu ke tak dorang kena tag. Korang tak jawab tag ni, saya tak nak beli album korang lagi. Hehehe.


3 comments:

Nomad Melayu said...

oit! sejak bila pulak!! hahaha!! XD

Aniron Orion said...

tu yg mintak email miss najihah tu kat FB tuh...btul kan?

Nomad Melayu said...

hahaha, scandal prone me!! XD

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...