Sunday, December 12, 2010

Bercinta Dengan Masa-Masa Suntuk


Oh.


Masa sebenarnya terlalu lapang bagi saya sebagai seorang Medical Student MSU nih. Seriously, masa sangat lapang dan terluang berbanding MS uni lain. Lebih-lebih lagi sejak tukar department dari Ophthal ke Otorhinolaringology. Saya masih belum mahu belajar dari result 1st Internal Assessment hari tu. Keazaman saya hanya bertahan untuk tempoh masa singkat. Belum mahu mengambil pendidikan dari betapa mediocre-nya result saya. Oh! Apa salahnya menjadi mediocre, saya cuba memujuk hati. Tapi saya tak boleh menipu minda saya bahawa saya sangat tidak suka mediocrity.

Terus terang saya katakan, kadangkala bila terlalu lama belajar kita akan sampai satu tahap di mana kita akan menjadi sangat complacent. Untuk 1st Internal Assessment tempoh hari, saya hanya mula membaca pada hari sebelum exam tersebut. Saya cuba percaya bahawa saya boleh melakukan magik dengan menghabiskan nota setebal hampir 3 inci dalam tempoh singkat. Saya terlupa rupanya saya ini manusia yang paling tidak suka mengikut aliran. Iya maksud saya, saya tidak suka membuat sesuatu yang orang lain buat. Bila orang sibuk study nota, saya baca jurnal yang tidak kene mengena dengan exam; bila orang tengah struggle study, saya marathon citer Pretty Little Liar; bila orang sibuk buat nota ringkas, saya sedang menulis blog. Semua saya lakukan kerana tidak ingin mengikut trend semasa. Obviously kerana saya adalah rebellious misfit. Saya ingin tengok betapa sakitnya bila jatuh dari bangunan 14 tingkat dan kemudian dibaling peti ais dua pintu. Sadistic. Ya itulah saya.

Saya selalu melewat-lewatkan tidur sehingga hanya mempu melelapkan mata selama 1 jam, hanya kerana saya mahukan surge of cortisol dan adrenaline. Kedua-dua perkara ini membuatkan saya sangat aktif bercakap dalam kelas dan berinteraksi dengan manusia yang pada lazimnya (jika saya cukup tidur) saya adalah seorang social avoidant. Menghairankan, saya perlu untuk kurang tidur untuk berfungsi dengan baik. Nampaknya sistem saraf saya juga menjadi misfit. Oh.

Bila saya fikirkan kembali, saya rasakan saya mempunyai masalah konsentrasi kecuali apabila saya berada di dalam kelas. Jika saya berada di rumah, saya adalah seorang multitasker yang tidak berjaya. Saya tidak boleh melakukan sesuatu kerja dalam tempoh yang lama. Sebab itu sekarang saya kurang gemar menonton wayang walaupun telah beberapa kali diajak dan dirasuah untuk pergi, saya juga hampir diugut bakar kerana saya tidak mahu menonton cerita Narnia. Bukan apa sebenarnya, duduk menonton wayang selama dua jam atau lebih tanpa melakukan apa-apa dalam pawagam gelap menyebabkan tubuh saya mentafsirkannya sebagai period of inactivity thus otak saya mendapat signal untuk shut down. Makanya, rugilah siapa yang bawa saya tengok wayang dengan harapan untuk bercumbu kerana saya lebih suka tidur.

Ketika berhadapan dengan laptop, saya akan membuka banyak windows, application, blog websites, medical websites untuk dibaca tapi lazimnya adalah finished halfway sebelum saya skip dan jump ke website lain. Kemudian saya akan kembali ke website tadi dan meneruskan pembacaan dan saya akan melompat-lompat sehingga saya tidak faham langsung apa yang saya buat.

Ketika menonton drama series yang berdurasi 40 minit, saya biasanya mengambil masa lebih dari 2 jam untuk habis, sebab saya akan pause berkali-kali sementara saya menyidai baju, mengira bil-bil rumah, membaca back issue Reader’s Digest, mengemas meja, memasak, menonton TV, melipat baju, burn DVD, transfer data ke external hard disk, check Facebook, menyusun resit perbelanjaan, membeli air reverse osmosis dari mesin, cuci pinggan mangkuk, menulis blog, mencari lagu terbaru yang saya dengar di drama series tersebut, scan computer dengan AVG, scan computer dengan Avira, clean registry, update software, dengar mp3, convert FLV ke mp3, potong mp3 menjadi ringtone dan berpuluh-puluh perkara lagi yang merangkumi fungsi-fungsi laptop. Saya masih belum menghabiskan cerita Zombieland setelah tiga hari saya menontonnya.


Tiba-tiba saya terfikir, mungkinkah saya menghidap some sort of ADHD. Jadi baru tadi saya Google adult onset ADHD dan saya dapati, kebanyakan ciri-ciri itu ada pada saya seperti:

  • Procrastination – saya suka menangguhkan kerja dan malas membaca buku. More likely saya jarang baca buku pun except for something non-educational. Orang semua bajet saya rajin belajar di rumah. Silalah pasang CCTV dekat rumah saya dan tengok apa yang saya buat di rumah.
  • Indecision, difficulty recalling and organizing details required for a task – saya memerlukan confirmasi berkali-kali dari rakan-rakan lain. Nasib baik saya ada rakan-rakan yang mempunyai memori hebat dan boleh dilantik jadi secretary. Dari dulu lagi saya ada secretary informal.
  • Poor time management, losing track of time – sangat tepat, bila saya online saya dapati waktu sudah masuk pukul 6 bila dengar azan Subuh.
  • Avoiding tasks or jobs that require sustained attention – exactly
  • Difficulty initiating tasks – damn, it is true
  • Difficulty completing and following through on tasks – wow! It’s like they wrote this article for me.
  • Difficulty multitasking – what did I told ya?

Menurut article ini, saya mungkin berada di category ADHD-I, Inattentive Type. Mungkinkah saya menghidap ADHD sejak kecil tapi undiagnosed. Atau mungkinkah saya cuba mencari organic cause untuk men-justify yang saya sebenarnya seorang pemalas, penangguh dan self-saboteur. Atau…

…maybe…

…saya ada…


…SAKA

Oh… *gobsmacked*



No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...