Wednesday, December 15, 2010

Are You ReadyBoost-ed?


AMARAN: Entry ini sangat panjang. Sila buang air kecil terlebih dahulu. Sila matikan api memanaskan minyak di dapur. Memerlukan anda membaca dengan konsentrasi dan kegigihan. Kalau anda rasa nak skip-skip atau nak screen through je, sila klik link 'SAYA SANGAT BENGONG' di atas penjuru kiri blog ini. Ade tak? Memang pun takde, sebab anda sangat tingtong.

Berapakah RAM PC anda? Saya bukan becerita tentang Ramlah RAM, Leman. Bukan juga biri-biri jantan. Maksud saya adalah Ramli Ada Maggi (RAM) eh silap Random Access Memory lah. Apakejadahnya tu? Apa menatang RAM tu? Apa fungsinya. Sila Google sendiri. Aku pun belajar menatang ni masa Diploma dulu dalam subjek Understanding Computer atau dalam BM ‘Membawahberdirikan Komputer’ <-- kejadah. Nevermind, let me do you crash course.


---PELAJARAN BERMULA---

Saya simplified-kan begini, processor anda menguruskan semua operasi computer, manakala RAM memberikannya ruang untuk berkerja dengan penuh potensi. Contohlah anda adalah Ketua JKK Kawasan Perumahan Taman Mawar dan anda telah meng-import Lionel Messi bermain untuk Kelab Bola Sepak Taman Mawar (KBSTM <--nate gapo nih?) dan bermain pula di belakang Balai Raya, sebelah kebun bunga kertas Encik Mail, dibayar pula dengan air sirap dan biskut Marie; ia sangat sedih bukan?

Begitulah ceritanya jika anda ada Intel Processor Core 2 Quad (fine example itu sangat kuno) okey katalah Processor anda adalah Intel Core i7 tapi RAM anda adalah 1GB, sangat Bersamamu bukan? Tidakkah anda rasa cam syncope menahan gelak? RAM yang besar memberikan ruang yang besar untuk processor anda yang canggih gila tapir itu berfungsi dengan potensi yang sangat unggul dan terbaik. Ia tidak mempersia-siakan bakat Lionel Messi processor anda.

Jika RAM anda adalah sangat menangis-kan, system akan resort Virtual Memory dari hard disk anda. Tapi ia sebenarnya sangat melambatkan kerana hard drive adalah sungguh siput untuk men-transfer data berbanding RAM. Akibatnya, kerja-kerja anda sangat slow macam sloth yang dipukul kayu hingga mamar (<--oh WWF sila abaikan contoh ini).

---PELAJARAN ABIS---


Laptop saya bernama Nikita (baru tukar nama dulu nama dia Megan Fox) sebab beliau sangat kebal, hot dan tahan lasak walaupun berat, saya tetap sayang lebih sikit dari saya sayang external hard disk saya Maxtor Basic 1 Terabyte yang tiba-tiba kong sesuka rasa mood swing tuan dia. Sedih saya bila dia kong, banyak data dalam tu saya transfer as backup. Laptop backup data yang saya run every weekend pun ada dalam tu. Sampai hati dia buat saya macam ni. *korek idung jap*

Pernah tak korang plug in USB Flash Drive atau SD Memory Card korang dan ada Autoplay tunjuk…


‘Speed up my system using Windows ReadyBoost’


Pernah tak korang menjadi curios lalu mencuba-cuba explore option itu? Tidak? Ia biasanya berfungsi dengan Windows Vista dan Windows 7 sahaja. Saya rasa, anda patut mencuba kerana ia sangat berguna untuk PC anda. Saya ulangi dengan nada memaksa, sila cuba!!! *buat muka garang sambil mengetap gigi*

Saya baru sahaja mendapat balik USB Flash Drive saya dari member setelah tujuh bulan bersama beliau (tetap saya hampa apabila apa yang saya mintak diisi kedalamnya tetap tak dapat, kecik ati). Ia bersaiz 8GB. Saya memformatnya kepada FAT32 (oh, saya tidak bermaksud menyinggung sesiapa yang berumur 32 tahun dan gemuk) dan mendedikasikannya untuk perkara ini. Saya cadangkan anda memformatkan USB Flash Drive anda kepada NTFS kerana ia adalah file system lebih baik dari FAT. Nanti saya terangkan kenapa kena pilih NTFS. (<--lagi janji-janji manisku)


Ya rating saya sangat kasihan.


Nikita saya yang ada 4GB RAM sahaja *jangan perkecilkan dia*, itupun setelah saya upgradekan sendiri sebanyak dua kali kerana DDR dia ada 2 je. So memandangkan saya ni adalah multitasker yang ‘terhebat’ dalam dunia, saya memulakan banyak operasi serentak dalam satu masa. Maka saya telah mendera RAM saya sehingga CPU usage saya jarumnya asyik mencecah 100% je. Najihahnye, eh silap nanti Arip marah, natijahnya laptop saya asyik freeze selama 5 second sebab CPU saya cuba berfikir dengan gigih

“Mana aku nak cekau RAM untuk support owner aku nyer operasis (<--as in plural) nih.”

Lepas tu baru dia unfreeze semula dan kembali bertindak seperti biasa. Perkara ini berlaku sangat kerap kerana, Drive (C:) saya juga sangat menyedihkan bilangan memori yang tinggal. So nak opt to virtual memory pun seperti, macam tak payah.

Tidak perlukah saya tunjukkan step by step macamana nak gunakan ReadyBoost ni. Sebab ia sangat mudah dan foolproof. Kalau susah sangat, sebelum memulakan operasi ini. Anda search kat ‘ReadyBoost’ kat Windows Help dan baca.

Ia adalah cara mudah, efektif dan murah untuk meningkatkan potensi dan operasi PC anda lebih-lebih lagi jika menggunakan graphic card integrated, kerana dia curi RAM anda. Kecuali anda menggunakan dedicated graphic card yang ada processor dan RAM sendiri, maka janganlah anda memandang saya dengan bongkak. Saya tahu processor saya Cuma Centrino Core 2 Duo dan takde graphic card, cuma Intel(R) Graphic Media Accelerator sahaja *mengesat air mata*.

Anda boleh beli USB Flash Drive 8GB, harga yang paling murah terkini adalah RM38. Tak perlu keluar duit banyak nak beli RAM baru atau tukar processor. Yours are fine. Kalau anda ada 1GB RAM, jika anda memformat USB Flash Drive anda dengan FAT32, anda hanya boleh meningkatkan RAM kepada sekali ganda RAM asal iaitu tambahan 2GB kepada 1GB asal. Dangan FAT32, maximum support adalah 4GB.

Sila pilih 'Dedicate this device to ReadyBoost' dan pilih berapa banyak

memory USB Flash Drive / Flash Memory Card and nak gunakan untuk ReadyBoost.


Tapi sekiranya anda memformat USB Flash Drive anda kepada NTFS, anda boleh menggunakan semaksimum 32 GB (bergantung kepada kapasiti USB Flash Drive) space available bagi SATU (1) removable storage device dengan ReadyBoost; dan sehingga 256 GB total untuk satu komputer; dengan memasukkan sehingga 8 USB flash drives atau flash memory cards pada komputer yang sama. Bayangkan potensi besar komputer anda. Gila sombong-lah anda lepas nih.

Memori yang anda allocatedkan untuk ReadyBoost, tidak boleh digunakan untuk menyimpan data lain. Hanya baki yang tinggal boleh digunakan. Bagaimanapun, ia adalah reversible. Jika anda berhajat tidak mahu menggunakan USB Flash Drive anda untuk ReadyBoost dan konsentret untuk menyimpan data sahaja; anda boleh mendapatkan kembali memory space USB Flash Drive anda semula tanpa banyak soalan ataupun jelingan tajam dari computer anda mengatakan “Ces, buruk siku!”

---TARIK NAFAS JAP, OH ENTRY INI SANGAT PANJANG RUPANYA---

Bagaimanapun, jika computer anda mempunyai hard disk menggunakan teknologi solid-state drive (SSD), anda tidak akan mendapat option untuk men-speedkan computer anda dengan ReadyBoost pada autoplay apabila anda plug in USB flash drive atau flash memory card. Sebab, tak banyak kesan pun sebab SSD ni dah sangat laju sebenarnya.

Bagaimana nak tahu anda punya computer tu SDD atau HDD? Kalau anda guna laptop Acer Aspire macam saya, label kat bawah sebelah kanan keyboard anda tu ada tampal specification laptop anda. So tengoklah dia punya ‘memory’ berapa. Macam kat laptop saya yang klasik ni hanya 120GB HDD, so ia adalah HDD. *nangis lagi*


APAKAH PERUBAHAN NYATA YANG SAYA DAPAT RASAKAN SELEPAS READYBOOST NI?


Ia membuatkan saya boleh loading video kat YouTube berkali-kali ganda lebih laju tanpa perlu pause dan tunggu sebab fungsi Flash telah dipertingkatkan.

Ia membuatkan FlashGet saya men-download dengan cepat dan sombong. Kau siap, aku suruh ko download banyak-banyak lepas nih.

Laptop saya tidak lagi freeze berkali-kali ala-ala ting tong seperti dulu (sebab dulu dia asyik nak freekan RAM dan virtual swap memory on the go).

Respond time juga sangat pantas seperti black mamba mematuk (hyperbola sangat).

Ia tidak lagi mencuri memory drive (C:) saya yang sedih dan kasihan.

Multitasking menjadi lebih smooth. Bermakna saya boleh menambahkusutkan kepala saya dengan membuka pelbagai application dan window.

Internet surfing menjadi lebih lancar dan loading page lebih cepat. Membuka website porn yang banyak gambar bersaiz besar juga lancar. Ayooomak!!! Maksud saya browsing Facebook picture member anda lebih cepat.*berpeluh*

Anda akan nampak lebih hensem *scratch this*. Saya akan nampak lebih hensem.

Multimedia seperti Adobe Flash Player ataupun *cough-cough* Microsoft Silverlight (<-- yang useless itu) juga sangat enhanced function-nya.

Main game juga sangat pantas, lebih-lebih lagi yang menggunakan graphic card jenis integrated dan bermain pula online game sampai tak datang kelas <--sapekah?.

Saya lebih gembira.




Kat USB Flash Driva anda akan ada icon ini dan jumlah memory yang

anda gunakan untuk Boostkan RAM anda.


KESIMPULAN (Fuh! Finally): Silalah cuba kalau tak percaya, saya sangat menyesal kerana tak mengambil endah fungsi itu sebelum ini. Bila dah try, wah saya sangat orgasm. Bayangkan, dengan penambahan hanya sebanyak 4GB RAM kepada 4GB yang sedia ada menjadikan computer saya seperti isteri muda di malam pertama. Hanya RM38 ringgit je harga USB FlashDrive tu bai. Apa-apa jenama atau memory capacity pun boleh, preferably 4GB and above lah.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Anda tidak boleh mencabut USB Flash Drive anda sehinggalah anda shut down computer anda. Sebab USB Flash Drive anda digunakan sebagai RAM tambahan. Duh! Saya tidak pasti adakah fungsinya available untuk desktop computer, tapi silalah cuba kalau boleh. Kalau anda rasa tak puas hati dengan fungsi ReadyBoost ini silalah membunuh diri dengan berjemaah. Kalau puas hati, hai, tak reti-reti nak belanja saya makan.

WABILLAHITAUFIK, WASSALAM.


P.S: entry ini sangat panjang, saya sangat gigih, saya sebenarnya sangat mengantuk, muka saya sangat merah, tapi saya excited sebab computer saya sangat berfungsi sangat lebih sangat baik sangat. Damn!

3 comments:

Nomad Melayu said...

nice entry, thanks for sharing....


....

....

....

must you really write "that part"?

haha =="

Aniron Orion said...

again...which part in aperticular?

;-P

Nomad Melayu said...

lalala, I won't be fool by that..haha

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...