Thursday, September 09, 2010

Aray Irah Tamales

Ini bukan bahasa Orang Asli mahupun Suku Mayan atau Pompeii. Sekadar ucapan SELAMAT HARI RAYA yang diterbalikkan. Ya, aku ada masa untuk buat semua ini.

Seperti tahun yang sebelumnya, tahun ini juga aku menerapkan konsep perantau dengan tidak balik beraya. Kenapa?

Tahun lepas temanya adalah emosional tapi tahun ni mood aku agak tenteram sikit. Jika di timbang-tarakan, ada baiknya tak balik. Banyak benda boleh buat kat Shah Alam ni. Mulut pun tak penat nak jawab soalan retorik “Bila nak habis study?” “Bila nak kerja?” “Bila boleh jadi doctor?” “Bila boleh buka klinik?”

Aku berharap tahun depan kalau ada rezeki balik, aku nak cetak pamphlet atau bawa laptop dan projektor untuk terangkan latar belakang pengajian MBBS sebenarnya. Aku tak boleh salahkan mereka kerana sikap ingin tahu yang mendalam dan ambil berat. Mereka adalah saudara mara yang prihatin dan sangat aku hargai. Oh saudara mara dan jiran tetanggaku yang disayangi, alangkah baiknya soalan itu ditanya bersama sampul duit raya yang tebal dengan duit RM50, makanya bukan setakat struktur pengajian, subjek-subjek pun akan aku terangkan bersama presentation powerpoint. Kalau nak, aku boleh bagi exam sekali nak uji korang paham ke tak.

Naik cuti ni, dah ada end posting exam. Huhu…tahukan anda banyak lagi yang aku ni tak prepare untuk ini. Agak-agak kalau aku kat kampung, memang lekalah aku dengan fatamorgana Astro, melayan tetamu (dengan melakukan pole dancing untuk menambah pendapatan), dan berkunjung-kunjungan sambil diserang sugar rush kerana melantak biskut, kek, keropok, minuman berkarbonat, satay, nasi impit etc. Alangkan menulis tentang menu-menu ini membuatkan coronary arteries aku spasm seketika. Oh berhari hari sangat tidak baik untuk perut walaupun cukup mengujakan untuk jantung.

Lagi satu, sementalahan umur dah masuk suku abad (jap nak batuk jap), maka walaupun anda cuba memendekkan diri, tetap tak dapat duit raya lagi kerana sepupu sepapat yang sebaya dah bekerjaya dan berkahwin dan berkenderaan dan ber…ber…yang lain. Kau juga yang nampak janggal kan? Oh segan lah saya ini.

SEMALAT RAHI YARA SEMUA


1 comment:

Nomad Melayu said...

aray irah tamales

haha, hilarious way of saying Eid Fitri...

true, home can be pleasing...or the other way around.

anyhow, wherever you may be, Selamat menyambut Aidilfitri...

enjoy~

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...