
Tengah crammed my head buat long case of medical posting nih. Ape pasal lah jurnal tu panjang sangat dan susah nak masuk kepala. Boleh paham, tapi seperti ada trampoline dalam kepalotak yang bounce back the facts. Oleh yang demikian terpaksalah baca dari awal semula. Eden lotih. Mana tak nye, aku ni cuba multitasking kepalotak baca jurnal sambil melalak. Sila terangkan physiology camne ko nak paham cenggitu? Dah tu bace plak Expert Review, humang aih, HO pun tak lepas lagi tuh.
Apsal aku selalu dapat case AEBA je. Ingatkan nak jadi random. Masuk ward, tengok patient yang tak tidur, looks comfortable, tidak aggresive than approach secara berani mati. Lantak ar kene reject ke hape. Sape berani berkata TIDAK pada saya yang kachak ini.
Selepas sesi introduction and consent, bila tanya “Makcik/akak masuk hospital ni sebab apa?” jawapan yang aku selalu dapat “Eden sosak napas. Ekau banyak tanyo sangat eh. Nak kono lompang yo?”( <--first sentence tu je yang real, second tu exaggeration) atau “Pokcik tok sir nok nyawa ni.” tapi jawapan yang paling tak boleh blah “Pakcik rasa sebak”. Deyy! Sape suruh ko tengok marathon cerite Meriah Merianah di bulan puasa. Cerita itu boleh menyebabkan sebak sebab sangat…(jap tengok kiri kanan)…HAMPEH.
Adelah dapat patient CRF, (possible Manchausen) moraxella pneumonia, colorectal carcinoma yang dah mets ke liver and lung on palliative optimization a.k.a warfarinized, heart failure, seizure, AGE, etc tapi malangnya history tak complete sebab tak sempat salin management plan mereka. Hapada?
Kenkadang tu ada juga language barrier nak clerk. Tanya lain jawab lain. Tapi memandangkan saya ni perseverance agak tinggi threshold-nya (ye ye je kau), dengan menggunakan bahasa mudah, gerak kepala, ayat tunggang terbalik, body language yang exaggerated akhirnya berjaya juga clerk makcik itu. Iya semangat 1Malaysia berkobar-kobar. Sila kipas.
Dah lama jugak tak tulis cerita pasal clinical posting nih. Unlike time practical BMS dulu, MBBS nyer clinical sangatlah busy. Kalau tak kat hospital, kau adalah diharapkan berada di rumah atas tilam untuk tidur bergelumang dengan kuman dari spital yang kau kumpul despite kau sterilized kan tangan kau setiap kali ko jumpa botol alcohol hands rub tu di mana-mana sahaja. Bas bertolak kul 6.15 pagi, so what do you expect.
Dua belas jam berada kat HTAR, even specialist pun kesian, sebab baru medical student dah takde life. Masa yang terluang harus dipenuhkan dengan follow ward round, bed side teaching, dan honing skill in clerking dan PE. Dah tak boleh lepak tidur kat library dah sebab dah kantoi dengan specialist. Specialist siap kate “Aiya, even masa saya medical student dulu pun petang-petang boleh jogging and play sport,”. Budak UM pun datang singgah sekejap je, MS MSU jugak yang setia di situ. Tapi tetaplah tak sempat tengok tragedy tembak-menembak tuh. Chet.
Lepas tu bila balik rumah diorang expect kita do further reading or study. Tidur nak cukupkan 4 jam memang agak susah nak achieve. Sabtu ahad je masa yang ada, even supposedly sabtu pun patut ada CPC. Sleep debt banyak giler. Tulah kau Fernando, sibuk sangat nak jadi MS, padan muka kau.
Tapi to be honest, aku sangat enjoy this kind of pressure and demand. Sangat challenging dan menguji ketahanan physical dengan menaiki tangga ke tingkat 8 di bulan puasa sebab lif adalah komoditi yang sangat berharga di sini. Sampai kat atas, kaki dah cam nak tercabut sebab banyak sangat lactic acid tapi tetap nak maintain cool depan orang ramai. Dahlah pagi-pagi kalau takde teksi kenalah menapak dari Perdana ke MSU. Gagak pun tak bangun lagi, aku (dan beberapa rakan) dah mula berjalan dengan laju supaya tidak ditinggalkan bas yang bayaran bulanannya agak mahal dari sewa rumah aku. Tapi takpe, at least aku taklah menjadi manusia gemuk, arrogance, biadap dan annoying (oops!!) sebab terlalu dimanjakan dengan kemudahan. Sebab bila kita dah physically active, walaupun takde masa nak exercise petang-petang, terbakar jugalah kalori barang seratus dua. Binatang mana yang cakap kalau nak exercise kena main bola sepak je, berjalan dan berjogging juga boleh membakar kalori ape. Tak caye, sila tanya step-o-meter gua.
Kesusahan itu membuatkan kita belajar menghargai kesenangan yang ada. Bagi orang yang dah biasa susah cam aku ni, Alhamdulillah, berkat kerajinan berjalan kaki dari zaman diploma dulu, semua itu tak terasa sangat. Tapi boleh tahan kopak bila tumit kasut cepat je haus.
Ketahanan mental pula teruji dengan mencuba menyembunyikan rasa mengantuk ketika kelas, cuba nak korek kat hippocampus dan cerebral cortex tentang sesuatu perkara sambil-sambil tu nak sumbat new knowledge. Dalam-dalam dozing of tu, otak still active bolehlah menjawab satu dua benda nak cover yang sepanjang setengah jam tu kita sebenarnya tengah degrade adenosine dengan se-cycle dua REM.
Sepatutnya entry ini menjadi wadah (cheh!) untuk refleksi dan muhasabah diri rather than mengeluh. Selain itu berkongsi juga dapat mengurangkan beban minda.
Seriously aku sangat bersyukur kepada Allah kerana hidup aku ini diduga sebegitu sekali. Bersyukur kerana tidak hidup terlalu senang dan tidak terlalu serba-serbi ada tersedia. Kenal dengan macam-macam manusia. Resam dikhianati, dihina, diperalatkan, difitnah, dikutuk banyak mengajar aku cara menilai manusia. Yang nampak baik tak semestinya baik and vice versa. Satu lagi aku belajar agar tidak terlalu percaya pada orang lain. We never know the real person until we actually spent most of our time with them. Takkanlah orang tu bersandiwara dan berlakon baik 24 jam kan. Cerekarama pun habis pukul 12 malam, Pedro. Manusia yang di depan orang lain nampak cam best rupanya bila kita kenal lebih rapat penuh dengan bullshit.
Macam aku ni, memang nampak sombong dan cam siyal je kan, dah tu jahat pulak tu, nasib baik ensem. Tak caya, cuba tanya orang yang rajin stealing glance tu apekejadahnya yang ko tengok kat freakshow macam aku ni. Ko suka ke? Hah? Hah?
Hidup berdikari dan jangan suka mengharapkan orang itu jugalah pelajaran yang aku dapat sepanjang 6 tahun hidup di tanah Semenanjung nih. Alhamdulillah, aku rasa setakat ni aku belum lagi menyusahkan sesiapa tapi selalu sangat disusahkan. Tapi takpe, anggaplah itu sebagai sedekah dan amal jariah kepada orang lain. Kalau aku meminta bantuan orang, aku pastikan aku akan balas budi orang itu semula dengan pelbagai cara directly or indirectly. Jangan jadi macam manusia yang bila kita dah tolong jadi sombong, biadap dan lupa diri (oops lagi). Jangan kata nak balas budi, layan kita pun macam kucing kurap (sedey T-T). Manusia macam ni layan orang yang tak banyak berbudi kat dia lebih baik dari layan kita yang banyak tolong dia. Pelik kan? Tak caye? Serious aku pernah jumpa manusia macam ni. Cukup-cukuplah, tak berbaloi berkawan orang macam ni. Setakat kenal nama cukuplah, tak payah dijadikan sahabat karib. Lepas tu buat-buat tak tahu salah dia, siap mengadu domba yang dirinya tak bersalah. Perlukah aku tulis entry khas nak highlight-kan kesalahan manusia macam ni? Aku dah buat lima entry nak citer pasal manusia sebegini, tinggal nak post je. Masa tu barulah orang tahu manusia apakah dia ini dari point of view aku. Aku gerenti, presepsi korang semua akan berubah tentang dia. Tapi seriously, aku takde masa nak melayan karenah manusia macam ni, gi kompang keburukan orang lain macamlah diri sendiri tu mulia sangat.
Kalau kita ada masalah dengan seseorang, biarlah antara kita dan orang tersebut. Tak payah nak cerita kat semua orang betapa ‘holier than thou’ nya kau dan betapa jahatnya orang tu. Natijahnya, orang yang tak kenal orang yang dikutuk tu pun dah layan member ni cam paisey je sebab dengar cakap si pengadu domba tersebut. Kalau nak play fair, boleh je buat perang saraf counter attack balik accusation dan slander manusia ni. Tapi seriously, takkanlah kita nak rendahkan martabat kita sama level dengan dia kan. Bila dia sibuk nak mencanang keburukan orang lain secara otomatik, dia menunjukkan perangai buruk dia sendiri. Kita diam dan ambil konsep sabar. Pahala pun dapat. Yeay!
Kesusahan yang menimpa tu selain kifarah, adalah sepatutnya aku syukuri sebab ia dapat mengajar aku untuk terus kuat dan tabah.
Alhamdullilah ya Allah.
p.s: korang memang gaban ar kalau dapat baca entry ni sampai habis.
p.p.s: ada jenis orang bila buat salah tunggu nak raya baru sibuk SMS nak minta maaf zahir dan batin. Ntah ikhlas ke tidak? Ko nak insult orang boleh pula depan-depan. Mintak maaf kosnya tak sampai 5 sen. Kalau kena situasi ini, tak payah baca, nampak je nama, delete sahaja. Forgiven maybe, forgotten never.
"Sedangkan Nabi ampunkan umat,"
"But mommy, I am ordinary human, potential sinner and constant repentant!"
3 comments:
salam.
nice post.
there's humour in it, with points to be value.
thanks :)
thanks...
entry of corrupted mind like this...never to be taken seriously
wah panjangnyeeeeeeeeeee
Post a Comment