…which are bunch of craps you didn’t have to know
Saya ada ilmu makrifat dalam memilih telur itik masin. Biasa kalau beli nasi bungkus, kalau nak ambil telur masin mesti dapat yang banyak yolk. Bakat semulajadi tuh. Saya suka makan telur itik masin walaupun saya tahu LAD saya telah tersumbat 75 percent. Tunggu thromboemboli je nak infarct.
Saya adalah penggagal dalam multitasking. Dah tu ada hati nak amik master sambil amik MBBS, kejadah. Tapi pemenang dalam tidur secara berhemah. Saya mudah menukar cycle tidur menurut keperluan. Circadian rhythm saya sangat flexible. Bila balik kampung, mak suka tegur sebab selalu tidur lambat, jadi saya bertukar seperti Gaban tidur awal supaya mak tak bising-bising.
Saya sangat patuh cakap mak, dari kecil sampai besar ni. Sebab unlike everyone else yang tidur dibacakan bedtime stories dan kisah-kisah Nabi, saya tidur dimomokkan dengan kisah Si Tanggang. Tapi bagaimana baik pun saya mak tetap tak sayang saya. Which is okay.
Di dalam mimpi saya adalah seorang pelasak. Saya banyak buat kerja excorcism dalam mimpi. Bila bangun badan sakit-sakit. Hampeh! Tapi saya tidur dengan sopan. Hanya subconscious saya saja yang sangat Indiana Jones.
Aniron Orion bermaksud ‘I Desired Orion’ juga boleh dicerakinkan kepada ‘An Iron or Ion’ bermaksud ‘Besi atau Ion’ hohoho. Dahulunya ‘Aniron Undomiel’, Celtic for ‘I Desired Evenstar’ yang menjadi blog address saya. Adakah saya peminat bintang. Tidak! saya adalah peminat bulan penuh.
Saya suka melipat plastic beg menjadi bentuk segitiga seperti di bawah. Hobi ini tercetus sebab masalah kebanjiran plastic bag di rumah sehingga tak tau mana nak simpan. Nak buang rasa macam bersalah terhadap Gaia. So lipat macam tu berharap suatu hari nanti ia akan menjadi Shuriken yang tak mencederakan.
Saya adalah seorang health conscious. Saya suka makan supplement yang manusia lain tak suka makan. Sebab takde siapa yang pedulikan saya, saya perlu menjaga diri sendiri. At least saya telah mencuba menjaga diri sendiri walaupun saya selalu miss dose.
Saya sudah lebih setahun tak balik negeri tanah tumpah darah di Ireland. Even for the Rayas. Strange enough, saya tak kisah. Bapak berkali-kali offer nak belikan tiket balik menggunakan Enrich point MAS frequent traveler dia tapi saya tak berminat. Sebab itulah bila saya tengok FB saudara mara, saya tak tahu yang mereka dah kahwin dan mereka dah beranak-pinak dan saya tak kenal anak-anak mereka. Bila saya balik suatu hari nanti it will be an awkward situation apabila berada di samping manusia yang bernama ‘saudara-mara’ yang saya tak kenal. Maka Social Anxiety Disorder saya akan triggered.
Saya paling tak suka apabila orang bergambar sambil tunjuk ‘peace’ sign. Ia sangat poyo, outdated, statistical dan saya sangat loathe perbuatan itu. Oxymoron sungguh ‘peace’ sign anda membuatkan saya nak turned Nazi. Instead of Holocausting Jews, saya nak Holocaust orang yang suka bergambar dengan ‘peace sign’. Kalau anda nak buat sign itu ketika bergambar, jangan suruh saya ambil gambar anda, kerana I might ends up ambil nyawa anda instead.
Saya adalah seorang introvert. Saya berkawan baik dengan extrovert selama 15 tahun.
Orang kata saya ada eccentric taste in music. Saya kata saya minat pada pure talent yang tak terlalu commercialize. Bila orang kata nak copy lagu-lagu dalam laptop saya, mereka selalunya kecewa sebab 99.99 peratus artis yang ada dalam playlist saya adalah yang tidak terkenal, lagi 0.01 peratus adalah semi-commercial.
Saya adalah seorang aggressive writer, kata seorang teman saya. Saya kata, saya adalah penulis yang tidak cuba menjadi baik di dalam tulisan. Saya orang yang bercakap seperti saya menulis. Kecuali saya tidak biasanya mengguna ‘saya’ bila berbual dengan teman-teman baik.
Saya adalah slight OCD dan saya rasa adalah nurtured dan saya paling conscious dalam hygiene. Sebab itulah saya selalu bawa hygienic wipe atau hand sanitizer di dalam beg. Jika saya tidak membawa beg saya sangat berasa insecure dan vulnerable terhadap microorganisme. Strange enough Microbiology adalah salah satu bidang yang saya minati. Saya pernah membaca buku Principle of Microbiology by Jacquelyn G. Black sehingga saya terlupa makan. Saya hanya teringat tentang makan apabila saya masuk bab ‘food preservation and canning’.
Saya adalah seorang passive berkenaan isu-isu melibatkan ‘C’ word. I picked signs here and there but I never acted on them. Bukannya saya tidak berminat langsung, tapi saya cuma tidak aktif mencarinya. Unlike sebelum puberty, saya adalah seorang player. Thus I stormed out last night upon encounter with Secret Glancer. Saya terima jika ia datang tapi saya tidak pasti saya akan menjadi monogamist. Tapi sila cuba menjadikan saya monogamist, mungkin anda manusia hebat. Oh…ketika orang lain membilang angka pada umur mereka, saya pula berjalan mengira batu kerikil di atas jalan. If it meant to be, so mote it be.
Saya adalah seorang yang selalu bounded to routine tapi cepat adapt to changes to make them routine.
I am the worst friend you can unfortunately come to know. Ask around.
Saya suka read between the lines biarpun yang ada cuma dots. Hatta apabila mak menyuruh saya ke kedai runcit Manickam beli gula saya akan menafsirkan sebagai mak nak saya digigit anjing di rumah besar en route to kedai runcit tersebut.
No comments:
Post a Comment