Thursday, May 20, 2010

Somethings Again…

…are continuous bunch of anecdotes

Saya sangat kurang gemar berjalan di belakang orang. Terutama sekali yang berjalan sangat slow terasa seperti aku melalui penuaan pantas kat belakang mereka. By the end of 50 metres path, I might get osteoporosis dan BPH. Tapi sangat tak kisah kalau saya Benjamin Button.

Sangat tak suka orang yang occluded jalan yang sempit. Kat situlah mereka nak berborak, kat situ juga nak rekindled long lost friends, relatives, loves and etceteras. Kenapalah korang tak berbuat demikian di railway KTM komuter?

Adalah seorang domesticated person. Suka duduk rumah dan buat semak dan makan. Tapi kalau dah keluar rumah, letaklah banyak-banyak papan tanda arah tuju balik ke rumah, memang susah aku nak jumpa jalan balik rumah. Tapi kalau dah buat dosa banyak, silalah tunjukkan saya ke pangkal jalan atau jalan yang lurus. Oleh itu JKR buatlah banyak jalan yang lurus hatta ketika memanjat bukit pun supaya semua yang berdosa boleh repent.

Suka tidur dalam pawagam dan di depan TV yang terpasang. Evidence that peoples bored me to sleep. Merasakan RTM 1 adalah ubat tidur terbaik.

Suka selerak rumah dan berharap someday aku akan kemas balik. That day has not yet arrived. Ia adalah physical manifestation betapa kepala aku adalah clump of haywire. Bila dah mula kemas dan bersihkan rumah adalah seorang yang aggressive.

Suka makan banyak dan kemudian menyesal lalu tidur. Iya, saya juga tak mengerti cause and effect begini.

Selalu bercita-cita untuk berjoging waktu petang dan kemudiannya berharap hujan akan turun di waktu itu untuk menyedapkan hati dan memberi alasan kepada diri sendiri “Takpe, pergi besok je lah.”

Selalu lupa birthday orang walaupun dah set kat handphone dan Facebook dah remind. So janganlah ambil hati kalau aku lupa birthday korang. Anggaplah aku ingat birthday korang kat calendar Hijriah.

Suka pada perkataan ‘dan’ ‘and’ ‘or’ ‘atau’ kerana ia memberi options. Berharap mandatory dan ultimatum dihapuskan.

Album pertama yang dibeli adalah Afterglow oleh Sarah McLachlan berbentuk kaset. Dari gaji terakhir bekerja sebagai underpaid sales assistant. That was epic.

Software yang saya sangat junkie adalah FlashGet. That explains kenapa drive C aku selalu mempunyai baki 700MB or lower. Kemudian cuba buat affair dengan CCleaner dan Disk Cleanup dan Advance System Care untuk mendapatkan loan space lebih banyak.

Amat berpuas hati dengan Window 7 kerana memang dah tak selalu crash bila buka Microsoft Windows selain banyak keitimewaan lain. Tapi sangat leceh bila nak eject external drive dan security permissions. Saya takde masa untuk awak Alejandro.

Buku yang saya tak pernah jemu baca setiap hari dari kecil sampai baby adalah kamus. Ada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi pertama dan ketiga. Yang ketiga itu adalah sangat uzur walaupun cuba facelift-kan dia berkali-kali. Dengarnya dia ada Multiple Page Tear. Tapi ilmu kat dalamnya tak pernah uzur. Kamus kedua yang diminati adalah Oxford Concise Medical Dictionary edisi keenam. Telah lama menghidapi brown pigmentation of wear and tear.

Buku yang saya pernah baca kemudian menyesal adalah Mrs Dalloway oleh Virginia Woolfe. Buku yang dibeli tapi tak pernah habis baca adalah La Tahzan. Ayat translationnya sangat memeningkan kepala membuatkan aku sangat stress. Inilah contohnya lost in translation.

Adalah seorang autodysomophobia dan bromidrosiphobia. Sebab tu tak suka naik lif dengan Bangla. Lebih prefer naik tangga.

Juga tidak suka berada di public place untuk menunggu contohnya di bus station dan account department. Agitating.

Mempunyai best friend yang suka memaki dan mencarut sepanjang driving. Kenalah tadah telinga dengar semua makian dia. Walaupun kita bukanlah orang yang memotong kereta dia tanpa memberi signal.

Merasakan tengah mental block ketika cuba menulis entry blog ini.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...