Friday, May 14, 2010

Ini Entry Bahagia


Happy sehingga kepala meletup!

Dah lama tak post entry panjang, dapat RSS feed je mesti sejemput je entry yang ada kan. Oh…kalau nota patho ke jurnal ke setengah page dah letih. Baca blog orang tak letih plak. Syabas korang memang berjiwa URTV.

Ini adalah entry bahagia…

Begitulah niat awalnya. Seriyes…saya sangat bahagia sekarang.

Tadi kan pegi jumpa Puan A kat Account Department nak bincang pasal Transfer Fee yang sangat murah tu, rasa cam kena Bersamamu je oleh Dato’ Wira kerana murah sangat. Nak bayar pun ragu-ragu. Seperti sesi-sesi sebelum ni, penjelasan yang aku dapat tak juga dapat-dapat menjawab otak yang analytical nih. Apa yang aku dapat? Dapat tahu yang yuran pendaftaran sebenarnya bukan RM3800 tapi RM5000. Aku bertambah bahagia, serious hari ni sangat bahagia.

Selepas itu Puan A pun pass saya kepada Encik M di admin. Ala biasalah, insan-insan tersayang ni suka je pass kita ke sana sini, last-last semua tak memberi penjelasan yang memuaskan hati. Oh bahagianya. Terasa macam ditiup angin sepai-sepai menyepai language.

Encik M ni orangnya sangat baik. Terasalah kalau aku ada anak, nescaya aku kahwinkan dengan dia walaupun umur dia masa tu 90-an. Begini penjelasan beliau…(menurut apa yang aku ingat)

Berkenaan Transfer Fee yang sangat murah tu

“Mana-mana university pun akan charge transfer fee nih. Transfer fee ni kena bayar sebab korang masuk ke Fasa III,” Penjelasan ni buatkan hati aku berbunga-bunga, siap ada bunyi burung berkicau.

Walaupun kita berasal dari Universiti of Choice yang sama dan fakulti yang sama, transfer fee still kena bayar seolah-olah kita ni dari Harvard University berpindah ke University of Choice. Bila aku tanya lagi, RM30K tu digunakan untuk bayar apa? Dia kata, macam-macam benda yang nak diuruskan, transfer tu bukan just main taip-taip je. Memang tak logic, dia asyik ulang benda yang sama. Nak suruh explain dengan detail tetiba dia bagi ultimatum

“Okey sekarang ni senang je, sekarang ni awak nak bayar transfer fee ke nak start dari first year balik?”

Hahaha…sangat indah kata-kata dia kan. Patutlah dia boleh keja kat administration. Dia nak kita bertaklid je, terima je apa yang kita dapat. Jangan banyak soal. Ala puluh-puluh ribu tu apa sangatlah. Sekadar celah gigi je kan.

Bila ditanya kenapa registration fee tiba-tiba naik, dia menjawab:

“Memang sebelum ni registration fee RM5000, awak yang salah information. Yang RM3800 tu untuk budak-budak masuk fresh ke tahun 1. Staff yang awak jumpa tu yang salah maklumkan awak.” Kita juga yang salah kan? Bahagianya.

Bila tanya balik, kenapa yang fresh bayar murah dan yang lama bayar mahal. Bukannya kite semua tak pernah bayar registration fee masa masuk degree BMS dulu. Dia kata, yang fresh tu kena bayar banyak benda lagi, sebab tu registration dia murah. Abis tu yang kitorang kena transfer fee sampai RM30K tu tak rasa cam banyak ke? Barulah aku paham, kalau korang nak registration korang murah, kenalah mintak dorang cas korang macam-macam cas yang sangat sampah dan tak logic. Patutnya existing student kenalah dapat lagi murah, sebab kita stay kat University of (no) Choice nih (walau tak hingin, sebab dah takde pilihan). University of Choice, tapi bila dah masuk tak akan ada choice melainkan membayar benda-benda yang kita nak tak nak kena bayar juga.

Bila ditanya tentang keputusan interview dan surat tawaran, Encik M ni berkata:

“Itulah awak ni, keputusan interview tak dapat lagi entah awak dapat ke tak dah sibuk nak tanya pasal transfer fee ni semua. Siapa yang lulus interview tu saya akan call dan saya akan bagi briefing tentang pecahan registration fee dan transfer fee ni. Kalau saya bagi tahu awak sekarang, nanti awak kecoh kat member-member awak. Cakap macam ini lah cakap itulah. Biar saya explain pada mereka-mereka yang lulus interview tu saja,” seriyes dia memandang aku dengan pandangan penuh keji dan hina ibarat aku ni tong biohazard. Itu yang aku bahagia sangat tuh. Dahlah dia tak nak explain elok-elok, dia memperkecilkan pula orang lain. Mana tak aku ni macam Shah Rukh Khan berlari di lereng bukit sambil menyanyi-nyanyi bahagia.

Banyak lagilah benda yang dia explain yang sangat mengembirakan hati aku nih. Yang penting lepas tu aku gi PKNS beli polisi insurans Prudential BSN. Manalah tahu lepas ni nak ada aktiviti tetak-menetak kan. Chabooot!

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...