Tajuk sungguh Confucious. Sebenarnya perkataan tu di-construct dari alphabet MAKAN.
Adapun keberadaan di Kelantan ni bukan sekadar ingin menjalani latihan praktikal, tetapi juga to experience gastronomic adventure.
There are many disappointments than satisfaction. Seperti ada double-standard of cultural atau racial apartheid (<-- extreme kan?) dalam meletakkan harga makanan. Mula-mula terasa seperti myth mendengar cerita orang lain tapi bila mengalaminya sendiri, ia ternyata benar tiada yang benar selain dari benar-benar belaka. The truth of the matter is, non-Kelantanese will pay higher than the Kelantanse for unknown reason, mungkin sebab korang undi BN kowt. Kalau ada sesiapa cakap yang makan kat sini murah-murah belaka atau sokmo, sila pelangkung orang itu. Makan kat warung pun koman-koman RM7 jugak. Harga makanan lebih mahal dari kat Shah Alam, kira cam standard food court kat MidValley gamaknya. Haish…
Tapi memang diakui makanan kat sini sedap-sedap belaka tapi agak sakit jugaklah untuk membayarnya. Nasi kukus lauk sayur dan ayam goreng dan sirap limau RM7. Ada jugak kedai yang makanan tak sedap mana tapi harga membuatkan dompet berlubang. Ada juga kedai yang makanan murah dan sedap. Tapi setakat ni amat jarang nak jumpa, biasa yang letak harga mahal ni sebab makanan tak sedap mana, orang jarang nak datang. Bila pelanggan datang tu yang dia pau giler-giler. Kat sini, memang banyak kedai makan, tapi masakan yang sedap tak banyak mana.
Yang sangat ketara kat sini, harga makanan laut cam udang dan sotong dan ayam memang mahal. Ayam goreng sepotong harga dalam RM3.50 ke RM4. Tak ke nak tercekik? Nasi Lemak Hernia Herina kat seberang Pangsapuri Perdana RM3.50 termasuk ayam taw.
Tapi tak semuanya macam tu, ada satu warung Nasi Kak Wok makanan memang walaweyh best giler harga RM3.00 je. Dahlah sedap, murah plak tu serta membuat kita ketagih (<-- ber-kokain ke?). Satu lagi tempat makan best giler-giler walau pun harga agak menjerut leher adalah Makda (Mekda) kat Bunut Payong. Kitorang jumpa kedai ni secara accident, malam-malam tetiba cam lapar lalu servay-servay lah kedai makan. Tetiba rasa cam nak berhenti kat kedai nih. Sekali try dia nyer roti canai yang superb dan lembut, terus teringat-ingat kat sup tulang dia. Mantoop. Ke sebab ada pekerja dia muka cam Tiz Zaqyah? Hehehe…warung ni walaupun uzur ibarat kalau kau bersin, kalau tak atap dia terbang, mesti dinding dia tercabut atau lantai dia merekah, makanan memang setaaaap.
Tapi kat sini kalau gi kedai makan, terasa cam banyak mak, makcik dan kakak. Mana tak nyer, restoran Kak Yah, Mak Da, Kak Katua, Kak Imubusuk etc. Sungguh family sangat. Tapi kau cekik aku bila aku makan kat situ. Tak silaturazak sungguh korang ye? Sungguh tak bley blah bila ada restoran nama Mangkuk Tingkat, cam terhina je nak masuk. Sesungguhnya restoran Selera Cik Siti itu takdelah semantop mana pown. Lauk kat warung sebelah tu pun datang pukul 1.00 petang dan ayam panggangnya sangat carcinogenic lagi cancerous. Sambal belacan dia punye bau melekat kat jari ibarat inai, santau ke ape?
Apa-apa pun aktiviti rutin setiap petang adalah menekedarah CPT, bukan Cerebro-Pontine Tumor tapi Cendol Pulut Tapai. Ranking terkini adalah, #1 CPT seberang jalan KTC, sebab murah dan sedap, RM1.50 je. #2 kat medan selera depan KTC nama apa ntah, Purnama Merah? Hatiku Merekah? Ke hape ntah, ni mahal sikit, RM 2.00 tak sepower mana melainkan tapai ubi dia sangat mengundang saman Polis Trafik apabila tahap alcohol kau 0.1. Yang paling hampeh adalah restoran Kak Yah, RM1.80 tapi rasa tak bley blah, tapai ubi dia keras cam dia baru cabut je ubi kayu tu ke kayu belaka. Hampes.
Perihal makanan manis-manis belaka tersebut meme’ tok dapak dinafike’, sangat manis sehingga mengeggar pancreas, boleh acute pancreatitis aku camni. Mana tak nyer, ada pengaruh Siam kat situ. Bukan ke makanan siam ada 4 rasa utama Pedas, Manis, Lemak dan satu lagi tak pasti…hmm…Mahal kot?
Sampai sini jer rebiu (review) makanan kat sini. Kang kalau kitorang kena Typhoid Fever kitorang akan suruh Encik Doremon mengepaw lamotil kat Pharmacist HRPZII itu walau tanpa prescription. Kes salahguna Pas Pelatih. Shhh…jangan tegur apa yang terpandang kat belakang.
No comments:
Post a Comment