First day datang terus pegi PCB
Memang aku rasa macam nak hiatus jer dari menulis blog sepanjang tempoh praktikal kat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) (<-- giler panjang) ni tapi rasanya macam tak kena. Nak hiatus 2 bulan? Boleh ke reader (<--see? Singular, tanpa rasa takbur) aku menahan rindu? Tu ar, suruh ngaku chenta kat aku tak nak, asyik main sorok-sorok je. Bila aku dah jauh reti pulak nak rindoo serindoo rindoonya. <-- gile perasan
Library untuk tidur
Kat KTC tengah menunggu broker
Bilik kedua, selesanya
Peds tempat lepak terbaik
Tengah review file yang dicuri dari troli BHT
Perbincangan ilmiah
PCB hujung minggu
Pantai yang cantik tapi tak landai
Membeli sambil beramal
First time masuk Operation Theatre adalah kes BPH di mana Trans-Urethral Resection of Prostate (TURP) dilakukan. Tetiba masuk dalam OT disambut oleh orang terkangkang camtu dengan bunyi cauterizer yang cam bunyi flatlining ECG, mula-mula ingat patient tu dah coding, rupanya surgeon sedang shave prostate patient tu menggunakan cauterizer yang mengeluarkan bunyi tersebut.
Department pertama adalah Wad Anggerik a.k.a Pediatric Surgical Ward. First day kitorang tak tahu lagi sistem pembahagian bed tu macamana, so kitorang pergilah bertegur sapa dengan semua parents yang anak mereka menghuni bed-bed kat ward tersebut. Dah senior sikit kat department tu, barulah tahu yang bed-bed itu terbahagi kepada kes Surgical (Colorectal + Genititourinary) untuk kes-kes Ano-Rectal Anomaly (ARA) for Posterior Surgical Ano Rectal Plasty (PSARP), kes undecended testis, kes hernia (banyak giler kat sini), intestinal obstruction, apendicitis etc. Bagi kes Plastic pula, seperti cleft lips dan cleft palate yang memerlukan reconstruction, improvement etc.
DIVERSION: terbaca kat satu blog medical student yang cakap plastic surgery tu adalah pembedahan yang menggunakan plastik. Inilah padahnya kalau menulis benda yang dia tak tahu. Ini adalah common misconception di kalangan masyarakat yang menyangkakan plastic surgery tu adalah surgery menuang plastik ke muka orang tu bagi dia nampak cantik. To make matter worst, di kalangan medical people misconception ni still ada sebab mereka malas nak ambil tahu. Sila fahamkan root word-nya adalah PLASTY takde kene mengena dengan PLASTIK BEG or what sorts.
Untuk kes-kes Orthopedic pula termasuk kes kulit cam impetigo (<-- don’t ask me why?), patah mematah, etc. Untuk kes-kes ENT pulak adalah seperti impacted ear, foreign object etc. Sebab masih pine for Forensic, aku masih menyimpan perasaan ‘icy stone’. Kalau manusia lain, mereka mesti dah agak simpati tengok budak-budak kecil yang comel dalam penderitaan, tapi bagi aku adalah…indifference. I might (if God willing), be the worst doctor a human could be, I had to admit that. Maybe I should deal with the dead, the unseen (microbiology) or the less-understood.
Second week naik ke wad 30 Male Surgery, again kes-kes common adalah hernia dan appendicitis plus MVA. Kengkadang aku tertanya-tanya gak kenapa kat sini banyak sangat kes hernia? Adakah sebab congenital weakness of abdominal muscle or inguinal canal? Adakah environment seperti prenatal and antenatal diet mempengaruhi?
Kalau kat IPR banyak bermain dengan CT scan dan chest xray, kat sini bermain dengan abdominal, KUB, head, chest (again) limbs radiographs etc. Seriously, kalau mula-mula dulu aku rasa cam dicampak ke Kota Baharu seems like a bad idea, tapi sebenarnya it was the great idea of all. Berbaloilah MSU nak buat HPRZII itu sebagai teaching hospital untuk MBBS kelak. Patient-patient semua co-operative dan sangat percaya kat manusia-manusia yang berjalan memakai white coat dan mengalungkan stethescope di leher atau disimpan dalam inner pocket (macam saya). Yang penting, like always, jalan kena confidendent [sic], cara bercakap dengan patient atau family kena ada karisma, hatta soalan berbunyi…
“Dah buang angin?” <-- important for post GIT surgery nyer patient
KTC tempat tinggal yang best. Cam malas nak gi kerja.
Bila dah lama tak menulis ni, rasanya macam bila sehari termiss dose Anti-TB S/EHRZ, rasa macam kena default. Ibarat termiss satu jug caffiene, asyik nak tido jer di mana jua aku berada. Hatta ketika membaca paper kat library spital, boleh ter-shut down secara tiba-tiba. Menulis ni bagi aku bukan sekadar nak mencatatkan kisah hidup untuk dibaca orang (walaupun memang tak berfaedah baca blog aku ni, buat korang jadi jahat ade ar), kisah hidup aku takde apa yang menarik pun, tapi Alhamdullilah lah sebab Allah still bagi kesihatan dan kecerdasan yang baik, aku tak merungut.
Bagi aku menulis ni macam terapi tempat aku meluahkan segala buah pemikiran and not so much perasaan (<-- or is it the other way around). Kalau idea di simpan lama-lama dalam kepala nescaya buat membazir neurotransmitter jer. Manalah tahu tulisan aku ni suatu hari nanti menjadi artifak sejarah untuk generasi akan datang nak buat diorang nyer reference thesis untuk Ph.D. bertajuk kisah Medical Student yang Terlampau (Kacak). Heheh…hawau je.
Well dari mana nak cerita, bila dah lama tak menulis, macam ni lah jadinya. Mental block. To keep the idea flowing, one must not stop writing and expressing them in any form, bagi aku channel itu adalah melalui penulisan. Bila dah lama tak menulis, terasa macam janggal sangat. Jari ni macam baru nak buat skandal dengan keyboard laptop padahal aksara-aksara (<-- giler meleleh Tun Sri Lanang baca perkataan tu) kat keyboard ni dah berlekuk kena ketik berkali-kali.
Praktikal kat HPRZ ni agak best. Sebab kitorang sangat dijaga dan diberi privillege sebagai Medical Students di bawah pantauan Dato’ Hashim. Bermakna, dirgahayu di bawah duli tuanku jugalah kami diberi ‘kasih’ dan ‘sayang’ oleh surgeon-surgeon serta consultant.
First day, after banyak perselisihan pendapat antara mazhab, kitorang pun selamat mengalungkan Pas Pelatih ini.

Again, setiap pagi sejam pertama dihabiskan untuk bertegur sapa dengan semua patient. Ni sebenarnya bukan nak show common courtesy or apa, tetapi tengah case hunting (<-- mind you?) untuk memburu kes-kes yang best untuk dijadikan long case dan kes-kes picisan untuk memenuhkan log book semata-mata. Kes-kes common macam appendicitis tu biasanya kitorang follow untuk masuk OT jer atau untuk dilakukan ujian sadis rebound tenderness. MVA case mostly among motorbike riders yang tidak memakai topi keledar sebab kepala mereka dibuat dari batu (keras kepala). Untuk kes-kes MVA dengan multiple abrasion, laceration, aku tak interested sangat, test yang common aku buat adalah PEARLA to make sure takde progressive cerebral concussion bolehlah buat early intervention sebelum mereka fall into deep coma.
Kalau kat IPR banyak bermain dengan CT scan dan chest xray, kat sini bermain dengan abdominal, KUB, head, chest (again) limbs radiographs etc. Seriously, kalau mula-mula dulu aku rasa cam dicampak ke Kota Baharu seems like a bad idea, tapi sebenarnya it was the great idea of all. Berbaloilah MSU nak buat HPRZII itu sebagai teaching hospital untuk MBBS kelak. Patient-patient semua co-operative dan sangat percaya kat manusia-manusia yang berjalan memakai white coat dan mengalungkan stethescope di leher atau disimpan dalam inner pocket (macam saya). Yang penting, like always, jalan kena confidendent [sic], cara bercakap dengan patient atau family kena ada karisma, hatta soalan berbunyi…
“Dah buang angin?” <-- important for post GIT surgery nyer patient
“Dah berak?” <-- sama seperti di atas
“Doktor dah suruh makan?” <-- walaupun kat sign atas kati tertulis BERPUASA. Ni kes tak alert lah ni.
“Ada demam tak” <-- common post surgery question untuk nak bezakan ada nosocomial infection atau healing sedang berlaku.
“Hari ni ada sakit lagi tak?” <-- soalan yang dimenyampahi patient
“Pakcik kaya ke? Anak dara ada yang single?” <-- sure dipelangkung menggunakan IV drip stand.
Juga palpation kat patient Abdominal Aortic Aneurysm (AAA bukan AAAA ok?), walaupun sign menulis NO ABDOMINAL PALPATION. Takpe lah Surgeon pun palpate siap ambil ukuran lagi. Kalau dia burst pun, kat spital no problemo lah kan? Kes-kes touching seperti terminal patient tetap tak menggegar emosi (suspect atrophy kat emotion nyer brain area) bahkan Jururawat Pelatih juga yang ko aim kan?
Soalan family yang lazim…
“Bila boleh balik?” adalah soalan yang susah nak dijawab. Kecuali kes MVA dengan superficial injury, reti jugak aku nak jawab begini “Kita tahan semalaman kat sini, Insya-Allah besok atau lusa boleh balik.” Sambil buat-buat concern check PEARLA anak dia atau membelek-belek radiograph seperti tahu. Ada masa, bolehlah pergi ke Surgical Out Patient Department (SOPD) a.k.a clinic, untuk mencari candidate patient yang akan diward kan. Datanglah time Breast Clinic atau Uroclinic, huhuhu…gatal sungguh.
Seriously, kalau kena cara, doctor-doctor kat sini sangat best untuk di-follow ward round hatta HO yang serba nervous bila kita tanya soalan seraya melarikan diri bila encik Doremon meminta beliau menunjukkan abnormality pada xray. Tapi macam kelaziman, Specialist orthopedic adalah garang, pernah sekali kena sembur kat Peads (disebut Pids bukan Pads, ye?) dengan soalan-soalan yang takde kena mengena dengan patient. Tapi sebabkan kitorang ni dah menembokkan muka, makanya tetap juga difollow dia buat round. Tapi next time jumpa Specialist berkenaan, haruslah menyembunyikan diri hatta menyamar menjadi sinki dan tong biohazard. Apa korang ingat dia belajar tinggi-tinggi tak dapat membezakan itu semua?
SEKIAN
No comments:
Post a Comment