Sunday, February 21, 2010

Nak CIter Aper?


Today hari Ahad. Kalau orang lain tengah berguling-guling kat tilam sambil berfantasi filem Hindustan, kat Kelantan ni sah-sah kitorang tengah berebut-rebut nak mandi nak pergi keja. Macam biasalah makhluk-makhluk liat bangun ni, kalau tak dikejut alamatnya, mahu maghrib nanti bangunnnya. Pas tu claimed anterograde amnesia semata-mata nak ponteng keja, boleh camtu. Tercongok depan TV tengok Melodi pukul 12.30 ko ingat plak ye Mansor.

Kalau kat Shah Alam gerenti rutinnya adalah berjalan-jalan ke pasar pagi. Percayalah dalam 5 tahun tinggal kat seks (<-- wah) 13 ni aku pergi pasar pagi ahad tersebut adalah dalam 5 kali, itupun sebab terpaksa atau buang tebiat. Tahukah anda pasar tu sangat crowded dan panas. Bukan murah pun barang kat pasar tu, (melainkan berus gigi singgit) murah lagi barang kat Giant (<--duduk Kelantan tetiba rindu Giant). So hari ni seperti minggu-minggu sebelumnya, kitorang akan terasa sedikit pelik apabila lepak-lepak kat library membaca sokabar Ahad.

Like any first day of a week, sangat hectic tul kehidupan pada hari ini. Kitorang punya giliran rotation minggu ni adalah Ward 28, Female Surgical Ward. Sorrylah, kalau pasal attachment kat sini, aku tak favorite sangat nak camwhoring 24-7. Nak datang ke spital untuk bergambar, ko ingat itu tempat rekreasi di tepi pantai? Patient-patient yang tengah sakit kat katil tu bukannya tengah ber sun-tanning kat tepi pantai, Mansoooor. Aku tengok budak USM takdelah gedik sangat nak pose sana sini, busy dowh clerking patient. So why?...(sila lengkapkan)
So kitorang pagi ni berebut dengan budak USM. Mula-mula buka buku admission (yang besar gedabak boleh digunakan untuk traction tulang patah mahupun untuk menyendal pintu) untuk mencari kes-kes yang best. Hari ni punya admission pelbagai kes. Pertama clerking satu kakak ni yang ada MNG. Huhuhu...memiliki jenama MNG boleh masuk spital. Oleh itu pakailah beg recycle jenama Tesco atau Giant untuk keselamatan dan kesihatan. MNG tu stands for Multi Nodular Goiter. Ibarat yang pernah dikatakan oleh Datin Aziah mahupun Prof Karim dan terkini Dato' Hashim bahawa kelebihan menjadi DOKTOR adalah mempunyai kuasa menyuruh orang untuk bukak apa yang patut dibukak. Tapi keizinan harus diminta untuk menyentuh patient. Kena ada chaperon sebagai saksi kita tak buat yang lebey-lebey malahan yang berpatutan sahajalah ia a.k.a ringan-ringan je (<-- biadap). Kes kedua hari ni adalah makcik yang sakit kat right to flank/lumbar region dia. Suspected pyelonephritis. Yang ni kena clerk je lah takde apa yang boleh di-check melainkan renal punch. Tapi itupun telah dibuat oleh doctor.
The thing about wearing a white coat around hospital adalah mendapat respect dari semua orang. Kalau kena gaya dan karisma, bila lalu je orang akan angguk kepala tanda hormat, patient akan beri kerjasama yang sangat baik, pintu pagar akan dibukakan, hatta ketika makan tengahari sambil membawa whitecoat yang terlipat kita ditanya pasal ubat-ubatan oleh makcik jaga kedai. Nasib baik dia tanya pasal supplement USANA yang mahal nak mampos tu, kalau dia tanya pasal ubat spital. Gerenti akan terkeluar perkataan pedih mahupun pahit ini --> "Emm...sebenarnya kitorang ni student lagi, baru tahun ke-3." adalah excuse yang paling ampuh untuk memberikan alasan bertapa tidak tahunya kita. Tapi jangan guna selalu perkataan ni, bad for ego.

Kelebihan memakai whitecoat juga adalah untuk menarik perhatian student nursing. Mereka ni respect juga pada kita walaupun tahu kita student lagi. Walaupun bila kita suka-suka suruh dia pergi drain urine CBD (Catheter Bag Drainage) patient pada pukul 12 tengahari sedangkan patut drain pukul 2 petang. Bila tengok yang patient tu ARU (Acute Urinary Retention) dan dalam 24 hour urine output evaluation prior to discharge, barulah terkial-kial suruh student nurse tu kira residual drainage pukul 2 nanti. Huhuhu…pengajarannya jangan suka-suka abuse orang suruh dia buat itu dan ini tanpa mengetahui tujuan sesuatu dibuat.

Bila kita dah terbiasa memakai karisma seorang doctor, hatta di mana-mana jua, bila kita berpakaian segak orang akan hormat dengan peliknya. Apa pun setakat ini, we are a not-so-medical student with an upside down exclamation point.

Sekarang masuk bab SERIOUS:

Tapi rasa hormat itu mungkin sedikit terusik apabila kita kurang ambil tahu tentang sesuatu perkara. Tak gunalah berbangga dengan apa yang dilakukan sedangkan sedikit pun kita tak tahu apa yang kita buat itu, nama procedure dan teknik pun tak difahami. Ini bukan kes ‘Kau Bodoh, Aku Pandai’ tapi mengenai kemahuan kita untuk belajar dan memperbaiki diri. Perkataan “Kau takpelah, kau pandai!” atau “Kau pandai bolehlah” atau “Kau kan pandai,” atau “Mentang-mentanglah kau pandai,” adalah kata-kata manusia yang secara subconsciousnya menidakkan kelebihan atau potensi diri sendiri atas kelebihan orang lain. Sebagai mahu menyalahkan kekurangan diri atas kelebihan orang lain. Seperti suatu alasan untuk mengizinkan dirinya berada di takuk lama dan tidak mahu maju “Aku tak pandai, jadi aku tak payah usaha apa-apa. Aku tetap tak akan pandai.” Mereka-mereka ini lebih selesa merendah diri dan sentiasa berada dalam ruang ‘tidak tahu’ berbanding mencuba untuk ‘ambil tahu’ atau setidak-tidaknya mencuba menambah pengetahuan. Yang disangka pandai tidak mendapat ilmu secara wahyu atau ilham yang datang tiba-tiba, mereka harus membaca dan belajar seperti yang lain. Jalan dan usahanya sama seperti orang lain, membaca, bertanya dan teruskan membaca lagi. Mereka yang disangka pandai tidak semestinya dilahirkan genius tapi adalah manusia yang belajar dari kesilapan dan kegagalan seterusnya mencuba memperbaiki diri untuk tidak selamanya berada di ruang ‘tidak pandai’ atau ‘tidak tahu’. Mereka bukan pandai, tapi berusaha lebih dari mereka yang mendakwa dirinya tidak pandai. Yang tidak pandai bukannya bodoh tapi sebenarnya tidak banyak berusaha memperbaiki diri, memberi alasan, membuang waktu, terlalu selesa berada di zon ‘tak tahu’ sehingga untuk berusaha walau sedikit ibarat mencederakan sendi-sendi dan mematahkan tulang-tulang, amat payah dan sakit.

Kalau berada di course critical macam ni tapi usaha tak sehebat mana, ia tidak berguna. Course in medicine field menuntut kita bekerja keras dan bukan sekadar mencari glamor semata-mata, mengampu sini-sana dan memberikan alasan. “Tak tahu!” bukanlah alasan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya, “Belum tahu”, “Kurang pasti” adalah suatu frasa positif yang tidak menidakkan kemampuan dan potensi diri.

Ilmu pengetahuan adalah seperti alam semesta, tiada penghujungnya. Aku bersyukur ada di antara teman seperjuangan telah kelihatan usaha untuk memperbaiki diri, untuk ‘ambil tahu’ dan ‘mahu tahu’. Mereka mulai kenali potensi diri dan memahami tiada yang mustahil. Aku turut bangga jika dapat membantu serba sedikit dalam ruang lingkup ilmu pengetahuan diri sendiri yang belum (tapi sedang) matang. Aku agak sedih mengenangkan teman yang masih mahu berada di zon yang satu lagi. Tidak kelihatan banyak usaha dari mereka bahkan lebih banyak berlengah dengan alasan “Takpe, nanti boleh belajar,”. Mengapa harus nanti? Mengapa bukan sekarang? When is soon? Is it sooner or late late soon or never ever?

Curiosity
Tentang curiosity, the beauty of it is in the searching for the meaning and detail of a matter in question. An attempt will prove worthwhile when you pour your outmost effort to it. If you get it to easy, it does not matter most to you. Like chasing a girl, if you try your best, you’ll keep them for keep and try your best not to lose her. But if you get her too easy, you’ll use her and leave her.

Jadikan bertanya sebagai usaha akhir, jadikan mencari dari segala rujukan sebagai usaha sehabisnya. Percayalah, dalam mencari isu persoalan kita akan mendapat lebih dari membaca dan mengkaji berbanding bertanya. Ibarat membuka kamus untuk mencari sesuatu perkataan yang tidak difahami, dalam usaha membelek-belek lembaran kertas mencari perkataan yang dimahukan, kita mungkin terserempak beberapa perkataan baru yang menarik lantas membacanya dan faham mengenainya. Cari satu, kita dapat lebih dari satu. Bila kita cuma selesa bertanya sahaja (kerana malas mengkaji sendiri), bila ditanyakan satu, yang dijawab cuma satu atau mungkin tiada langsung. Ia tidak akan melekat lama, mungkin beberapa hari kemudian, akan bertanya soalan sama lagi. Bila ada usaha mencari dengan susah payah, kita akan berusaha memahaminya dengan apa cara agar tidak akan lupa lagi (kerana menyedari betapa sukar mencarinya), dan natijahnya kita memang tidak akan lupa. Jadikan tabiat untuk sentiasa disuap sebagai sejarah lama dan bukannya rutin harian. Sebagai pelajar perubatan, kita harus ada dahaga, lapar dan gersang pada pengetahuan bukan sekadar bersandar pada nasib dan kebetulan berharap suatu hari nanti, ilham dan wahyu akan tiba-tiba tercetus dalam kepala.

Sesungguhnya entry kali ini panjang dan tidak menghiburkan. Aku juga tak layak untuk menasihati bahkan untuk self-reflection cuma. Cuaca juga tidak sentiasa menurut kemahuan sendiri dan hidup tidak selalunya terisi dengan apa yang dimahukan.

SEKIAN

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...