Tuesday, September 01, 2009

Sikardia


Aku pernah menjadi seorang yang lucu, dan lazimnya manusia tidak akan kekal pada emosi yang sama. Tekanan darah juga menurut Ritma Sikardia (Circadian Rhythm). Serotonin juga fluctuate bergiliran bersama Melatonin dan Endorphine. Dosa juga berselangan pahala. Maka mengapakah aku sebagai manusia harus kekal dalam suatu ruang dan irama. Langit bukan selalunya cerah, kerana musim tengkujuh ada tikanya. Di bumi barat juga punya empat musim semuanya. Laut juga ada pasang surutnya. Lalu mengapakah aku hanya perlu menghadap ekspektasi menjadi lucu sahaja? Mengapakah aku harus menjadi penghibur sahaja? Bencikah kalian melihat aku berubah menjadi suatu sisi yang lain? Bencikah Tuhan pada hambanya yang melakukan sekelumit dosa? Maka taubat itu pula untuk apa?

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...