Beliau adalah guru matematik ketika aku berada di tingkatan satu. Dialah cikgu yang tidak berjaya membuatkan aku mencintai matematik. Dia juga adalah seorang guru disiplin yang mana kalau sesiapa gagal menyiapkan homework padahnya adalah cubitan ber-pulasan di perut. Peliknya cubitan itu tidak berjaya membuatkan aku serik. Ketidakcintaanku kepada matematik sungguhlah menebal sehingga rotan dan cubitan cikgu Cheah tidak berjaya memaksa aku untuk beromantika dengan matematik.
Bagaimanapun itu semua tidak penting. Essence of the story yang aku nak kongsikan hari ni adalah mengenai peristiwa pada suatu hari. Ketika itu sistem merit dimerit mula dijalankan di sekolah menengah aku. Salah satu dari kesalahan yang terdapat pada buku tersebut adalah membawa pemadam pen cecair atau liquid paper atau correction fluid.
Sementelahan aku ini tidak berapa cinta pada matematik, dan azali manusia yang istiqamah melakukan kesilapan makanya setiap homework aku pastilah dipenuhi oleh kesan-kesan correction fluid tersebut. Suatu hari ketika cikgu Cheah memeriksa kerja rumah di dalam kelas dan ketika kami semua leka menjawab soalan dari buku teks, namaku dipanggil. Telahanku pastinya dia telah menemukan banyak kesilapan dalam kerja rumahku. Aku lantas berdiri seraya cikgu Cheah bangkit dari meja guru dan berdiri di hadapan papan hijau mendepangkan buku latihanku untuk dilihat semua murid yang lain.
“Berapa markah demerit patut dipotong jika pelajar membawa correction fluid?”
“Lima markah, cikgu!” jawabku gementar
“Kalau macam tu kenapa kamu masih gunakan correction fluid? Saya tengok kerja rumah kamu sangat comot. Kamu tahu apa fungsi correction fluid sebenarnya?”
“Untuk memadam kesilapan cikgu!”
Jawapanku itu mungkin telah mengusik hati cikgu Cheah. Dia tersenyum kecil dan kembali duduk di meja gurunya. Kami yang lain hanya terpinga-pinga kerana aku seperti yang lain menjangkakan kalau bukan rotan, pastinya cubit pulasan ke perut yang bakal aku terima. Ternyata semua itu tidak berlaku. At least not that day.
Kini bila dikenangkan kembali. Alangkah mudahnya jika semua kesilapan yang pernah aku lakukan dalam hidup ini begitu mudah dipadamkan. Alangkah seronoknya hidup tanpa perlu memikirkan parut kesilapan masa lalu.
Alangkah baiknya jika ada correction fluid untuk semua itu.
Mungkinkah erti Kemerdekaan itu akan lebih bermakna. Merdeka dari segala kesilapan lampau. Dan coretan hitam pasti akan hilang dibalik palitan putih.
Shake it…
Squeeze it…
…and roll it over mistakes…
CARTE BLANCHE all over again.

No comments:
Post a Comment