Saturday, September 26, 2009

Nostalgia Part 2: Boy dan Kiki

Kerana kitorang tinggal kat pedalaman Sabah, kat daerah Kudat nun. Makanya untuk mendapatkan surat khabar amatlah once in a blue moon. Kau terpaksalah bergantung kepada TV1 untuk mendapatkan berita. Sewaktu umur 4 ke 7 tahun, di kawasan pedalaman yang takde bekalan letrik, TV hanya boleh ditonton pada waktu malam dan hujung minggu sahaja. Waktu malam, takde kartun melainkan drama dan berita. Kat hujung minggu, sabtu bolehlah tengok Flash Man diikuti dengan Kesatria Perkasa Hitam a.k.a Satria Baja Hitam. Esoknya pula, bolehlah tengok Gaban pada hari ahad selepas Masked Man. Hehehe…

Di pagi hari sabtu, kau menghadaplah Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri bersama Kak Yong, dengan mascot harimau dan kancil serta Awang Gendut itu. Kita belajar juga kraftangan dan melukis dari abang gigi jongang itu. Semuanya hanya boleh ditonton apabila aku dan abang selesai membasuh kasut sekolah sambil menangis sebab dipaksa oleh emak yang bersifat ibu tiri. Selepas habis Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri, TV harus ditutup untuk menjimatkan tenaga mesin generator yang menjana sumber elektrik dan berpeleseranlah Bambi dan abangnya yang kuat membuli itu ke serata pelusuk kawasan perumahan guru. Tanpa diketahui oleh ibu Bambi, Bambi dan abangnya pergi rumah jiran untuk menyambung tengok TV. Jiran Bambi tidak menggunakan generator kerana generator sangat mahal. Mereka buat wiring guna bateri kereta untuk disambungkan ke peti TV. Kerana Bambi dan abang adalah anak guru besar, makanya tiada siapa yang berani berkata tidak bila Bambi dan abang nak tumpang tengok TV.

Kalaulah takde benda nak tengok. Abang Bambi ajak Bambi masuk hutan melalui jalan balak, mendaki bukit untuk tengok sarang burung helang di atas sebatang pokok mati yang tinggi. Turut bersama adalah member kamcing abang iaitu Mamat, Sunil dan kadangkala Ancut (seriyes nama ni nama betul). Mamat dan Sunil adalah anak bangsa Bajau dan berumur sebaya dengan abang, manakala Ancut adalah seorang Rungus yang umur setahun lebih tua dari abang, anak kepada Cikgu Malisin. Kami dinasihatkan Ancut agar jangan masuk hutan, hanya ikut jalan tanah merah balak sahaja sebab Cikgu Malisin dan kawan-kawan yang lain suka memburu di hutan berhampiran. Binatang yang diburu pula adalah babi hutan, kijang dan banyak lagi.

Walaupun kat kawasan rumah banyak juga domesticated nyer babi hutan berkeliaran yang suka makan sampah anak beranak, tapi cikgu Malisin nak juga cari babi hutan yang liar. Makanya kitorang tak dibagi masuk hutan, takut tertembak tak pasal-pasal. Tak ke kau dicop babi hutan…yang comel. Cikgu Malisin ada lesen senapang patah kata bapak, peluru senapang tu adalah sebesar bekas gincu mak Bambi. Cikgu Malisin selalu bercerita dengan Bambi tentang binatang buruannya di anjung rumahnya sambil membersihkan senapang patahnya itu (nak bersihkan Gun Shot Residue, GSR kot). Bambi hanya berdiri kat tepi tangga sambil memandang anjing Cikgu Malisin yang tidur di bawah kerusi sambil dibelai-belai oleh Didi. Mak Bambi tak bagi Bambi masuk rumah cikgu Malisin sebab cikgu Malisin ada anjing nama Boy. Haram kata Mak Bambi.

Boy adalah anjing buruan merangkap guard dog. Makanya dia harus menampilkan watak garang dan suka mengigit. Suatu hari mak Bambi suruh Bambi pinjam cangkul kat rumah cikgu Malisin. Cikgu Malisin suruh Bambi ambil cangkul kat bawah rumah, Bambi tak tahu yang Boy ada kat situ. Makanya Boy yang tak paham bahasa yang Bambi ni bukannya babi mahupun pencuri telahpun mengigit seluar Bambi. Nasib baik dia tak gigit Bambi sebab isteri cikgu Malisin (yang bergigi merah kerana suka makan sirih itu) sempat jerit kat Boy sebelum anjing itu melepaskan seluar Bambi. Bambi balik rumah mengeletar menangis ketakutan, takut sebab bimbang dimarahi emak kerana Bambi telah digigit anjing dan takut jadi serigala jadian cam kat dalam buku cerita yang Bambi baca. Meskipun logiknya serigala dan anjing tu takdelah sama spesisnya walaupun dalam keluarga canine. Manalah Bambi tahu waktu tu, sebab abang Bambi yang cakap macam tu. Sebab tu Bambi selalu join abang baling batu kat Boy sebelum ni, padan muka Bambi bila Boy balas dendam. Sampai kat rumah, bila tengok Bambi nangis, mak Bambi mengeluarkan perangai ibu tiri untuk menyoal Bambi. Bambi budak jujur, makanya Bambi cerita kat mak yang Bambi digigit anjing secara harfiahnya. Walau sebenarnya, hanya seluar Bambi sahaja yang digigit. Mak pun transform jadi ibu tiri sejati gi tarik Bambi ke bawah rumah, mak ambil segayung tanah dan bancuh dengan air dalam satu baldi. Walaupun secara Feqahnya mak Bambi hanya perlu basuh dengan satu bahagian air tanah dan enam bahagian air mutlak di tempat yang terkena gigitan iaitu seluar Bambi. Sudahnya Bambi dibogelkan ala-ala tahanan kat penjara Abu-Ghraib lalu disiram sebaldi air tanah sebelum dicuci dengan air sejuk dari tangki tadahan air hujan, kemudian disental dengan sabun dettol. Bambi menangis teresak-esak. Apakah yang mak Bambi buat ini, adakah Bambi ni kereta Toyota Corolla bapak ataupun lantai rumah? Seluar pendek yang Bambi pakai yang ada corak kartun Tweety itu telah dibuang. Sekarang baru Bambi paham, yang mak Bambi buat tu adalah dinamakan menyamak. Penat Bambi buat drama nangis cam anak tiri siap meraung-raung. Banyak sangat baca buku cerita penderitaan anak tiri. Huhuhu…

Selepas itu, Bambi tak nak baling Boy lagi. Bambi marah abang sebab suka buli Boy. Abang sebenarnya suka dikejar dengan Boy, cikgu Malisin dah puas tegur abang agar jangan baling batu kat Boy. Dengan menggunakan lesen ‘Aku Anak Guru Besar’ abang tak makan saman.

Cikgu Malisin pernah buru dan makan landak, tupai, kijang, babi dia juga suka menjerat kera. Cikgu Malisin adalah jiran sebelah rumah, dia ada seekor kera peliharaan hasil tangkapannya tiga tahun dulu. Mengapakah cikgu Malisin suka memelihara binatang yang bakal mencederakan Bambi, Bambi pun tak tahu. Adakah cikgu Malisin ini bersikap sadistic orangnya? Cikgu Malisin ikat kera peliharaanya di kawasan pokok-pokok pisang, di tepi cement pavement tempat orang lalu lalang. Suatu hari mak Bambi buang sesikat pisang busuk. Bambi yang baik ambil sebiji sebab nak bagi makan kera cikgu Malisin. Ketika menghulurkan pisang, Bambi acah-acah kat kera tu. Kera tu agak takut-takut nak ambil pisang dari Bambi, bila sahaja tangannya nak capai pisang tu, Bambi sembunyi pisang dalam poket. Setelah berkali-kali Bambi mengulangi onar tersebut, kera itu bertindak nekad terkam Bambi dan gigit tangan Bambi sampai Bambi lepaskan pisang tu. Sekali lagi Bambi nangis, tapi Bambi tak berani cerita kat mak sebab takut mak bertukar menjadi ibu tiri makanya Bambi cerita kat abang. Abang kata, Bambi tak akan jadi kera jadian sebab kat dalam buku cerita tak pernah ada kera jadian, Bambi rasa lega. Tapi abang Bambi ini kepala hotak sangat nakal, dia ajak Bambi balas dendam kat kera itu. Dia terpengaruh dengan cerita katun TV1 tentang kera dan cili, makanya abang sumbatkan banyak cili dalam sebiji pisang dan bagi kera makan. Ternyata kera tak nak makan sebab mungkin dia dah kenyang ataupun memang dia pintar sebab mempunyai banyak DNA similarity dengan Helmy. Abang dan Bambi ambil semula pisang tersebut dan pergi ke bilik mesin generator, kami terjumpa sebotol minyak motor yang wangi jenama Shell 2T. Bambi sangat hairan, kenapakah minyak motor itu wangi? Abang Bambi ambil pisang tadi dan keluarkan semula cili lalu celupkan pisang dalam minyak motor yang wangi tersebut.

Sebabkan abang baru belajar peribahasa ‘bagai beruk mendapat bunga’ kat sekolah, makanya abang membuat kesimpulan yang kera atau Nizam atau beruk suka pada benda yang berbau wangi walaupun maksud peribahasa itu adalah ‘orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain’. Teori itu cuba dibuktikan oleh abang. Selepas selesai mencelup pisang dalam minyak petrol, Bambi dan abang pun letak pisang tersebut kat tempat kera tersebut.

Keesokan paginya, Bambi terbangun bila terdengar mak dan bapak sedang berbincang sesuatu di meja makan ketika sedang bersarapan. Abang sedang lena tidur. Bambi juga terdengar seseorang menangis di luar rumah. Bambi tanya siapa yang menangis, bapa kata cikgu Malisin. Bambi tak pernah tengok cikgu Malisin menangis, dia adalah seorang pemburu handal, mengapakah dia menangis? Dia kelihatan sangat hodoh ketika menangis. Mak bagitahu Kiki dah mati. Bambi cuba ingat semula, cikgu Malisin ada empat orang anak, yang sulung adalah perempuan bernama Nita telah berkahwin, kedua Larry, Ketiga Ancut (nickname) dan keempat Didi. Siapa Kiki?

Bambi keluar dari rumah mendekati cikgu Malisin. Bambi tengok dia sedang mengendong keranya yang tidak bergerak. Lidah kera tersebut terjelir keluar. Bambi tanya pada cikgu Malisin apa yang berlaku, dia kata keranya telah mati. Bambi terkejut dan takut. Barulah Bambi tahu Kiki adalah nama kera tersebut. Bambi dan abang telah jadi pembunuh. Ustazah Sa’adah kata berdosa aniaya binatang walau semut sekalipun. Orang berdosa masuk neraka. Bambi tiba-tiba turut menangis. Bambi telah berdosa. Bambi akan masuk neraka. Cikgu Malisin terdiam tengok Bambi menangis, dia usap-usap kepala Bambi dengan tangan kanannya yang tadinya mengusap keranya yang mati itu (kerakah aku?). Bambi tengok rantai yang mengikat leher Kiki sebelum ni telah dilepaskan. Rantai itu tidak bermakna tanpa Kiki. Tapi rantai itu boleh digunakan mengikat Bambi pulak. Bambi bertanyakan kenapa Kiki mati, cikgu Malisin kata mungkin Kiki terjerut leher sendiri sebab itu lidah Kiki terjelir. Cikgu kata lagi, mungkin juga sebab dia terlupa memberi Kiki makan kerana dia baru balik dari memburu, mungkin juga Kiki mati kelaparan. Bambi rasa lega, Bambi tak bersalah, abang Bambi pun tak berdosa. Bambi dan abang tak akan masuk neraka. Bila Bambi tengok balik kat tempat Kiki, pisang celup semalam dah tiada di tempatnya.

Bila abang bangun, Bambi cerita pada abang. Abang kata memang Kiki mati sebab lapar. Sebab Kiki laparlah dia terkam Bambi dan rampas pisang dari tangan Bambi. Sebab Kiki laparlah dia makan pisang bercelup minyak motor wangi tersebut. Sebab itulah Kiki mati. Abang ketawa terbahak-bahak. Bambi jadi marah. Abang tipu Bambi. Abang kata abang cuma nak balas dendam pada Kiki. Tapi sebenarnya abang dah bunuh Kiki dan abang buat Cikgu Malisin dan keluarganya sedih. Bambi nangis lagi sebab Bambi berdosa. Kesian Kiki.

Bambi cerita semuanya pada bapak. Bapak kata budak kecil macam Bambi tak akan masuk neraka. Bapak kata, kalau Bambi menyesal, Bambi kena bagi bunga kat kubur Kiki macam kat dalam TV, orang tabur bunga atas kubur. Bambi letak bunga raya dekat kubur Kiki, masa tu juga Bambi kenal dengan seorang budak perempuan nama Kathy.

NEXT STORY: Kathy dan Suzanna

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...