Monday, September 07, 2009

Kebahagiaanku (a.k.a Ini Bukan Puisi)



Kebahagaiaanku ketika ini…
bukanlah pada kayanya perasaanku akan cinta dan gembira.
Bukan juga pada cita-cita yang menjelma nyata.
Kerana di hadapan masa, aku telah telah [sic] kenyataan,
aku telah terima keberadaan cita itu tergelincir dari gengaman.

Kebahagiaanku ketika ini…
bukan lewat lagu dan drama.
Bukan juga pada cuaca atau bicara.
Bukan pada susunan tugasan berserakan dihadapan
…yang tidak terbongkar dibalik kertas-kertas bertimbunan.

Kebahagiaanku ketika ini…
bukan kerana keluarga dan sahabat.
Bukan kerana kenalan jauh dan dekat.

Kebahagiaanku ketika ini,
berada di hadapan ku.
Secawan hot chocolate yang dinginnya kutunggu.
Tiada yang lebih menggembirakan dari Theoboramine.
Kegembiraan dalam bentuk sintetik terjamin.
Tidak...ia bukan Milo, Ovaltine atau Vico.
Those to me taste too shallow.

Setelah seluruh dunia membelakangi kemahuanku,
aku butuh hanya pada secawan cecair gelap bersusu.
Itulah kebahagiaan dalam bentuk kimia legal,
walau aku tahu kesannya tidak kekal.
Kerana kalau aku hanya berharapkan perasaan dan hati,
entah bila kebahagiaan akan aku benar-benar alami.

Selagi saraf dan kewarasan ku tidak menggila kerananya di sini,
dan tiada jiwa terancam tanpanya di sisi,
biarlah aku bahagia begini.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...