
Seorang lelaki tua
Duduk memandang senja
Dari celah kelabu kelopak mata
Mengenang kisah lama
Ketika dirinya masih muda…
Ketika dirinya masih muda
Kudratnya gagah menongkah dunia
Seluruh pelusuk mahu diteroka
Seluruh pengalaman mahu ditimba
Seluruh musuh mahu dikuasa
Kerana dia masih muda
Kudratnya tinggi menjulang angkasa
Ketika dirinya masih muda
Nafsunya serakah mahukan segala
Seluruh wanita mahu dicinta
Seluruh harta mahu dipunya
Seluruh pangkat mahu diraja
Kerana dia masih muda
Citanya buas pingin semua
Namun semua itu tinggal cerita lama
Langitpun telah bertukar rona
Pelita pun
Yang terbakar
Begitulah jua kitar manusia
Yang muda akan tua
Dan kisah seorang lelaki tua
Sebenarnya...adalah kisah kita
16 Julai 2006
8:18 PM
No comments:
Post a Comment