“Kata dah tutup. Ni apesal pulak tiba-tiba bukak balik blog ni. Hipokrit!”
Mungkin akan ada readers blog ni akan mengutarakan pemikiran ini jauh di dalam benak mereka jika bukan di hujung lidah. Negara
Sekembalinya aku ke dunia blogging ini adalah for the higher purpose. Some people may need it more than me. Aku menulis untuk terapi diri. Terkadang sahabat adalah lebih attentive ketika membaca berbanding ketika mendengar. Aku bukan merengus atau mendesah nasib diri untuk dicanang-canangkan bahawa “Akulah yang bernasib malang!”, “Akulah paling derita!” kerana ia bukan keadilan untuk mereka yang lebih sengsara yang kisah siksa hidup mereka tidak ternukilkan di mana-mana. Bukan juga untuk mencari simpati sesiapa.
Aku menulis kerana aku mampu dan ia adalah hak aku. Selagi tidak ada darah tertumpah kerananya and nobody ends up incarcerated, aku menggunakan kemerdekaan negaraku untuk menulis. Jika tidak disukai sesiapa, demokrasi membenarkan anda untuk membenci. Demokrasi juga tidak menghalang anda untuk menekan butang CLOSE [X] di atas hujung penjuru kanan. Hipokrasi membuatkan anda datang kembali ke sini. Sebagai rakyat merdeka, lakukan hak anda.
No comments:
Post a Comment