…Kilau matanya dicemburui bintang
…Sebiru-biru langit lazuardi, hitam lagi langit dinihari
…Bersuara antara waktu dan ketika, bergemuruhlah petir gempita
…Pada sedetik waktu terhenti, manusia tiada ingin mati

Demikianlah antara bait puisi yang terkesan buatku ketika aku aktif menjadi penulis. Adapun bait pertama adalah berbeza asalnya dari bait dua, tiga dan empat. Yang pertama itu bukanlah derivatif dari satu puisi yang sama dengan yang seterusnya. Manakala yang lain adalah berasal dari puisi yang sama, tapi susun aturnya tidak seperti asalnya.
Ia adalah cebisan-cebisan yang masih melekat dalam ingatan. Ia seperti ‘punch-line’ dalam karya puisi ku yang membuatkan aku tidak jemu membacanya berkali-kali dalam pengaruh obsesi diri dan sedikit narsisi. Malangnya puisi-puisi ini telah hilang bersama matinya kewarasan komputerku pada suatu hari. Setelah ia diformat semula, segalanya hilang bersama puluhan puisi lain.
Bagi penulis kreatif, cinta bukanlah satu-satunya perkara yang mencarik perasaan, kehilangan karya juga punyai simptom yang sama, hanya saja ia lebih bisa dan luka. Sesal suatu kegagalan cinta singgah untuk beberapa selang waktu sahaja, kehilangan suatu karya bagaikan selumbar yang terbenam membentuk granuloma. Lalu ia membuat kompresi pada nociceptor yang setia. Maka rasa bisa itu kekal selagi kewujudannya ada.
Tuhan tidak senantiasa mengurniakan ilham pada orang yang berdosa. Makanya dikesempatan nikmat ilham itu tertulislah sebuah karya. Tapi pada suatu ketika Tuhan ingin menguji, ilham itu ditariknya kembali. Pada kelemahan manusia yang sering merintih pada derita, aku juga dihimpit sesal pada masa yang lama. Ketika itu kesembuhan adalah suatu hukuman bagiku, kerana aku tidak ingin melupakan ilham karya itu. Bagai cebisan hati yang rosak, ingatanku juga tercarik dan rabak. Dan sehingga kini aku masih merindui karya itu. Andai saja benar masa bisa diputarkan, akan aku ukirkannya pada dinding-dinding seraya cuba untuk tidak lupa.
Tapi Tuhan mengenggam takdir….dan kita hanya fakir.

No comments:
Post a Comment