Monday, August 31, 2009

Perlukah Aku Bagi Alasan?

"Kenapa tutup blog?"

Soalan tu bukanlah favorite soalan time SPM aritu, tapi tetap aku malas nak bagi alasan sebenar. Harap-harap orang dah lupakan blog ni dan tak datang-datang lagi. Semua followers aku dah delete atau block dengan harapan tiada siapa akan dapat trace kehadiran blog ini lagi. Aku dah tak contribute medical article kat MSCMSU lagi dan aku juga tidak jadi co-author untuk HOTS.

Blog palsu yang aku upfront-kan hari tu aku dah musnahkan menggunakan Action Beam Shin Chan. Aku cuma nak orang lupakan blogsite ni so aku tukar sebentar alamat blog site original ni dan dummykan blog page hodoh itu.

Tapi andai kata ada orang yang still terbukak blog ini. Sila jangan bikin kecoh, kalau aku tengok visitor counter tu naik sikit je, aku private kan blog ni. Ergo...hanya orang yang register email je boleh baca Gestalt. Which will be none of you.

Antara sebab aku tutup blog lama sebab aku tetiba rasa insecured mengenangkan banyak personal stuff aku post kat blog ni. Kalau strangers kat US yang baca aku tak kisah. Tapi kalau strangers cum coursemate yang aku tak kenal terbaca. Tidakkah aku ralat!

Secondly, aku still figure out apakah hala tuju my blogsite nih. Adakah cuma untuk menghibur orang bagi diorang gelak-gelak, atau patutah aku buat entry bersifat Mahmuddah sikit. Tapi being me, kalau aku buat entry penuh nasihat dan ceramah, aku bukanlah sesempurna dan semulia orang yang aku nak preach.

Thirdly, aku kekadang begitu enthusiastic nak hiburkan orang. Pukul 2-3 pagi rush gi CC nak update blog so my reader's life will be less boring (hopefully), at least if i got a feedback I will know that my endevour was worth it. Tapi kalau readers aku asyik senyap je, perlukah aku menjadi Cuddy jerit kat anak angkat dia "Tell me what you want?!!"

Fourth, the big D came again. The death instinct came knocking back like uninvited guest. I cannot rely on my close friend to tell them my problem. They never see me as a problematic and dark person. They know me as the joker, the funny, the happy-go-lucky so whatever words yang keluar dari mulut aku ni nescaya akan di anggap lucu even kalau aku cakap "Aku nak bunuh mak kau?"

It wasn't their fault for their failure to listen. Maybe it's my fault sebab fail tu be taken seriously. Making people happy supposedly make me happy, but that's it. Temporary euphoric moment of knowing people happy, but later back to my lair, I was the dark and morosic animals again. All my life, satisfying people always be my priority. My parents, my friends, all except myself. I never know apa yang boleh puaskan hati aku. I thought money will brings sunshine but never. I have my close friend living with me but NO, I hate the very idea of it everytime I woke up. He is now becoming my burden, being unemployed postgraduate I have to support his life under the license of being a good friend. But making people happy will actually make me sad. Making people happy will cost me time, energy and money also emotional exhaustion to me.

Putting up a fake happy face hoping nobody will know my own sadness. My life serves its purpose to cater to people joy and satisfaction. Who will cater to mine? Who'll make me happy? Who'll made me laugh?

Still I thought making people happy will make me happy?

I was time-tested wrong all over, but that such mistake I'll never intend to correct. It was socially accepted to entertains people.

I just hope there's a thing that made me happy. The big D came knocking at my door time and time again. Sleeping will never chase it away. Waking will invite it to stay. Euphoria...ecstacy...endorphine overdose is what I yearn about...or was it LOVE I was lack about? Nope...it was at the very bottom of my list, the last page of life thesis...an appendix maybe.

Thursday, August 13, 2009

5 Years and Counting


Pakcik gerenti lima tahun akan datang pakcik akan tetap tampan dan Helmy tetap memelihara menatang 'ITU' (SILA KLIK) sebagai peliharaan, dan Nizam akan memerlukan liposuction lagi kerana dia adalah binge-eater selepas kegagalan surgery kedua.

Tanpa pakcik sedar, sebenarnya sudah lima tahun pakcik terlibat dalam dunia blogging ni, bermula dari tahun 2004 sampailah 2009. Kalau kau simpan duit dalam ASB dah banyak kau dapat, Meal. Dulu mula-mula pakcik haram tak tahu apa itu Blogger mahupun blogging ni. Ini semua disebabkan oleh English for Academic Writing.

Masa tu ambil kursus DMLT di KUTPM, subjek English tu di ajar oleh Miss Shima. Dia tak bagi kitorang assignment secampak. Dia suruh kitorang beristiqamah post blog sekali seminggu. Academic Writing lah sangat. Syaratnya, blog post tu mestilah 2 muka surat Microsoft Word dan hasil tulisan sendiri. Kata beliau lagi, by the end of semester, setiap seorang mesti ada lebih 12 blogpost. Dia suggest kitorang buka akaun kat Blogger.com dan SMS address blog kitorang kat dia. Dia akan pantau dari semasa ke semasa perkembangan blog kitorang. Kata beliau lagi, paling lewat post blog adalah Jumaat setiap minggu sebab sabtu dia nak check blog entry. Masa tu alamat blog pakcik sangat skema --> http://mohdhafis1985.blogspot.com. Dan tajuk blogsite pakcik adalah ‘Weekly Journal’ instead of ‘Dear Diarrhea…’ macam sekarang.

Pakcik dan member-member masa tu memang blur tak tahu nak buat apa. Ada member pakcik siap plagiat karya BI dari Majalah Tahunan Sekolah dia untuk post kat blog. Alangkan dulu masa kat sekolah cikgu suruh buat karangan surat kiriman rasmi kita bukan punya liat, inikan pula nak menulis blog entry seminggu sekali. Pakcik lucu sangat time tu, bebudak kelas pakcik buat macam-macam entry, ada yang buat entry pasal Road Safety lah, ada citer pasal benda-benda yang sangatlah ‘surat khabar’ dan ‘safe’, pakcik sorang je yang tulis tentang personal stuff. Siap buat TOP 10 lagi tiap hujung entry. Masa tu vocabulary memang sangat hampeh, tetapi disebabkan nak cuba juga menulis dalam BI last-last kenalah buat jugak.

Masa tu Blog atau Blogging takdelah sangat popular. Ia baru mula diperkenalkan dan sedang berkembang dengan pesat. Blogsite yang pertama menyediakan khidmat blogging ini adalah tidak lain dan tidak bukan Blogger. Dari situlah term BLOG itu di-coin-kan. Si pembuat blog entry pun digelar blogger. Dan sebab itulah pakcik setia dengan Blogger ni.

Kalau korang nak tengok entry yang pakcik buat time tu, korang klik lah archive di sebelah kanan tu. Tapi pakcik cadang better tak yah, masa tu pakcik nyer entry tidaklah seceria entry sekarang. Entry pakcik time tu adalah entry depressed dan sangatlah pathetic. Entry tentang macamana pakcik nak get used to life in the foreign land, hope and despair dan macam-macam lagi.

Hasilnya, dalam subjek English tu, pakcik dapat gred yang pakcik nak. Sangat berbaloi pakcik perah otak tiap minggu nak post blog. Pakcik nyer kreativiti time tu sangatlah susah nak keluar, kadang-kadang tak tahu nak tulis pasal apa, tapi tetap dipaksa-paksa juga, mana tak hasilnya sangat depressed dan stressed. Member pakcik yang lain siap plagiat article dari English newspaper dan majalah, sanggup taip balik. Yang pakcik pulak, menggunakan blog sebagai medium mencurah perasaan, tak dapat pakcik bayangkan bagaimana depressed nyer lecturer pakcik tu baca blog pakcik. Sampai sekarang pakcik dah tak dengar khabar berita lecturer pakcik tu, hidup lagikah dia selepas membaca blog pakcik yang mood-spoiling dan depressing itu.

Lepas abis je semester tu, pakcik dah kurang post blog sebab pakcik rasa takde maknenya, bukan ada orang baca pun. Ada yang hantar komen pun spamming nyer comment. Masa tu pakcik tak reti apa itu RSS feed, follow mem-follow, dsb. bagi pakcik blog itu adalah untuk post entry semata-mata, yang lain haram pakcik tak reti. As a result, pakcik hiatus dari blog pakcik selama setahun pada 2007, tanpa sebarang entry, dan sepanjang setahun tu pakcik beralih kepada Friendster blog. Lama jugalah pakcik berblogging di Friendster tu sampailah suatu ketika last year, pakcik tetiba rasa macam nak start balik blogging kat Blogger. Kerana sepanjang pakcik ber-hiatus itu, pakcik sangat aktif membaca blog-blog orang lain termasuklah blog Afdlin Shauki, Allahyarham Yasmin Ahmad dan beberapa marhaen lain. The trigger point untuk berblogging semula di Blogger itu adalah disebabkan idol pakcik dah start membuka blogsite nyer, idol pakcik tu tak lain dan tak bukan adalah Che Det.

Bila pakcik bukak balik blogsite lama pakcik, akibat terlalu lama sepi, ada satu button tulis CLAIM THIS BLOG. Sudahnya pakcik claim balik blog tu, pakcik dah lama tak buka sampai pakcik tak ingat apa password pakcik. Mujurlah pakcik still ingat email address pakcik, mana boleh pakcik lupa email akaun yang pakcik guna hampir 9 tahun kat Hotmail tu.

Starting back itu sangatlah perit sebenarnya. Entry pun seminggu sekali atau 3 hari sekali sebab pakcik dilanda mental block. Masa tu pakcik kena co-author blog HOTS (ingatkah lagi? http://groupcbms.blogspot.com) dan jadi contributor untuk Medical Article kat MSC blog di bawah nama WhiteLighter (ya, itulah saya tuan-tuan dan puan-puan). Bagi sesiapa yang selalu ikut penulisan pakcik, bukan susah sangat nak kesan siapakah WhiteLighter itu. Pakcik punya stail penulisan ini sangatlah agresif kata orang. Pakcik tak reti bersopan santun dalam penulisan (yeke?) ada je yang nak di-argue-kan.

Sekarang ni, pakcik dah semakin tekun post blog disebabkan kalau pakcik berhenti lama sangat, nescaya pakcik akan susah nak mula balik. Begitulah ceritanya dengan aktiviti berjogging itu, bila mana pakcik dah stop, memang sangat liat nak get back to the track.

Someone pernah cakap kat pakcik, gaya penulisan pakcik sangat kejam, biadap, kurang asam, tak sayang jari, risky, comedy tahap durjana dan bangsat. Jawapan pakcik semula kepada dia adalah, “Kalau kau nak baca entry yang sangat bersopan santun, berbudi bahasa, better-lah kau baca berita kat MSN ke Yahoo! Ada juga faedahnya!”

Sekarang pakcik nak tanya kepada reader semua, patutkah pakcik menjadi blogger yang lebih sopan santun? Perlukah pakcik tone-down-kan penulisan pakcik? Atau patutkah pakcik tutup saja blogsite ini dan kembali menulis personal entry kat Friendster?

SILA JAWAB SEBELUM PAKCIK BER-HIATUS SEKALI LAGI!

Wednesday, August 12, 2009

Meh Masuk Kelas


"Saya nak satu sebab kenapa saya harus mengajar awak cara-cara mengorek hidung menggunakan satu jari telunjuk. Sedangkan Helmy menggunakan sepenumbuk untuk retrieve dia nyer booger."



Kringgggg!!!!!



Ko jangan memain, sekolah pakcik pakai Liberty Bell yang retak nak suruh anak-anak kenyir masuk kelas. Mari masuk semuanya.

MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA – PELAJARAN 1: Peribahasa

“Menyukat nasi dengan dua jari, nasi tak akan menjadi jelantah”

"Ish...dua jari...nasi kosong...jelantah...bla...bla..."

Maksudnya: Mengajar orang yang suka makan nasi bagaimana memasak nasi, sedangkan orang yang diajar itu telah tahu memasak nasi malahan nasi goreng kontroversi pun di masaknya.

MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA – PELAJARAN 2: Simpulan Bahasa

Betul dia cangkung cenggini sambil makan nasi

“Di tengah malam duduk makan mencangkung, mengapakah kucing merenung?”

Maksudnya: Membawa orang bersifat dramatik pergi rombongan nescaya semuanya menjadi angker waima makan nasi pun bersifat puaka. Tsk…tsk…tsk

MARI BELAJAR BAHASA MALAYSIA – PELAJARAN 3: Kiasan

Takyah sukat-sukat nak tahu darjah keangkerannya. Kau gunalah untuk main batu semban

“Melempar batu lilin di sungai, batu di kutip semula, misterikah ia?”

Maksudnya: Bila Tia cakap dia nak buat batu tu untuk batu lilin bermaksud, bila dia main masak-masak petang nanti, batu tu dia nak guna untuk tumbuk lilin bagi digunakan sebagai bahan masakan. Bukannya “Budak-budak ada instinct lain tau….bla…bla…ada adik sepupu minta bawang dan garam…bla…bla…”. Budak-budak sangatlah jujur, kalau dia kata batu lilin maksudnya batu lilin-lah ia secara harfiahnya. Hahahaha…


"Otak dysfunction kau boleh terima, Nizam! Ni adalah resepi membuat makjun Tongkat Mpahtimah"


KELAS DITUTUP!

Tuesday, August 11, 2009

Stalker Check

Kalau kat Friendster, kita boleh tengok Who’s Viewed Me. Itu pun display siapa yang kita tak kenal yang tak pernah viewed kita sebelum ni, yang dah pernah viewed kita atau dah jadi member kita biasanya tak display sangat. Kat Facebook pulak, atas dasar Privacy Policy katanya (henjeng!), dia tak sediakan button untuk check siapa yang viewed kita. Tapi ada application optional yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk check siapa yang aktif dalam pelbagai kriteria terhadap Facebook Wall kita seperti yang dinyatakan di bawah…



Yang pakcik tak tahan tu, dia iklankan service tu sebagai Stalker Check, kejam tak! Adakah mereka ni sangat Psychopath sehingga dicop sebagai Stalker, Mael? Tapi bila pakcik try application ni dia tukar pulak jadi ‘My Top Fans’, okey lah sikit kan. Maka dengan demikian, marilah kita cek siapakah Top Fans pakcik.



Kesian pakcik, ada 24 orang Fans jer, isk…isk…isk…

Tapi pakcik kena bagi hadiah terhadap pemenang pertama itu. Nanti pakcik bagi tissue jamban yang mempunyai tanda tangan pakcik ye? Ko nak tak? Aku bagi kau free access baca entry ni pun dah kira royalty lah kan?

Yang No.2 tu memang kipas mati-keras (die-hard fan) pakcik, mana tak nye, bukan ke dia tu secretary pakcik, ala…yang suka request pakcik jawab soalan kuiz yang bukan-bukan tu. Ada ke patut dia suruh pakcik jawab kuiz ‘Berapa panjangkah ***** anda?’. Isk…isk…isk…nak tahu sangat ke? Jawapanya 65 tahun, itulah panjangnya HAYAT pakcik? Ko suke ke pakcik mati awal, Munah?

Yang No.3 pulak same gak ragamnya, suka hantar soalan kuiz, tapi pakcik selalu ignore sepertilah soalan kuiz yang di-request orang lain. Bukannya apa, kuiz-kuiz tu semua merepek. Soalan ntah hape-hape tetiba dapat result yang bukan-bukan. Makanya pakcik tak galakkan korang menghantar request soalan kuiz kat pakcik. Semua itu akan kelak masuk ke dalam lori MBSA semuanya.

Oh pakcik suka sangat No.5 tu, skandal pakcik yang terchinta rupanya. Apa khabarmu di sana? Apa cerita monyet bernama Helmy yang kita kutip ketika beliau memakan sampah tempoh hari? Sudah kah kau sarkaskan beliau?

No.9, berapa tebalkah sawang di blogsite anda? Boleh tak agaknya pakcik gunakan sawang itu untuk memberus kawah kenduri atau membuat sweater? Apakah criteria puaka idamanmu untuk menunggu kat blog itu?

No.10, kau emo lagi ke? Nak tak pakcik bagi rawatan renjatan elektrik tajaan TNB dan Persatuan Orang-orang Emo Trinidad & Tobago (POET)?

No.20, apa khabar dua jarimu itu, jelantahkah nasi tanpa tunjuk ajar sifumu tersebut? Perlukah aku timbulkan kontroversi untuk kau menghantar juadah berbuka bulan puasa kelak ke rumah pakcik?

Agak-agaknyelah kan, kalau korang cek Top Fans korang, berapa ramaikah antara korang yang bertuah mendapat pakcik sebagai Top Fans korang? Makanya korang kenalah menjaga hati peminat dengan mengajak pakcik makan kat Tony Roma’s atau TGI Friday itu. Ngerti?!!!

Bagi stalker-stalker pakcik kat luar sana seperti Miss Teruja (yang jap pakai jilbab, jap campak), pakcik ucapkan kalau korang tengah-tengah best stalk pakcik tu, jangan lah lupa membeli album Ramlah Ram berjudul, ‘Ko Nak Sain Ke?’

Sunday, August 09, 2009

Pernahkah

Tulisan yang pakcik bakal ke-selatan-kan (keutarakan) ini sedikit sebanyak akan menyinggung perasaan jiran Mak Su Piah dan biras Cikgu Marzuki. Oleh yang demikian, sebelum anda scroll ke bawah untuk membaca soalan ini sila tanyakan kepada diri anda sendiri, “Mengapakah aku selalu menghadap blog pakcik ni walaupun singgit pun aku tak bayar kat dia?”


JUST KIDDING.


Korang pernah tak menghadapi situasi seperti ni?

Kalau buka Facebook atau Friendster nampak je ada friend request, bukan main suke. Tak menyempat-nyempat nak approve walhal bukan kenal pun mereka sape. Saje jer nak menambahkan jumlah friends walaupun dalam 200++ friend list tu yang kau kenal cuma tiga orang jer; seorang mantan orang gaji korang dulu dan dua lagi member-member orang gaji korang yang datang lepak rumah korang tiap ujung minggu layan karaoke lagu Inul.




Korang kenal diorang pun sebagai KB (Kawan Bibik) 1 dan KB-2. Apa ko ingat diorang tu cyborg ko bagi nama nombor. Anjeng pun kau panggil Puppy kan? Tengok sikit kat kartu nama mereka tu, yang sorang tu nama Sumanti Sari Adjeng (<-- bukan Anjeng) Ramani dan sorang lagi Sutini Murtiningsih Joko Sombroyo (<-- asonansi yang baik).

Pas tu yang lagi hamprak (hampeh + haprak), kau tak ambil pot pun online friend ko tu siapa? Dia kenal kau kat mana? Kenapa dia add kau? Saiz ukur lilit dada dan pinggang dia berapa? (<-- toot!). Yang kau ambil tahu, kaulah yang popular kerana friends list kau ada 500++ orang dan terasa cam kau sikit lagi nak menyepak-Siam-kan Miley Cyrus dan Jonas Brothers jatuh dari takhta individu paling popular majalah Mangga.

Yang lagi hancis (hancing + hamis) nyer kalau kau terserempak cyber friend ko ni kat luar, bukan sahaja kau tak kenal nama, kenal muka pun tak. Mana taknye, member online ko tu pun satu, letak muka Megan Fox, letak muka Kaka sebagai profile picture. Nama plak LonelyGirl18 (<-- umur 34), SexyCuteGurl, Veronica Aurora <-- nama sebenar Siti Mpahtimah (siap ada ‘M’ tu tak tahan) binti Yong Manjoi, (--> pakcik tak buat benda-bende ni semua…hehehe…). Yang kau pun add dia bukan ko nak tengok gambar sebenar dia. Main tangkap muat je. Dahnye bila jumpa kat luar, minah tu punyalah tersengih pandang kau penuh keikhlasan dan kemurnian hati macam nak tetas mulut, kau boleh buat muka toye ala-ala Ayam Brand Tuna. Kesian orang tu, last-last di-delete-nya kau dari menjadi friend nya. Kau nak salahkan siapa? Salah Fiza ke?

Lagi tak tahan kalau kau bersifat bipolar. Kat cyberworld ko berbalas-balas komen dengan member online ko ni cam kau dan dia tu dah lama kenal, seperti satu ibu susuan, ibarat teman sepermainan, umpama dulu sama-same pergi mencuri getah sekerap Haji Dolah. Pas tu siap wish birthday kononnya kau kawan yang baik yang sentiasa ingat birthday friend-friend kau walhal Friendster dok email reminder dan Facebook dok peringat kat kau. Dah tu main hantar request kat Facebook, hantar smile, hantar Fererro Rocher, Big Apple Donut, hugs and kisses. Kat luar, mahukah kau peluk chium dengan dia bila muka dia macam ni…







Jawab Mael! Mahukah kau Mael?

…yang bipolar-nya, bila kau jumpa dia kat luar dalam bas duduk sebelah kau boleh buat sepi, bunyi cengkerik pun dengar kat background bersama dentuman particles CO2 berlaga dengan N2 kat udara. Silap-silap haribulan, kau boleh dengar proses mitosis sel-sel epidermis kau sedang membuat pembahagian kromosom.

Jadi sila buat comparison dan muhasabah semula adakah anda sama dengan objek di bawah


Orang tu punyalah tegur kau dengan ramah seperti ramahnya Makcik Joyah bertepuk tampar (mengumpat Janda Kiah <-- AMARAN: mengumpat adalah perbuatan onar dan durjana) bersama Makcik Temah dan Makcik Lijah, kau boleh buat sengih tawar kat dia. Tahukah kau Aman, kalau kau menyukat nasi dengan dua jari, nasi tu tak akan menjadi jelantah? (<-- peribahasa baru)

Oleh yang demikian, pengajaran dari entry pakcik ni ialah. Kalau korang dok sibuk menjawab quiz, main FarmVille atau menerima bunga, donat, cekedis, gula-gula, smile dan sebagainya di Facebook, janganlah kau hantar request kepada pakcik kecuali kau berniat mahu memberinya di dunia nyata. Kalau pakcik nak jawab quiz, pakcik akan jawab bila pakcik nak dan kuiz apa yang pakcik mahu, tak payah kau nak suggest kuiz ‘Berapa Tampankah Anda?’ sedangkan azalinya kau tahu jauh di dalam DNA kau telah mengakui pakcik ni ULTIMATELY AMAZINGLY TRUTHFULLY SANGAT1000000x TAMPAN. Sudahnya pakcik ignore semua, kang hati siapa yang terluka? Hati Megan Fox ke?

“Jangan lukakan hatiku pakcik, ah!”


Saturday, August 08, 2009

Cer Ko Teka?

Sebenarnya perilaku seperti ini sedikit sebanyak menyamai perilaku orang zaman batu. Zaman orang takde parang dan pisau. Pakcik tak tahulah kenapa mereka buat macam tu. Kalau pakcik nampak, pakcik memang tak selera nak makan. Kejam sangatlah ia walaupun yang diperlakukan itu mati secara terhormat camni…

Sila potong carotid artery dan jugular vein secara berirama ye...

Bukan macam ni…

Roadkill...sadis

Tapi cara mereka memasaknya itu sangatlah mengembangkan tekak pakcik. “Apa yang pakcik cakapkan ini?” soal Aman. “Orang tua kutuk ni nyanyuk menatang apa ni?” Hani tertanya sendiri.

Pemirsa-pemirsa…perilaku yang pakcik maksudkan itu adalah…

MENGGOLEK BINATANG SECARA DURJANA

Mengapa tidak kau potong kecil-kecil je menatang tu, dan masak MENDIANG macam ni…

…bagi sampai pakcik tak kenal yang ia adalah binatang yang pernah idup. Mengapa harus kau golek ia sekor-sekor. Mengapa Mia Sephia@Senah? Mengapa???

Why?? Tsk..tskk...tskk

Sekarang marilah kita main teka apakah wajah asal menatang yang digolek.

>>> Soalan 1:

Adakah ini…

Bapak jinjang leher menatang ni

…asalnya adalah ini???


Bukan! Ia adalah...


Ini...

>>> Soalan 2:

Adakah ini…


…asalnya adalah ini???

Bukan! Ia adalah…

Ini…

>>> Soalan 3:

Adakah ini…

Caramelized nyer dier. Terliur Pojan tengok


Oh…cepat je kau jawab Nizam, aku tak bagi pilihan jawapan lagi kau dah tahu. Ye betul! Ia adalah…


Mak Kenyir tengah tak sihat, sengugut katanya kepada tuannya Helmy.


TAHNIAH! Suke kak Ros bila kau dapat jawab. Ambiklah dia sebagai hadiah nko!


Mendengar persetujuan Nizam, Kak Ros bertransformasi menjadi...

Siap ada jambul kat depan lagi hah, manis tak dia Nizam? --> habislah ko kena terkam oleh dier.

Dan majlis perkahwinan kalian di hadiri oleh kengkawan baik kalian.

Oh Aman…renungan ‘sensual, naughty and sultry‘ sungguh…hehehe…

PAPAI!

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...