Sunday, August 09, 2009

Pernahkah

Tulisan yang pakcik bakal ke-selatan-kan (keutarakan) ini sedikit sebanyak akan menyinggung perasaan jiran Mak Su Piah dan biras Cikgu Marzuki. Oleh yang demikian, sebelum anda scroll ke bawah untuk membaca soalan ini sila tanyakan kepada diri anda sendiri, “Mengapakah aku selalu menghadap blog pakcik ni walaupun singgit pun aku tak bayar kat dia?”


JUST KIDDING.


Korang pernah tak menghadapi situasi seperti ni?

Kalau buka Facebook atau Friendster nampak je ada friend request, bukan main suke. Tak menyempat-nyempat nak approve walhal bukan kenal pun mereka sape. Saje jer nak menambahkan jumlah friends walaupun dalam 200++ friend list tu yang kau kenal cuma tiga orang jer; seorang mantan orang gaji korang dulu dan dua lagi member-member orang gaji korang yang datang lepak rumah korang tiap ujung minggu layan karaoke lagu Inul.




Korang kenal diorang pun sebagai KB (Kawan Bibik) 1 dan KB-2. Apa ko ingat diorang tu cyborg ko bagi nama nombor. Anjeng pun kau panggil Puppy kan? Tengok sikit kat kartu nama mereka tu, yang sorang tu nama Sumanti Sari Adjeng (<-- bukan Anjeng) Ramani dan sorang lagi Sutini Murtiningsih Joko Sombroyo (<-- asonansi yang baik).

Pas tu yang lagi hamprak (hampeh + haprak), kau tak ambil pot pun online friend ko tu siapa? Dia kenal kau kat mana? Kenapa dia add kau? Saiz ukur lilit dada dan pinggang dia berapa? (<-- toot!). Yang kau ambil tahu, kaulah yang popular kerana friends list kau ada 500++ orang dan terasa cam kau sikit lagi nak menyepak-Siam-kan Miley Cyrus dan Jonas Brothers jatuh dari takhta individu paling popular majalah Mangga.

Yang lagi hancis (hancing + hamis) nyer kalau kau terserempak cyber friend ko ni kat luar, bukan sahaja kau tak kenal nama, kenal muka pun tak. Mana taknye, member online ko tu pun satu, letak muka Megan Fox, letak muka Kaka sebagai profile picture. Nama plak LonelyGirl18 (<-- umur 34), SexyCuteGurl, Veronica Aurora <-- nama sebenar Siti Mpahtimah (siap ada ‘M’ tu tak tahan) binti Yong Manjoi, (--> pakcik tak buat benda-bende ni semua…hehehe…). Yang kau pun add dia bukan ko nak tengok gambar sebenar dia. Main tangkap muat je. Dahnye bila jumpa kat luar, minah tu punyalah tersengih pandang kau penuh keikhlasan dan kemurnian hati macam nak tetas mulut, kau boleh buat muka toye ala-ala Ayam Brand Tuna. Kesian orang tu, last-last di-delete-nya kau dari menjadi friend nya. Kau nak salahkan siapa? Salah Fiza ke?

Lagi tak tahan kalau kau bersifat bipolar. Kat cyberworld ko berbalas-balas komen dengan member online ko ni cam kau dan dia tu dah lama kenal, seperti satu ibu susuan, ibarat teman sepermainan, umpama dulu sama-same pergi mencuri getah sekerap Haji Dolah. Pas tu siap wish birthday kononnya kau kawan yang baik yang sentiasa ingat birthday friend-friend kau walhal Friendster dok email reminder dan Facebook dok peringat kat kau. Dah tu main hantar request kat Facebook, hantar smile, hantar Fererro Rocher, Big Apple Donut, hugs and kisses. Kat luar, mahukah kau peluk chium dengan dia bila muka dia macam ni…







Jawab Mael! Mahukah kau Mael?

…yang bipolar-nya, bila kau jumpa dia kat luar dalam bas duduk sebelah kau boleh buat sepi, bunyi cengkerik pun dengar kat background bersama dentuman particles CO2 berlaga dengan N2 kat udara. Silap-silap haribulan, kau boleh dengar proses mitosis sel-sel epidermis kau sedang membuat pembahagian kromosom.

Jadi sila buat comparison dan muhasabah semula adakah anda sama dengan objek di bawah


Orang tu punyalah tegur kau dengan ramah seperti ramahnya Makcik Joyah bertepuk tampar (mengumpat Janda Kiah <-- AMARAN: mengumpat adalah perbuatan onar dan durjana) bersama Makcik Temah dan Makcik Lijah, kau boleh buat sengih tawar kat dia. Tahukah kau Aman, kalau kau menyukat nasi dengan dua jari, nasi tu tak akan menjadi jelantah? (<-- peribahasa baru)

Oleh yang demikian, pengajaran dari entry pakcik ni ialah. Kalau korang dok sibuk menjawab quiz, main FarmVille atau menerima bunga, donat, cekedis, gula-gula, smile dan sebagainya di Facebook, janganlah kau hantar request kepada pakcik kecuali kau berniat mahu memberinya di dunia nyata. Kalau pakcik nak jawab quiz, pakcik akan jawab bila pakcik nak dan kuiz apa yang pakcik mahu, tak payah kau nak suggest kuiz ‘Berapa Tampankah Anda?’ sedangkan azalinya kau tahu jauh di dalam DNA kau telah mengakui pakcik ni ULTIMATELY AMAZINGLY TRUTHFULLY SANGAT1000000x TAMPAN. Sudahnya pakcik ignore semua, kang hati siapa yang terluka? Hati Megan Fox ke?

“Jangan lukakan hatiku pakcik, ah!”


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...