Thursday, August 13, 2009

5 Years and Counting


Pakcik gerenti lima tahun akan datang pakcik akan tetap tampan dan Helmy tetap memelihara menatang 'ITU' (SILA KLIK) sebagai peliharaan, dan Nizam akan memerlukan liposuction lagi kerana dia adalah binge-eater selepas kegagalan surgery kedua.

Tanpa pakcik sedar, sebenarnya sudah lima tahun pakcik terlibat dalam dunia blogging ni, bermula dari tahun 2004 sampailah 2009. Kalau kau simpan duit dalam ASB dah banyak kau dapat, Meal. Dulu mula-mula pakcik haram tak tahu apa itu Blogger mahupun blogging ni. Ini semua disebabkan oleh English for Academic Writing.

Masa tu ambil kursus DMLT di KUTPM, subjek English tu di ajar oleh Miss Shima. Dia tak bagi kitorang assignment secampak. Dia suruh kitorang beristiqamah post blog sekali seminggu. Academic Writing lah sangat. Syaratnya, blog post tu mestilah 2 muka surat Microsoft Word dan hasil tulisan sendiri. Kata beliau lagi, by the end of semester, setiap seorang mesti ada lebih 12 blogpost. Dia suggest kitorang buka akaun kat Blogger.com dan SMS address blog kitorang kat dia. Dia akan pantau dari semasa ke semasa perkembangan blog kitorang. Kata beliau lagi, paling lewat post blog adalah Jumaat setiap minggu sebab sabtu dia nak check blog entry. Masa tu alamat blog pakcik sangat skema --> http://mohdhafis1985.blogspot.com. Dan tajuk blogsite pakcik adalah ‘Weekly Journal’ instead of ‘Dear Diarrhea…’ macam sekarang.

Pakcik dan member-member masa tu memang blur tak tahu nak buat apa. Ada member pakcik siap plagiat karya BI dari Majalah Tahunan Sekolah dia untuk post kat blog. Alangkan dulu masa kat sekolah cikgu suruh buat karangan surat kiriman rasmi kita bukan punya liat, inikan pula nak menulis blog entry seminggu sekali. Pakcik lucu sangat time tu, bebudak kelas pakcik buat macam-macam entry, ada yang buat entry pasal Road Safety lah, ada citer pasal benda-benda yang sangatlah ‘surat khabar’ dan ‘safe’, pakcik sorang je yang tulis tentang personal stuff. Siap buat TOP 10 lagi tiap hujung entry. Masa tu vocabulary memang sangat hampeh, tetapi disebabkan nak cuba juga menulis dalam BI last-last kenalah buat jugak.

Masa tu Blog atau Blogging takdelah sangat popular. Ia baru mula diperkenalkan dan sedang berkembang dengan pesat. Blogsite yang pertama menyediakan khidmat blogging ini adalah tidak lain dan tidak bukan Blogger. Dari situlah term BLOG itu di-coin-kan. Si pembuat blog entry pun digelar blogger. Dan sebab itulah pakcik setia dengan Blogger ni.

Kalau korang nak tengok entry yang pakcik buat time tu, korang klik lah archive di sebelah kanan tu. Tapi pakcik cadang better tak yah, masa tu pakcik nyer entry tidaklah seceria entry sekarang. Entry pakcik time tu adalah entry depressed dan sangatlah pathetic. Entry tentang macamana pakcik nak get used to life in the foreign land, hope and despair dan macam-macam lagi.

Hasilnya, dalam subjek English tu, pakcik dapat gred yang pakcik nak. Sangat berbaloi pakcik perah otak tiap minggu nak post blog. Pakcik nyer kreativiti time tu sangatlah susah nak keluar, kadang-kadang tak tahu nak tulis pasal apa, tapi tetap dipaksa-paksa juga, mana tak hasilnya sangat depressed dan stressed. Member pakcik yang lain siap plagiat article dari English newspaper dan majalah, sanggup taip balik. Yang pakcik pulak, menggunakan blog sebagai medium mencurah perasaan, tak dapat pakcik bayangkan bagaimana depressed nyer lecturer pakcik tu baca blog pakcik. Sampai sekarang pakcik dah tak dengar khabar berita lecturer pakcik tu, hidup lagikah dia selepas membaca blog pakcik yang mood-spoiling dan depressing itu.

Lepas abis je semester tu, pakcik dah kurang post blog sebab pakcik rasa takde maknenya, bukan ada orang baca pun. Ada yang hantar komen pun spamming nyer comment. Masa tu pakcik tak reti apa itu RSS feed, follow mem-follow, dsb. bagi pakcik blog itu adalah untuk post entry semata-mata, yang lain haram pakcik tak reti. As a result, pakcik hiatus dari blog pakcik selama setahun pada 2007, tanpa sebarang entry, dan sepanjang setahun tu pakcik beralih kepada Friendster blog. Lama jugalah pakcik berblogging di Friendster tu sampailah suatu ketika last year, pakcik tetiba rasa macam nak start balik blogging kat Blogger. Kerana sepanjang pakcik ber-hiatus itu, pakcik sangat aktif membaca blog-blog orang lain termasuklah blog Afdlin Shauki, Allahyarham Yasmin Ahmad dan beberapa marhaen lain. The trigger point untuk berblogging semula di Blogger itu adalah disebabkan idol pakcik dah start membuka blogsite nyer, idol pakcik tu tak lain dan tak bukan adalah Che Det.

Bila pakcik bukak balik blogsite lama pakcik, akibat terlalu lama sepi, ada satu button tulis CLAIM THIS BLOG. Sudahnya pakcik claim balik blog tu, pakcik dah lama tak buka sampai pakcik tak ingat apa password pakcik. Mujurlah pakcik still ingat email address pakcik, mana boleh pakcik lupa email akaun yang pakcik guna hampir 9 tahun kat Hotmail tu.

Starting back itu sangatlah perit sebenarnya. Entry pun seminggu sekali atau 3 hari sekali sebab pakcik dilanda mental block. Masa tu pakcik kena co-author blog HOTS (ingatkah lagi? http://groupcbms.blogspot.com) dan jadi contributor untuk Medical Article kat MSC blog di bawah nama WhiteLighter (ya, itulah saya tuan-tuan dan puan-puan). Bagi sesiapa yang selalu ikut penulisan pakcik, bukan susah sangat nak kesan siapakah WhiteLighter itu. Pakcik punya stail penulisan ini sangatlah agresif kata orang. Pakcik tak reti bersopan santun dalam penulisan (yeke?) ada je yang nak di-argue-kan.

Sekarang ni, pakcik dah semakin tekun post blog disebabkan kalau pakcik berhenti lama sangat, nescaya pakcik akan susah nak mula balik. Begitulah ceritanya dengan aktiviti berjogging itu, bila mana pakcik dah stop, memang sangat liat nak get back to the track.

Someone pernah cakap kat pakcik, gaya penulisan pakcik sangat kejam, biadap, kurang asam, tak sayang jari, risky, comedy tahap durjana dan bangsat. Jawapan pakcik semula kepada dia adalah, “Kalau kau nak baca entry yang sangat bersopan santun, berbudi bahasa, better-lah kau baca berita kat MSN ke Yahoo! Ada juga faedahnya!”

Sekarang pakcik nak tanya kepada reader semua, patutkah pakcik menjadi blogger yang lebih sopan santun? Perlukah pakcik tone-down-kan penulisan pakcik? Atau patutkah pakcik tutup saja blogsite ini dan kembali menulis personal entry kat Friendster?

SILA JAWAB SEBELUM PAKCIK BER-HIATUS SEKALI LAGI!

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...