Thursday, July 02, 2009

Travel McRavel (Part 5 – Day 4)

Dapur Bentong
Pagi-pagi tu, selepas ayam dah tercekik ngan lidah sendiri kerana tidak tahu membuat jaw thrust, chin lift dan head tilt, kitorang pun bangkitlah. Tetiba rasa lapar. Memandangkan Yna dan Farah mogok tak nak masak sarapan dan masak air panas buat kopi, kitorang pun pegi Kolam Air Panas Bentong untuk membuat kopi (niat asalnya).




Masa nak ambil air guna kole, kitorang sume terjatuh kat dalam periuk air panas besar tersebut sehingga kami pun masak. Alang-alang masak, biar secukup rasa sedapnya.





Di Seberang Sana
Masa kitorang dah plan nak balik, tetiba terlihat kat seberang jalan ada jambatan gantung. Kerana kat Ireland takde jambatan cenggini, maka pakcik pun pergi meninjau lalu diikuti oleh kawan-kawan pakcik yang lain. Kerana bateri kamera pakcik dah tenat, maka tak sempat ambil gambar jematan.

Dari atas jematan, kitorang pun teruja melihat sungai cetek kat bawah nun, maka kami pun berkanak-kanak rianglah turun ke sungai.

Ni ketua kanak-kanak riangnya.

Dia sorang Penguatkuasa MPSJ

Dan tetiba kamera pakcik ada sikit lagi nafas terakhir sebelum nak kiok. Maka ambillah gambar-gambar di bawah.





Berehat-Rehat Kemudian
Balik rumah, kitorang pun makanlah sarapan pagi pada pukul 11. Ni dah masuk brunch dah. Lepas makan, masing-masing membuat aktiviti sendiri.

Ada yang gi menjala ikan

Pakcik dan Nizam pula pergilah menjelajah kawasan sekitar. Siapa sangka kat belakang rumah Yna ada pemandangan yang begitu menarik. Kat belakang rumah pakcik ada reban ayam je, ayam takdak. Kat belakang rumah tu ada anak sungai kecil. Kelihatan orang sedang membasuh usus biri-biri.

Inilah biri-biri yang menjadi mangsa ileac- jejunu- octomy. Tak dapat diselamatkan.
Lalu kanak-kanak istimewa yang terlepas dari Sekolah Pendidikan Khas itu pun berlari-lari di kawasan sekitar.


Selepas penat berjalan dan Faizul yang asyik sangat nak jadi nelayan kolam itu berhenti lah akhirnya dari kerja menangkap ikan, kitorang pun tidur-tidur malas selepas makan sarapan di waktu tengahari.

D’River Camp
Huhu…sempat jualah kitorang gi mandi kat sungai untuk kali ketiga. Dua hari kat Janda Baik, 3 sungai + 1 kolam air panas kitorang dah mandi. Kalau daki kat badan Helmy dan Nizam tak tanggal juga, nescaya kuasa hikmat batu lilin pun tak akan lut kulit buaya mereka.

Kali ni kitorang mandi kat D’River Resort tu, memang tempatnya cantik dan menarik. Walaupun air sungainya sedikit surut, namun bermandi manda itu bukanlah bergantung kepada factor sungai malahan air jualah.

Aktiviti yang best dijalankan adalah aktiviti menyusun batu sungai. Kerana mase kecil-kecil dulu parents kitorang tak belikan LEGO, makanya bila dah besar batu jua yang kitorang buatkan LEGO. Huhu…


Membuat aktiviti sesier

Pertandingan menyusun batu sungai

Kerana tiada pemenang, semua pun mati lemaslah kierana kechewa

Pulang Akhirnya Ke Tempat Asal
Petang hari itu, kitorang sempat mentekedarah dengan hikmat perut berganda. Kalau makan time lapar ditambah dengan makanan yang begitu menyelerakan dan lazat, jangan kau tanya siapa nama aku, nescaya aku tak ingat. Siapa boleh lupa sup bebola ikan berempah, sup tulang, ikan talapia goreng dan lain-lain? Kalau ada yang lupa, datanglah ke Minang Seri Selera, nescaya korang meroyan makan tak ingat nak balik.

Maka sekonyong-konyongnye, pulanglah puaka-puaka balik ke tempat asal. Dan aman jualah Janda Baik itu dari pemangsa-pemangsa kemaruk mandi sungai dan mentekedarah.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...