Perbendaharaan Kuno Management Perdana Apartment
Tarikh: 14 Jun 2009
Waktu: 2.00 pagi
Tempat: Lobi Lif
Sekonyong-konyong balik dari cybercafé setelah meng-update-kan blog, pakcik pun baliklah jua kerana CyberCafe itu bukanlah pakcik yang bayar sewa untuk tinggal malahan pakcik hanyalah pelanggan yang menjadi makanan nyamuk-nyamuk ternakan owner CC itu lah jua.
Pakcik sibuk nak fikir apa post yang pakcik nak buat lepas ni. Takde isu-isu yang menarik untuk pakcik ketengahkan sebab semuanya pakcik ketepikan atau kebelakangkan.
Sewaktu membuat entry ini, pakcik menerima aduan dari reader pakcik berkenaan CC yang pelik kat blog empat perdana ini. Pakcik belumlah lagi berkesempatan untuk mengalami ‘freak show’ seperti yang diceritakan beliau. Tapi pakcik akan usahakan di masa akan datang, InsyaAllah kalau nyamuk kat PC2K tu tak derma DEN-1 atau DEN-2 virus kat pakcik, dan kalau platlet-platlet pakcik yang tampan itu tidak dihanjengkan virus tersebut, maka walafiatlah kiranya pakcik, InsyaAllah.
Cerita ini adalah berkaitan TATABAHASA BAHASA MALAYSIA. Dalam bahasa Anglo-Saxon adalah GRAMMAR. Ceritanya berkisar dengan gambar berikut…

(KLIK untuk membesarkannya. Nizam, kalau yang ‘itu’ kau klik berjuta kali sampai kebas ‘ia’ tetap tidak akan membesar, terima sajalah anugerah Tuhan tu. Tu nasib baik ada. Buatnya kalau kena cam budak yang ada ‘kantung’ tu sahaja, naya je kan? Maksud pakcik KLIK lah gambar itu untuk imej yang lebih besar dan terang…isk…isk…isk…clotting brain betul member aku sekor ni)
Tak sangka management pangsapuri yang baru selepas Align Rivera ini sungguhlah dho’if (<-- ejaan penuh tajwid) tatabahasanya kan. Sebenarnya bende ni bukanlah besar sangat pun, tetapi memandangkan pakcik takde isu nak bangkitkan (takkan nak bangkitkan Mak Lampir pulak), maka pakcik bincangkanlah tentang perkara ini. Saje je nak tengok kuman di seberang laut. ITHNIN? <-- bukanlah suatu ejaan yang salah di waktu zaman Kerajaan Melayu Melaka dan sebelum Pendita Za’aba dan Tun Abdul Razak memperkenalkan sistem ejaan baru. Dalam bahasa Arab bermaksud DUA. Tapi tahun 2009 kalau kau eja macam ni kat paper karangan SPM wajiblah kau mendapat…

…bermakna kau ambillah paper Julai di tahun berikutnya.
Kalaulah ada orang yang lurus bendul, makanya ia akan menyangka hari ITHNIN itu seperti JUMAAT KLIWON jualah agaknya. Nasib baik ada orang yang prihatin gi betulkan ejaan tu.

Sekarang marilah kita lihat kecurangan susun atur ayat dan pemilihan kata (<-- inilah contraindication kalau mak kau cikgu BM yang OCD cam bonda pakcik). Jangan memain dengan my mother yang Irish tu, kalau pakcik berbual kat ruang tamu salah pilih perkataan, akanlah bonda pakcik jerit dari dapur gi betulkan. Walaupun dah berumur, bonda itu telinganya Clark Kent jualah adanya.
‘…hari ithnin petang 15 Jun 09’ harus digantikan dengan
‘…petang isnin 15 Jun 2009’‘…mengelak’ digantikan dengan
‘mengelakkan’
‘DARI PIHAK PENGURUSAN’ digantikan dengan
‘DARIPADA PIHAK PENGURUSAN’
Tapi kalau kau dapat SMS cenggini…

…wajiblah kau seizure ketika menjawab paper Bahasa Melayu…hahahahaha <-- gelak jahat.
Broadcasting Drama Kecurangan
Amma, mari ganyang, ayoyo!
Alkisahnya…jeng…jeng…jeng pada 15 Juni yang lepas, ketika pakcik memerut di pagi hari, pakcik terdengarlah suatu suara. Bukan! Bukanlah ia suara Dewa Tandas malahan suara perkelahian jua dari luar rumah pakcik. Mulanya pakcik sangka jiran kat sebelah kiri rumah pakcik itulah yang bergurau senda atau berborak. Kerana budak tino kat rumah sebelah itu sangatlah ‘reject’ perangainya. Kalau bercakap sesama sendiri pun macam menjerit bagi satu blok dengar, dahlah kaki bawa jantan masuk rumah… (<-- amboi Hny sukalah kau dengar pakcik ‘membuat ketupat’ ni kan?). Pendek kata takde kesusilaan langsung mereka ni, unless-lah kalau ada budak nama Susila kat rumah tu.
Dipendekkan cerita, perkelahian itu berkisar tentang seorang isteri yang menyerang perempuan yang berskandalan dengan suaminya sehingga perempuan yang diskandali itu mengandung jualah akhirnya. Amacam, complicated tak cerita ni? Agak-agak kalau pakcik bagi synopsis kat David Teoh, nak tak Ahmad Idham mengarah filem ‘Kau Kandungkan Anak Laki Aku, Bangsat!!!’
Menurut informer pakcik yang menekap telinga mendengar dari sebalik pintu rumah beliau (berhadapan dengan rumah perempuan skandal tersebut, di mana pertengkaran berlaku), perempuan yang mengandung ini adalah salah seorang jiran pakcik jualah ia. Itulah akibatnya kalau rajin bawa jantan masuk rumah, nescaya akan ada ‘serba sedikit dari jantan itu masuk dan berumah’ dalam uterus kau itu Bedah. Ketika perkelahian itu, jantan yang keparat itupun hadir bersama kononnya nak menenangkan kedua-dua perempuan kesayangannya itu.
Si isteri itu mahukan perempuan skandal itu mengugurkan anak dalam kandungan kerana dia tidak mahu perempuan skandal itu ada apa-apa ikatan dengan suaminya lagi (kau nak ke Aman?). Seperti yang responden pakcik laporkan, antara kata-kata si isteri adalah lebih kurang macam ni…
“Aku tak kisah, kau nak pergi melacur ke ape ke nak cari duit, yang penting aku nak kau gugurkan anak dalam kandungan kau tu.”
Ya kawan-kawan, perempuan tu bercakap dengan jelasnya sampai satu blok satu boleh dengar. Selain itu, banyak juga vocabulary terlarang yang digunakan sang isteri untuk menyerang perempuan skandal itu. Censoring Board pun boleh pening nak TOOOT… kan setiap line. Silap-silap yang tinggal hanya “Kau… toot… perempuan… toot…toot…toot… maruah…toot…toot,” adakah kau faham Faizul?
Pertengkaran itu berlangsung agak lama. Yang menariknya, bila pakcik jenguk rupanya si suami durjana dan si isteri malang itu amatlah muda jua orangnya. Si isteri dan perempuan skandal nampak cam bohsia (kejam kan judgement pakcik?) dan si laki cam mat rempit. Banyak juga aktiviti ungkit-mengungkit ditimbulkan oleh si suami terhadap isterinya untuk memburuk-burukkan isterinya yang kononnya dulu sebelum kahwin isterinya tu bukanlah baik sangat pun. Manakala isterinya menyerang balas suaminya dan perempuan skandal itu dan vice versa. Kejam tak kalau ada perempuan bersuami yang macam tu. Dahlah curang siap kutuk bini sendiri depan perempuan skandal. Kesian bini dia, dah lah hasil perkahwinan mereka mempunyai anak. Apalah malang nasib anak di kampung. Sang suami pinjam duit sang isteri RM500 konon nak buat bisnes rupa-rupanya nak memancing perempuan skandal sehingga termengandung. Anak dan isteri di kampung hampir dihalau keluar dari rumah sewa gara-gara si suami tak bekerja di kota. Isk…isk…isk…
Pengajarannya di sini adalah, para perempuan, jangan bawa jantan balik rumah (kecuali laki kau) kerana dia bukanlah mahu singgah minum kopi sahaja, bahkan menanti ‘hidangan’ yang lain pula. Wahai kaum lelaki sekalian, janganlah memperlakukan perempuan sebegitu rupa, bayangkan kalau ibu, kakak atau adik perempuan anda dibuat sebegitu? Dan para perempuan, jagalah maruah anda dan mak bapak anda. Kerana apabila terjadi perkara sebegini, tiada siapa yang akan gembira melainkan Bidan Temah (pakar mengugurkan anak) jualah. Ketahuilah, Bidan Temah itu memelihara pelesit dan tiada Board Ceritified dalam O&G. Makanya procedure abortion, dilation and curettage (DNC) itu bukanlah sterile, silap-silap haribulan kena puerperum sepsis. Tapi malangnya sekarang banyak gak doktor-doktor nak cari duit lebih buat penguguran haram, maka laknatlah kepada mereka yang buta pada wang ringgit tanpa memikirkan dosa dan etika. Astaghfirullahalazim…Nauzubillah…
No comments:
Post a Comment