Wednesday, July 01, 2009

Snippets 9

Pakcik Digula-gulakan

Pakcik sedar siapa diri pakcik ni, hanyalah seorang jejaka yang tampan dan manis <-- sedih ke bongkak ni?

Tapi, janganlah diri pakcik cuba digula-gulakan oh Brother Bilik Depan (BBD) <-- yang diceritakan dalam entry lepas. Jangan goda saya dengan semua barang pemberian ini kerana saya telah terlanjur menjeling tajam pada mu hohoho…

Kalau kau tetiba baik dan aku pula berdendam, makanya bakal lah aku ni menjadi antagonist dalam konflik ini. Aku tak nak jadi seperti Jalak Lenteng, aku nak jadi orang baik makanya BBD haruslah kekal menjadi jahat supaya aku yang azalinya protagonist ini kekal adanya sehingga mendapat anugerah Oscar. Huhuhu…

Alkisahnya begini, hari ini 28 June, BBD itu tetiba menegur pakcik. Dia membawa sesuatu ditangannya…apakah ia? Jeng…jeng..jeng

Sebuah beg baru untuk pakcik. Tahu-tahu je dia pakcik suka pakai beg main sangkut cenggini. Dia bagi kat pakcik katanya beg itu adalah barang kes. Dia dah bagi kat anak-anak tiri dia kat tingkat 7 tersebut tetapi anak-anak tiri dia tak nak sebab beg tu kononnya untuk orang lelaki, pompuan tak sesuai pakai. Makanya, disebabkan dia takde anak tiri waima anak kandung lelaki makanya dia bagi kat pakcik (anakmu kah aku ni? <-- dengan nada derhaka).

Pakcik pun ambil sambil belek beg itu, tak tau nak buat expression apa. Nak tunjuk happy takbleh, nak tunjuk sedih tak logic, dengan blurnya pakcik pun diam tanpa mengucapkan terima kasih (<-- mazmummah tul) sebab abang tu blah dulu masuk bilik dia.

Beberapa minit kemudian abang tu keluar lagi dari biliknya dan tanya pakcik plak, my spectacles berapa degree? Pakcik yang tak ingat jawablah lebih kurang 100 lebih camtu. Dia hulur plak kat pakcik…

…spectacles Dickies. Boleh tahan cantik speck tu tapi sebelum tu, soal jawab mestilah dijalankan. Pakcik pun tanyalah dia ni barang kes juga ke. Dia jawab dia tak tahu nak cakap, sebab polis dari balai yang tangkap shoplifter terlibat pulangkan kaca mata tu kat syarikat sekuriti dia. Tapi setelah pakcik examine, rasanya kaca mata itu ada yang punya sebab dah siap ada degree lagi, slightly tinggi dari degree pakcik tapi pakcik cubalah pakai gi cybercafé. Malangnya pakcik rasa pening dan pakcik tanggalkanlah ia.

Pakcik dah plan dah kalau still takde siapa yang tuntut, pakcik akan tukarkan kanta speck itu menjadi degree yang sesuai dengan pakcik. Hahahaha…

Persoalannya di sini, adakah pakcik cuba dirasuah? Bolehkah pakcik ambil barang kes tersebut? Ke mana hilangnya integrity pakcik sebagai seorang blogger yang tampan?

Apakah pakcik akan bakal mendapat barang kes lagi? Dia cakap kat office dia ada 5 pendrive barang kes, kalau pakcik nak dia boleh ambilkan dan bagi pakcik. Huhu…sungguh hipokritkah pakcik dengan material. Selepas ni, korang nampaklah pakcik ke hulu ke hilir memakai barang kes (pakcik panggil BARANG RAMPASAN).

Harap-harap lepas ni ada barang rampasan berupa MP4 player Samsung model YP-P2…hahaha…makanya pakcik akanlah berdamai dengan BBD itu. Sekonyong-konyong selepas memberi barang tersebut, makcik yang galak itupun datang mengetuk pintu dan masuklah makcik itu ke bilik suaminya tanpa ada pandangan keji dari pakcik (kerana pakcik sukalah mendapat barang kes <-- low standard tul pakcik ni). Makanya BBD dan isterinya itu membuatlah hal masing-masing di dalam bilik kecil di rumah pakcik ini.

Pakcik memang muka materialistic…sedih…integritiku tercalar.

PC2K Itu Menternak Nyamuk

Nasib je pakcik gi CC tu sebab pemiliknya Melayu, konon nak tolong bisnes bangsa sendiri. Tapi yang spoilnya banyaklah pulak nyamuk kat situ. Sanctuary nyamuk ke hape? Tak selesa betul pakcik menampar-nampar dan menggaru nyamuk di kaki sambil surf internet, kang orang tengok buat spekulasi macam-macam…isk…isk…isk….

Tapi kerana kerana dedikasinya seorang blogger tampan, pakcik risikokan diri mendapat denggi semata-mata untuk menyampaikan entry untuk anda sekalian. Oleh itu, kalau jumpa pakcik dengan muka lapar, wajiblah…diulangi… WAJIBLAH hukumnya untuk korang membelanja pakcik makan. Huhuhu….

Heran tul pakcik takde usaha ke pemilik CC tu untuk menghalau nyamuk-nyamuk tersebut? Bukankah PC2K itu convenient store adanya. Ambiklah racun nyamuk barang setin dua dari rak jualan tu. Pakcik ni customer yang loyal takkan berkira sangat kot. Kang pakcik pasang P1 W1MAX jatuh sale sebanyak RM4 sehari (+/- RM120 sa-bulan), padan muka. Nak salahkan siapa? Aedes albopictus kah?

Makan Maggi Di Waktu Lewat Pagi (waa…rhyme plak)

Dengan berat hati, pakcik yang memboikot Maggi ini telahpun mentekedarah Maggi MiniSnek untuk menjadi supper. Kau bayangkan kalau lukisan Leonardo da Vinci ‘The Last Supper’ tu menghidangkan Maggi instead of bread dan wine, adakah berbaloi-baloi (<-- tagline Celcom) ia diletakkan di Louvre. Misteri imej wanita dalam lukisan itu nescaya akan ditengelami oleh misteri Maggi di awal-awal tahun B.C.

“The Messiah consumed fast food, therefore he is not God,” kata religious scholar kat debate.

Beginilah kemelalutan pakcik kalau dah mengantuk. Citer pasal supper yang sedih tetiba masuk bab The Last Supper plak. Pantang masuk bab Comparison Theology, suke je pakcik.

Bersama Maggi Mini itu ada juga 2 batang sosej disumbat bersama. Cup tu recycle cup Mamee jer. Lepas ni pakcik takkan makan Maggi dan McD dah, <-- well at the very least try not to. Ni semua baki time camping aritu, dari membazir jadi sahabat setan, betterlah habiskan walau rasa bersalah menyokong Israel. Pakcik kenalah pilih the lesser of two evil kan? So…saya putar Kieran…saya pilih huruf M untuk Mangkuk.

2 comments:

nizam said...

BESAR-NYE SOSEJ....

Aniron Orion said...

itu jangan dipersoalkan...ia telah kembang direndam dalam air panas dowh.

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...