Tuesday, June 30, 2009

Travel McRavel (Part 4 – Day 3)

PROLOGUE: Gambar ni takde kene mengena ngan entry ini. Saje je nak buat sensasi sikit...huhuhu...Helmy! jangan right click dan save gambar ni plak...ish...ish...ish

Destination --> Janda Baik

Adapun kami nak ke Janda Baik ni kerana nak memulangkan anak dara orang yang dipinjam untuk menjadi mak andam kat Pekan nun. Dalam diam, ada motif tersirat untuk makan secara pelahap lauk-pauk kat Minang Sri Selera tersebut. Selepas Yna selesai membungkus bekalan makanan untuk ke planet Marikh (banyak woo), kami pun bertolak ke sungai kat Pulau ape ntah aku tak ingat nama dah.

Selepas menukar pakaian secara Superman, kami pun terjunlah kat air tu. Sejuk woo, bergegaw otak pakcik. Dan bersiramlah pakcik bersama teman-teman yang lain. Kitorang ni pun mainlah permainan bernama ‘Menempah Maut Di Sungai’ kerana kami cuba menyelami near drowning punya experience.

Pakcik terapung atas air kerana mengamalkan mukjizat duduk atas batu…hehehe…

Ni pulak, drama yang tak berkhasiat terbitan RTM. Konon Faizul tu Jack dan Yna tu Rose dalam citer Titanic. Versi Malaysianya adalah, Kapal Korek Timah. Sebenarnya nak pas kunci kereta je tu, saje dramatic diorang ni.

Lagi sedas gambar. Dan Lagi

Faizul membuat muka singa laut. Ingat comel ke?




Dah penat mandi-manda, perut pun lapar. Maka skuad pemusnah mulalah menerkam bekalan yang dibawa. Sedap tu!!! Kombinasi lauk yang lazat + perut yang lapar + baju yang basah + kat tepi sungai = PUNCA KUASA PENTEKEDARAHAN.

Selepas makan, setelah para biduanita ni pergi membasuh pinggan kat sungai tu minyak pun timbullah jua dan terperangkap kat tepi tebing (di mana aliran arus perlahan), pencemaran pun berlaku. Sebelum Karam Singh Walia datang buat liputan pencemaran sungai, baiklah kitorang membuat anak sungai bagi mengalirkan minyak tersebut. Ini adalah projek MSC@Charity (MSC@Criminal) dengan konsep Wonderpet.

Dan selepas anak sungai itu disiapkan. Kami pun kembali bermandi-manda. Arus pun bertambah deras.

Bukanlah Helmy menang aksi lemas terbaik, tetapi kami membuat human chain jualah gamaknya.

Kembali ke Shah Alam

Adapun selepas bermandi-manda, kitorang yang pada mulanya plan nak balik Shah Alam akhirnya membuat keputusan untuk stay semalam kat Janda Baik kerana belum bertemu janda yang betul-betul baik. Semuanya nakal-nakal manja. Arakian, dua beradik photographer Wan dan Lan tu pun berkeinginan untuk balik kerana ada komitmen lain. Walaupun Helmy dah puas psychoanalysis budak berdua ni, tetaplah kuat jualah saka mereka nak balik. Maka mereka pun dihantar balik jua. Sempat jualah pakcik join sekaki untuk mengambil bekalan baju.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...