PROLOG: Sorilah kepada hantu-hantu blog pakcik. Dah beberapa hari pakcik tak post blog. Dah ramai dah kena sawan tarik kerana ketagihan (kan Aman?). Sebenarnya pakcik gi Ireland ada jemputan kahwin member pakcik. Nama tempatnya Per Karn kat Par Hung (bley?). So entry ni pun pakcik dah lama siapkan tinggal nak post je lagi. So kenkorang semua hadapilah ia dengan tabah. Kerana pakcik ni suka sesangat membongkar isu-isu yang tak berkhasiat (orang tampan memang macam tu). Terjun gaung Helmy!!!
Sebagai memenuhi permintaan reader pakcik Miss Hanimal, (ekekekeke!!!), pakcik pun menjalankan investigation fenomena troli Giant. Perkara ni lebih menarik dari fenomena Aurora Borealis mahupun Supernova juga Blackhole. Ia berada dalam kelasnya tersendiri, “A class of its own,” kata nenek pakcik
Bagi sesiape yang kaki shopping atau kaki borong kat Giant Hypermarket kat sini. Korang mesti suka menggunakan troli kan? Walaupun korang just nak beli pencungkil gigi sekotak, tapi disebabkan korang takut nak gerakkan biceps and triceps korang barang se-milimeter, takut strain kan (nak kene hempuk ngan aku free-free), tetap juga kau berlenggang sambil menolak troli. Tapi tahukah korang apakah sejarah hitam troli-troli tersebut? Korang semua selambalah letak barang makanan cam sayur-sayuran, beras, roti dan sebagainya dalam troli tersebut tanpa mengambil kira apakah yang pernah terjadi ke atas kenderaan pacuan empat roda manual tersebut. Buat-buat innocentlah kiranya.
Fenomena ini khasnya berlaku kat Pangsapuri Perdana Seksyen 13 ni je (bunyi cam dokumentari plak kan?). Komplen asal Miss Hanimal ni (sebab dia panggil aku bab!) adalah sifat penduduk Perdana yang suka-suka guna troli Giant ni untuk function lain. Tapi pakcik tak suka fikiran pakcik disempitkan kepada tujuan tu jer. Makanya pakcik pun membentangkan kes ini cam Karam Singh Waliah (minus the inappropriate and exaggerating hand gestures).
Sewaktu anda memilih untuk mengambil troli instead of bakul hijau Giant tu, tahukah anda bahawa anda telah membuat keputusan yang silap. Walaupun bakul Giant tu memerlukan tenaga untuk dijinjing, tetapi hygienically ia adalah lebih baik dari trolley Giant tersebut. Mengapa? Saksikan paparan 360 minus 180 (itulah darjah brain Miss Hanimal bergegar baca entry ni). Hehehe…
Kita saksikan apakah pekerjaan gelap troli-troli ini di luar Giant Hypermarket. Sebelum tu, kita perkenalkan suspek utama…
Beliau dilihat meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa. Gerak geri beliau dilihat amat mencurigakan kerana ada iras-iras pekerti Miss Hanimal yang bipolar itu (jangan minah ni jadi manic episode sebab baca entry ni sudah). Individu ini bertindak sebagai PIMP untuk kegiatan troli Giant yang tidak bermoral tersebut.
5 dari 8 troli tersebut sedang bergelumang dengan dosa sementara baki 3 lagi sedang menunggu pelanggan. Anak panah merah menunjukkan suspek utama. Gambar-gambar ini diambil pada 31 Mei antara pukul 3:11 dan 3:12 petang. Mari kita ZOOM dengan golongan apakah mereka berskandalan.
Zoom lagi sikit
Pukul 7:04 petang demikianlah fenomenanya.
Gambar seterusnya diambil pada 1 Jun pukul 7:09 pagi. Gigih tak pakcik? Dekat-dekat paper Nutrition sempat lagi nak berwartawan sakan.
Tapi disebabkan pakcik ni tampan dan gigih, dapat juga pakcik tangkap aktiviti pemberkasan Sam ni.
So pemirsa-pemirsa demikian. Mahukah lagi anda memegang troli-troli Giant tersebut? Tahukah anda sekarang siapa troli Giant sebenarnya? (bernada gigih). Oleh yang demikian, janganlah nak manjakan sangat tangan tu, we never know yang troli yang korang sorang tu berasal dari mana. Kalau tok nenek kita boleh je ke pasar bawa bakul berbatu-batu ke pasar, kenapa anda tidak? Kau kenapa? Nak kena pelempang Jejaka Tampan?
No comments:
Post a Comment