Bulan Mei lepas, Shah Alam dan tempat-tempat lain di seluruh
Tak payah nak berhabisan duit membeli pelbagai remedies termasuklah air kelentong ECPI tu, jangan disebabkan air itu berwarna unik, kau sangka ia berkuasa magic. Placebo effect semuanya tu. Belilah sahaja benda ni.
Calamine Lotion yang mengandungi 15% Calamine dan 5% Zinc Oxide. Ini indication-nya: Soothes skin irritations. Relieves the discomfort and itchiness of sunburn, mosquito and insect bites, hives, rashes, chilblains, dermatitis and pimples.
Ha! Kira semuanya 8 dalam 1. Sesuai sangat untuk musim-musim summer ni. Bomoh kau boleh wat camtu?
Jangan kau guna untuk menampal atap sudah. Manalah tahu kau tiba-tiba berintelek orang kampung (kampung mana ni?) yang kalau dengar zinc je, fikir pasal atap zinc (walaupun atap tu aluminium jualah hendaknya, tetap dipanggil zinc, kedudukan kat Periodic Table memang berbeza
Patung-patung Motivasi
Patung ni pakcik dapat dari teman baik pakcik. Secara semi-consciousnya patung ini telah menjadi penguat semangat dan motivasi pakcik untuk bangkit dari kegagalan lepas. Pakcik berjaya harungi diploma dengan jayanya, berkat doa dan usaha jua. Kepala patung ni pernah terpatah beberapa kali kat leher (tengok gambar di bawah dengan teliti) ibarat penangggal jualah ia. Dan pakcik gam gajahkan jua ia beberapa kali tersebut. Sebenarnya patung ni bukanlah macam patung voodoo yang kau jampi serapahkan bagi pandai. Tapi apart from Poster TemanStudi Dr. Shukri Abdullah yang berhabuk kat dinding meja studi pakcik, patung ini juga sebenarnya mencetus motivasi dan semangat (patung menyeru semangat kah?).
Masa kepala patung ni patah, pakcik nampaklah kat dalam dia ada hollow space (macam kat dalam hati pakcik <-- pekena ngan pakcik ni?). So pakcik dengan kreatifnya buat satu catatan motivasi kat kertas kecil, gulung an sumbatkan mereka kedalam patung ni. Pas tu pakcik gamkan semula. So everytime patung ni menurun jadi penangal (patah leher), pakcik akan baca kata-kata motivasi yang pakcik sumbat dalam tu dan pakcik akan tambah catatan baru. Begitulah adanya sebanyak
Pakcik berterima kasih pada kawan pakcik tersebut jua sebab walaupun patung ni harganya murah, tapi nilai motivasinya itu kat kedai Hinode ‘5 ringgit per items’ terjual jua tiadalah ia (<-- kau paham ke bahasa Tun Sri Lanang ni).
Selamah Makang Anok
Suatu pagi yang hening-hening kening. Pakcik pun seperti biasa selepas berpeleseran kat CyberCafe PC2K (yang banyak nyamuk tersebut), berjalan baliklah dengan tampannya menuju ke istana pakcik tu. Tetiba, pakcik terserempak dengan Selamah tengah melakukan sesuatu yang diluar imaginasi jejaka tampan yang melihatnya (pakcik le tu).
Di manakah perginya sifat keibuannya yang dimegah-megahkan dulu? Mana perginya norma (Normah mana ni?) dan kesadaran beliau terhadap tanggungjawabnya terhadap anak-anaknya. Kenapa Selamah? Tidak cukupkah lagi makanan kucing yang terhidang kat tepi apartment mu itu? Kenapa kau harus makan sesuatu yang kau tidak seharusnya makan? Mengapa kau harus berperangai cam ikan haruan peliharaan Cik Hani itu?
MENGAPA KAU MAKAN ANAK KAU SENDIRI SELAMAH-TUL LIZA BINTI ABU LAHAMAT?? <-- terbongkar nama sebenar kat kad pengenalan beliau. Ni kalau ada nama yang kaitan dengan sedara mara pakcik minta mahap lah ye.
** Pakcik fitnah tak beragak-agak
Perdanaku Yang Malam
Bukanlah mengenai kereta Proton Perdana warna hitam entry ini sebenarnya. Bukan juga mengenai Perdana Menteri yang beraktiviti malam dengan isterinya yang bermuka ganjil itu. Tetapi mengenai suasana malam kat Pangsapuri Perdana dari perspektif anjung istana
TATATATATATA (ganti XOXOXOXOXO --> sebab pakcik tanak peluk cium korang, bak kata Orang Arab Jumud “Haram! Haram!”)
1 comment:
hilarious~!!
-hny
Post a Comment