Friday, June 12, 2009

…dan Makcik Itu Pun Galak-lah

Dulu…time bebulan April itu ari, bilik kecik kat depan umah pakcik tu adalah kekosongan selepas penunggu lama dah berpindah (karena mendapat rumah angker baru). Pakcik pun ibarat Jejaka Tampan Terakhir pergilah menampal iklan rumah. Dan pada suatu malam pakcik pun di-call lah oleh seorang makcik nak tanya pasal rumah. Pakcik yang mesra pelanggan ini pun dok layan persoalan makcik ni yang bertubi-tubi ibarat Oral Fixation lah jua. Beriya-iya dia nak datang tengok rumah malam tu juga (galak giler kan makcik ni?). So pakcik pun seperti peniaga yang tidak mahu menghampakan pelanggan pun bersedia nak menerima dia datang.


Pakcik pun gumbira sebab bilek tu tak sempat 3 hari kosong dah ada penunggu baru. Makcik tu datang dengan seorang lelaki yang parasnya amatlah pakcik reject waima dijadikan tukang kebun sekalipun (kejam kan?). Pakcik dok jenguk gak kot-kot makcik ni bawak anak dia yang nak duduk sekali…haram. Tapi sebagai hipokrit terlatih, pakcik pun dengan tangan terbuka (hati tawar) jemput mereka masuk bak orang Melayu lah jua. Akak dan Abang ni pun dok hingaq tanya pasal sewa, deposit sambil jenguk-jenguk bilik tersebut. Tetiba lelaki yang hampeh itu bersuara serak-serak basah (cam pakcik nak tekap je mulut dia guna kain lap sambil menjerit “Shut up!”), benci giler pakcik dengar suara dia (prejudiskah pakcik?). Sepanjang masa akak tu je banyak soal tapi bila tetiba malaun ni buka mulut, pakcik terus terkejut dengan soalan nya.

“Kalau abang dok sini, kena bayar berapa?”

Hampeh! Pakcik pun geramlah jua. Setelah pakcik menjalankan tugas sebagai Real Estate Agent yang Terampil, akhirnya pakcik dijerat dengan soalan malaun sekor ni. Ingatkan mereka berdua ni cari rumah untuk anak atau anak buah. Tapi last-last lelaki reject ni plak yang duk. Dah terang-terang pakcik tulis kat iklan tu, (seperti di bawah) STUDENT ONLY, dia yang dah tua bangka tetiba je nak masuk. Bodoh kah? Buta huruf kah? Tak belajar bahasa Omputih kah?

Ni iklan nya. Cakap sikit prosa mana yang Shakespeare sangat

Pakcik tatau nak jawab, tapi memandangkan makcik yang bermulut galak cam mata buntang dia tu duk ayat pakcik baeik punya, pakcik pun terima dengan hati yang amat berat (dah ada instinct yang tak best).

Akak tu kata lelaki tu ADIK dia. Pakcik pun percaya. Cuma pakcik confius, seperti yang dikatakan oleh lelaki tu sendiri yang dia tu umur 36 tahun (rupa nampak lebih tua), kenapakah membawa kakak untuk mencari rumah? Kau lelaki 30-an, jantan, kenapakah harus kau usung kakak kau nak tengok rumah. Kau bodohkah? Ibarat tak malukah pakcik membeli eskrem membawa kakak (yang pakcik tak punya) semata-mata nak tanya harga eskrem tu berapa sen? Kan? Kan?

Tapi ada eloknya dia duk bawa akak tu, pakcik tak suka langsung dengar suara lelaki tu, benci. Biarlah akak tu yang bersuara. Pakcik redha menatap mata terjojol akak tu dari mendengar suara lelaki tu. Suara cam angsa kering leheq. Akak dan pakcik duk bincang cara pembayaran deposit yang Flexi konsep Cots Memot. Dia nak bayar deposit ansur-ansur, sambil tu dia dok cerghita yang adik dia tu bekas askar yang dah tamat kontrak. Dulu keja askar bahagian jaga meriam. Kalau ada upacara-upacara istiadat, depalah yang duk cucuh menatang tu bagi meletup (apsallah dia tak meletup sekali). So selepas dipencenken, dia dok mai ke bandar besar nak cari kerja. Kerja apakah? Kakak tu cakap kerja kat bank jualah kariernya. Bila pakcik tanya bank mana, akak tu bilang kat KL area-area Sogo. Adakah bank nama Bank Area Sogo, Hny?

Pakcik pun termakan segala informasi yang diberikan dan bersetuju nak bagi dia sewa bilik. Tetapi beberapa hari demikian, kerana pakcik heran lelaki ni duk selalu bangun lewat pukul 10 atau 11 pagi dan selalu tak pegi kerja. Kerja di bank Pak Su dia kah? Boleh masuk keja suka-suka. Pakcik pun berdisuksi dengan dia. Rupa-rupanya akak itu telah menipu bulat-bulatkan pakcik, dia dok kencingkan pakcik. Jantang itu sebenarnya kerja SEKURITI SUPERMARKET. Kerja bank-lah sangat. Tak senonoh membohong makcik tu. Tua-tua PEMBUHUNG.

Pakcik rasa cam nak tumbuk sesuatu sebab marah dengan pengakuan tersebut. Pakcik pun heran, datang dari kampung jauh nun semata-mata nak keja sekuriti. Ada hati nak duk bilik sewa RM200 sorang-sorang tak nak ada roommate (cheh!). Bukanlah pakcik nak hina sekuriti, tapi seperti yang kakak tu dok habaq kat pakcik, lelaki tu sebenarnya ditawarkan duk asrama oleh syarikat sekuriti, tetapi dia tak mau duduk asrama dengan Bangla semua, nak juga duduk selesa. Kalau difikirkan, berapa sangatlah gaji sekuriti supermarket nak membayar sewa. Tolak duit minyak moto, makan, minum dan barang keperluan, berapa sen je yang tinggal. Eloklah dia duk kat kampung nun bercucuk tanamkah, buat bisnes kah, etc. Yang dia dok mai bandar besar yang kos hidupnya semakin meningkat ni nak buat apa.

Tapi takpa, pakcik cuma harap dia bayar sewa yang cukup pun eloklah. Jangan nak sangkut-sangkut. Kerana sepanjang pakcik memegang amanah jadi ceti rumah, belum pernahlah lagi owner rumah pakcik kempunan duit sewa tiap 10 haribulan. Jadi pakcik ada reputasi untuk dikekalkan.

Tapi indah khabar dari rupa. Dia masuk je payment pertama yang pakcik dapat cuma RM100. Jangankan deposit, duit sewa bilik pun tak lepas tau. Terpaksalah pakcik dan housemate lain cover untuk sewa bilik dia bulan tu dengan harapan dia ganti duit yang kitorang cover tu next month.

Dah dua syarat lelaki ni langgar PERTAMA: Student Only, KEDUA: Deposit 2 + 1 dan sampailah masanya dia melanggar syarat KETIGA: Non-Smoker. Dia dok meNAGAkan hidungnya kat balkoni dengan harapan asap rokok tu tak masuk rumah. Tapi ternyata silap, angin dari balkoni tu kan menghala masuk, maka pakcik dan housemate lain yang non-smoker tu pun suffocatelah dengan asap yang membunuh itu. Setelah diberi kata dua oleh pakcik, dia pun dah tak merokok kat luar. Di gi merokok kat dalam bilik dia sendiri. Sendiri hisap, sendiri sedut asap rokok recycle, sendiri mati, pakcik angkat masuk plastic sampah hitam, letak dalam troli giant, tunggu lori sampah angkut dan buang. Kejam kan?

Bulan kedua, dia dah dok buat perangai, sewa rumah yang kena bayar 10 haribulan dia bayar bukan 11hb, bukan 12hb, tapi 18 haribulan. Dah tu dia just bayar RM200 jer. Haritu masa nak masuk dia dok janji nak bayar RM 300 setiap bulan (bermaksud sewa bilik RM200 + RM100 deposit x 6 bulan). Pakcik pun geram dan nak gak tagih duit RM100 yang kitorang cover tu. Dia janji dok bayar 21 haribulan. Tapi sudahnya takde maknenye sampai sekarang.

La ni, dah masuk bulan 6, dia masih tak bayar sewa walaupun sekarang ni dah 11 haribulan. Pakcik tensen dan stress. Owner dah call berkali-kali. Kitorang semua dah bayar, tinggal nak tunggu duit dari dia jer. Nak masukkan duit yang tak cukup tu boleh jer. Tapi nanti bila dia dah bayar, kena plak aku buat kerja dua kali nak bank-in. Dahlah aku kena masukkan dalam Bank Hong Leong, jenuh ar macam ni nak gi bank jauh-jauh. Sebab dia sorang ni jer, kitorang lambat bayar sewa. So sebagai manusia biasa, pakcik pun dah ada rasa benci dengan mamat ni. Kerjanya asyik nak menyusahkan aje.

Sebenarnya, akak yang aritu ada dua orang anak perempuan belajar kat MSU gak. Diorang tinggal kat tingkat 7 Pangsapuri Perdana ni. Akak ni kononnya dok berulang-alik dari Kedah ke Shah Alam nak jenguk anak. So sekarang, bila ADIK dia dok tinggal kat blok sama, “Legalah hati akak ni hah,” katanya. Boleh lah dia duk kat kampung main dengan kucingnya yang “Kuat merajuk,” katanya. Akak ni alkisahnya, bila duk turun Shah Alam selalulah singgah tidur kat rumah anak-anak perempuannya itu. Tapi, kalau dah namanya pembuhung, pembuhung jugaklah. Aku tengok akak ni duk bersepah kat Giant kerja sana-sini. Bukanlah pakcik ni nak hina dia. Tapi salah satu sebab pakcik terima ADIK dia duk rumah pakcik walaupun dia melanggar banyak syarat ialah nak tolong makcik ni suruh adik dia jaga anak-anak dia. Tapi itu semuanya tipu Kiah. Pakcik ditipu lagi.

21 haribulan Mei waktu dia gaji, seperti yang dijanjikan hari tu, pakcik pun tagih duit RM100 yang dia duk canang nak bayar kat pakcik. Tapi alasannya, “Pakcik nak guna duit nak belikan laptop kat anak buah pakcik yang kat atas tu,” Bak kata Nabil dalam rancangan Ewah-Ewah, pakcik pun meng‘ewah-ewah’kan dia dalam hati. Duit deposit tak nak bayar, sibuk pula nak beli laptop. Ish…geram tul. Dia janji nak bayar duit tu 7hb plak, “Tunggu duit tentera keluar,” kononnya. Tapi hampeh jugalah sampai sekarang. Kang aku cabut paku kat leher aku ni, jadi Pontiabang juga aku ni kang.

Semenjak dua menjak ni pakcik pun dah naik benci ngan mamat ni, so pakcik pun secara autonomiknya telah termasamkan muka kat dia. Dan alkisahnya, dia pun dok mengadu kat kakak dia yang pakcik tak suka dia duk rumah tu (walaupun sebenarnya betul sesangat). Tolonglah, umur dah 30 lebih, jantan pulak tu, suka tul mengadu kat akak dia. Kata bekas tentera, patutnya emosi kenalah tough kan. Ni tak, sensitiplah pulak. Kuat mengadu pulak tu. Isk isk isk.

Dia kat rumah ni tak bercakap sangat pun. Dia balik keja, masuk bilik buat hal sendiri. Gi main asap keluar masuk peparu dia tu. Nak dijadikan cerita, perihal masam-masam muka ni pun sampai ke pengetahuan akak dia. Akak dia pun datanglah rumah masa adik dia tu gi keja nak cakap kat pakcik sebab pakciklah yang bermuka paling masam (walaupun tampan) dan pakcik tak menyesal pun buat camtu. Juga sebab pakcik adalah ketua rumah.

Akak dia pun tanya. “Hangpa ada masalah ke dengan abang?”

“Takde masalah, dia yang ada masalah. Masalah bayar sewa rumah.” straight to the point kan pakcik.

“Hangpa tak suka ka abang duduk rumah ni? Sampai abang ngadu kat akak nak keluar rumah nak tinggal asrama.”
Hah eloklah tu.

“Bukan tak suka, tapi bila orang dah bawa masalah kat kita. Siapa pun tak suka kan?” boleh ke pakcik cakap macam tu kat orang yang lebih berumur dengan mata terjojol macam akak tu?

Selepas tu banyaklah diskusi yang berlangsung lebih kurang setengah jam jua. Pakcik tak bagi can akak ni potong pakcik cakap. Pakcik luahkan semua rasa rak puas hati. Akak ni pulak sibuk buka cerita lain kononya dia ada rumah sewa kat kampung lah apa lah, yang memang tak signifikan dengan masalah yang dibincangkan. Nak pesongkan pakcik lah tu. Jangan cuba-cuba!

Dia cakaplah adik dia tu memang pemalu. Suka diam je. Kalau ada masalah tak nak bincang, asyik nak mengadu kat dia je. Semua hal akak ni nak uruskan untuk adik dia. Penat akak tu nak pikir banyak benda, anak-anak, adik lelaki yang tak matang (cam takde bijik), dan lain-lain. <-- macamlah aku kesah dengan masalah dia, aku ni banyak masalah sendiri, dia pula nak mengadu kat pakcik perihal adik dia.

Setelah beberapa lama, kitorang ni pun mencapai kata sepakat. Dia nak pakcik tolong carikan roommate untuk adik dia untuk kurangkan beban sewa bulanan (dia nak roommate, pakcik yang kena cari plak, banyak cantik) dan dia akan bayarkan sewa bilik untuk adik dia, jangan risau, lepas ni takde masalah lagi (kononnya). Dongengnya dia nak bayar on time setiap bulan. Kita tunggu dan lihat je lah nanti.

Tapi tiba-tiba akak ni pun buat statement berani mati. Pakcik pun hampir nak tersedak pengsan. Nak tau dia kata apa?


“Sebenarnya Abang tu SUAMI akak?”


Wadafak!!! Tiga bulan laki dia duk dengan pakcik, baru nak bagitau kitaorang semua. Patutlah dia asyik datang ketuk pintu tanya pasal jantan tu (kedaungan le tu). Rupanya laki dia. Pakcik tanya apsal dia tipu pakcik? Pembuhung tul makcik sekor ni. Dah tua bangka perangai cam setan betino. Dia bagi alasan dia menipu sebab takut aku tak nak ambik laki dia masuk sewa rumah sebab laki dia dah kahwin. Sememangnya memang aku tak nak ambil laki dia sebab banyak benda. Sekarang setelah dia buka pekung di dada, lagilah pakcik rasa cam nak reject. Tak manis tu bagi orang tino keluar masuk rumah jantan.


Selepas pengakuan berani mati itu, makcik tu pun dok galaklah mai datang rumah nak tido dengan laki dia. Pakcik suggestlah yang makcik tu dan laki dia dan anak-anak dia gi cari rumah sebuah sewa satu family. Tidaklah mereka berdua gersang bila-bila waktu diperlukan kan?


Makcik tu cakap, “Hah! Tak mau lah. Akak tak suka duk dengan abang. Akak selesa duk dengan anak-anak akak. Lagipun, masa abang keja askar dulu, akak dah biasa dah duk sorang-sorang.” Bolehkah macam tu Aman? Dia datang bila dia perlukan ‘sesuatu’ dari suaminya itu saja. Tapi tak nak duk dengan laki dia untuk keperluan lain. Wajibkah aku menghadiahkan lencana kemahiran Pandu Puteri bercorak ISTERI DERHAKA?

Makcik ni dok mengumpat budak pompuan sana bawak laki masuk rumah, budak pompuan sini tinggal serumah dengan laki yang bukan muhrim. Anak si Temah tidur ngan jantan jonghos. Anak Bidan Leha bunting tak berlaki. Anak dia je lah yang baik. Anak dia jelah yang betul. Tetiba dia pulak dok keluar masuk rumah jantan. Tak ke dia takut persepsi jiran tetangga Pakcik terhadap kehadiran dirinya itu. Biarpun mereka itu suami isteri, melainkanlah dia pakai T-shirt dengan gambar surat nikah depa dengan perkataan DIA LAKI SAYA dan laki dia pula pakai baju DIA BINI SAYA pastilah orang tahu. Tapi kalau orang tak tahu dok mengata, kang pakcik juga yang dituduh jadi bapak ayam kat rumah ni. Tak tahan tul pakcik kalau macam ni.

Galaklah makcik ni duk tidur rumah ni walaupun laki dia gi kerja pepagi buta. Keluar masuk macam rumah ni datuk sepupu dia yang punya. Tak selesa dowh duk rumah dengan orang berumur yang dah berkahwin, selain dari parents sendiri. Nak buat apa-apa kat rumah pun naik segan. Lebih-lebih lagi pakcik ni Practicing Nudist kan (huhu…sensasi) Nyebok je makcik ni.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...