Sebenarnya time cuti-cuti ke Pekan Pahang haritu, tetiba terlintas idea untuk gi panjat gunung. Besar sangatlah cita-cita pakcik ni
Dipendekkan cerita, dah nak dekat hari nak gi camping, member-member asal yang mulanya excited nak pegi sekali tetiba tarik diri (aku dendam ngan korang sampai sekarang, siap sekor-sekor). Korang memang Aishah (Janji Manismu) sangat kat pakcik dan Helmy. So kitorang pun bertolaklah pada pukul 11 camtu. Sempat juga pakcik hantar proposal kat Faizul, pos kad Father’s Day, gi Purchasing Department kat kolej nak book Theater Hall dan Bas dan naik minta sign Puan Sairah. Pas tu kitorang gi Tesco untuk membeli barang-barang makanan dan camping stuff.
Dengan membawa beg galas seberat lebih kurang 7 ke 8kg kitorang pun mula menapak. Maka kat kepala pakcik mendayulah lagu Zaiton Sameon “Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah ku lewati…”
Jalan ni walaupun tak berliku sangat tapi jaraknya sangatlah baban. Sebab itulah ia dipanggil
Kerana tersalah sangka yang kitorang kena menyeberang sungai ke seberang
Kerana terlalu leka mengikut trail yang tak seberapa nak ada, ditemani bunyi ungka yang galak serta pelbagai unggas hutan yang jadi back-up vocal, kitorang pun sesat dimainkan jin hutan. Sambil-sambil tu sempat juga bermain dengan pacat dan diserang cramp keting. Time-time genting camnilah nak cramp bagai. Hari dah beransur gelap, paham-pahamlah kat hutan
Tapi masalah belum selesai lagi, dari tebing ke lembah sungai curam jualah ia. Pakcik dan Helmy akhirnya mengambil keputusan untuk meluncur turun dicelah-celah pohon buluh menjadikannya sebagai tempat grab. Kalaulah ada rebung tajam, pasti hilang keterunaan kami semua ditusuk kat tuuut (paham-paham sajalah). Bila dah turun, dengan kuasa Allah kitorang berada di suatu kawasan perkhemahan. Masa tu kitorang tak tahu kitorang kat mana, yang penting tempat tu adalah kawasan perkhemahan yang pernah dikunjungi orang, bukanlah perkampungan jin ye tak.
Dengan kaki pakcik dan tangan yang luka calar balar cam rape victim. Kitorang pun gagahi jua merentas sungai menuju ke campsite. Dalam hati sangatlah syukur kerana diberikan ilham dari Allah untuk bergerak menuju sungai tu berkat doa “Bismillahhi Tawakkaltu A’laAllahhu Wala Haula Wala Quwata Illabillahil A’liul Azim”.
Sekarang kitorang di dalam dilemma, kitorang tak nampak jalan nak patah balik, dan tak nampak juga jalan untuk teruskan mendaki. Memandangkan hari dah gelap, kitorang mengambil keputusan untuk berkhemah di kem tersebut. Camping spot kitorang betul-betul dekat dengan sungai yang airnya sangatlah sejuk dan segar. Sebelum tu, sambil cari kayu api, aku pun servay-servay jugaklah setiap penjuru camp site tu nak cari jalan pulang atau jalan mendaki naik. Pakcik ternampak satu jalan yang kemungkinan ascending road, tapi pakcik pun tak sure sangat kerana hari dah gelap. Cadang nak gi cek balik keesokan harinya.
Helmy pun mulalah menyalakan unggun api dengan kayu dan daun yang lembab, takde maknenye…nasib baik ada fire starter yang berfungsi sebagai bahan bakar. Sempat jualah pakcik bersiram sambil bergaya seperti Putera Gunung Nuang. Sambil-sambil tu kitorang pun basuh baju yang tersangat kotor cam gadis-gadis kampung ditepi sungai jualah…hahaha…(siapa suruh gelak?). Dalam api yang manja-manja tak nak tu, masak jualah air panas dan kitorang pun dinner makan Mamee Cup (teringat masakan Mummy plak). Lapar campur trauma, habis jualah ia.
Pukul 8 camtu, kitorang pun masuk tidur. Penat sesangat, bertemankan lampu lilin dan bunyi unggas yang macam orchestra takde konduktor atau pengarah muzik, kitorang pun tertidur jua. Dalam kepala masing-masing, macamanalah nak teruskan esok.
Sepanjang malam tu, suhu sangatlah sejuk sehingga pundi kencing pun berkembang cam belon. Tetapi kerana malas nak bangun ‘mencicit’ tidur bergolek jualah di dalam khemah.
Bangun pagi pukul 7 lebih, kitorang pun bersiap berus gigi (nak mandi sejuk sangatlah hai) dan sarapan, pakcik pun rasa cam nak terkucil dan terberak. So pakcik carilah spot yang jauh dan tersembunyi, masa pakcik mengucil sambil tengok kiri kanan, pakcik terpandang suatu tanda tag kat sebatang pokok di seberang sungai. Lepas basuh, pakcik pun berlari ke seberang. Dan pakcik dapati itu adalah trail yang besar kemungkinan trail balik. Pakcik dah gembira dan terdetik sedikit harapan, pakcik pun sambung pula memerut. Dah siap memerut pakcik inform kat Helmy yang masih sedang mengemas khemah dan packing barang. Sekarang kitorang kena pilih samada nak patah balik atau teruskan mendaki. Dan sepakat kami ambil keputusan untuk teruskan mendaki.
Setelah siap dan gear up, kitorang pun bergerak dari camp site pukul 9 pagi. Sebelum tu pakcik sempat juga menyediakan peralatan untuk tag perjalanan kitorang supaya tidak sesat lagi. Ia terdiri dari tali raffia dan segulung tissue tandas yang ditinggalkan previous campers. Tali raffia tu untuk ikat kat pokok manakala tissue tandas tu untuk campak kat trail.
Ternyata jalan yang kitorang servay semalam adalah jalan mendaki. Lalu kitorang pun gembira bercampur gementar sebab tak pasti bagaimanakah rupa bumi yang akan menanti kelak. Seberang sungai sekali lagi dan dari situ kami mengikut panduan trail tag yang ditinggalkan previous hikers. Kitorang berterima kasih sesangat kat siapa-siapa yang buat tag tu. Jasamu dikenang.
Destinasi seterusnya, Kem Pacat.
Kem Pacat (9.00 to 11.17 a.m.)
Sungguh tak disangka, human versus nature itu pemenangnya selalulah nature. Mengikut perkiraan informasi yang kitorang cari kat internet, perjalanan ke kem pacat mengambil masa antara 3 ke 4 jam. Mak datuk! Muka bumi bukanlah seperti jalan berlenggang ke pasar malam cik Hny.
Terujilah quadriceps, hamstrings, biceps, triceps, forarm muscles dan knee joint and ligament. Setiap lebih kurang 200 meter memanjat, kitorang berhenti rehat dan minum dan kengkadang makan cekelat. Mana taknya, sarapan pagi tadi sebelum bertolak hanyalah sekeping roti sandwich dan tuna mayonis, ko bercita-cita nak panjat gunung, memang silap calorie calculation lah kau Nizam oi. Tapi memandangkan adrenalin tu sangatlah memuncak, nak makan seketul coklat pun macam terpaksa. Yang diteguk, tetaplah air sungai tu jugak.
Tidak dilupakan orchestra ungka, unggas, siamang dan Nizam (eh silap) pun berbuat bisinglah, bak kata kalau aku jadi guru kelas murid darjah satu, “Shut up!” will not do it for them. Paham-pahamlah, apes ni territorial dan polygamy punya binatang. Kalau teritorrinya kena ganngu dan gundik-gundiknya
Perjalanan diteruskan, panjat memanjat cam rock climbing pun berlaku every now and then. Dalam masa dua jam akhirnya kitorang tiba jua ke Kem Pacat. Berbekalkan doa yang disebutkan di atas, Allah memberikan kudrat untuk kitorang memanjat sepantas itu. It is something to be proud of for a first time climber cam kitorang ni.
Kat Kem Pacat, kami ambil keputusan untuk mengurangkan beban berat beg yang bertambah sekilo setiap seorang sebab kami bawa baju-baju basah yang dicuci semalam. Kami buat ampaian dari kayu-kayu yang dipacak di sekelilng khemah tersebut. Pakcik pun strip down to my singlet (dan track pant) sebab baju yang pakcik pakai tu dah lencun tahap boleh perah dah. Now, we are 2 kilo lighter tapi macam takde beza. Perjalanan mendaki dengan bagasi 7 ke 8kg kat belakang, vertical up, against gravity was not a walk in a park. Now we ascent tu Puncak Pengasih.
Ke Puncak Pengasih jalannya bukanlah berkasih sayang semuanya. Tiada bezanya dengan the gruesome and horrible trail ke kem pacat tadi. Cuma kali ni cuaca bertambah sejuk bermakna pembakaran kalori bertambah manakala energy supply tiadalah banyak melainkan air sungai tu banyak kalori. Oksigen pun dah tak berapa tepu, kat Hb-O2 dissociation curve tu pun mulalah shift menjadi lagu ‘Irreplaceable’ Beyonce, “To the left, to the left, lack of oxygen shift your curve to the left, if you climb up that’s you problem, if you gasping that’s not work”.
Kat sini dah boleh nampak kabus dan batu-batu besar pula banyak mengganti trail. Red clay pun adalah every here and there. Dua jam ascending up, sampailah ke Puncak Pengasih.
To tell you the truth, word cannot describe how tiring and betapa kekuatan stamina, mental, physical, motivasi dan semangat tu sangatlah perlu.
Sampai ke Puncak Pengasih, mengikut research kat internet, puncak ni bukanlah puncak sebenar Gunung Nuang ni. Banyak climbers yang claim dah conquer puncak Nuang walaupun setakat climb ke Puncak Pengasih je. Mengikut reference lagi puncak sebenar tidaklah berapa jauh dari situ.
The Summ-It (1.30 p.m. – 2.15 p.m.)
So dengan konfidennyalah kitorang tinggalkan beg dan berlenggang rusa cuma berbekalkan air setengah botol dan cokelat. It was kinda stupid move.
Kitorang pun tracking along the Summit Trail. Tapi semakin jauh kami berjalan, kami sedar yang kami sebenarnya berjalan turun bukannya naik. Sungguhlah pelik sesangat, bila tengok kat depan, sebenarnya puncak tu jauhlah lagi…oh tidak. Pakcik dah naik risau, dalam kepala hotak kalaupun kitorang sempat nak naik puncak, tak mungkin kitorang boleh patah balik dalam masa sejam dua, paling-paling mesti dah gelap. Sedangkan torch light tinggal kat Puncak Pengasih. Berapa kali pakcik
Dari descending down, kitorang pun ascent semula. Pakcik malas nak jeling-jeling disebalik dahan pokok yang tinggi semata-mata nak buat anggaran berapa jauh lagi kitorang ke puncak. Batu-batu besar pun tersangatlah banyak. Pakcik dah takde mood nak tangkap-tangkap gambar. Semua sumber kekuatan dah tak berapa nak ada, ibarat kalau main game King of Fighter kat Game Arcade tu, nyawa dah kat hujung-hujung, kaler merah dan blinking.
Panjat dan panjat sambil mulut terkumat-kamit baca doa. Sebab itu jelah harapan yang tinggal bila semangat dah semakin pudar sampai the beautiful scenery yang misty green pun pakcik dah tak kisah. Hampir-hampir nak ke atas, jalan pulak tiba-tiba sempit selebar satu kaki setengah je. Kat bawah tu memang curam, kalau jatuh ke bawah, yang tinggal kat atas tu kenalah baca Yassin siap-siap.
Tiba-tiba pakcik ternampak suatu bentuk keramat, segitiga hijau yang dikata-katakan itu dah nampak di sebalik pokok. Pakcik pun teruja, tapi sebelum sampai ke atas, kena panjat batu dulu. Dah sampai pakcik buat sujud syukur, teresak-esak jugalah pakcik sekejap tapi pakcik berjaya kawal. Penat dowh, penat sesangat. Kitorang ambillah gambar seberapa yang sempat. Dan terjumpalah sekor tupai yang jinak ni. Nak tegur takut penunggu puncak Nuang plak. So ambillah gambar je. Nak lebih-lebih kang jatuh dari puncak tu menupailah kau kat lereng bukit tu.
Kitorang bertolak turun dari puncak pukul 2.24 petang.
Decend Down the Mountain (2.24 p.m. – 3.01 p.m.)
Nak turun ni dah tak terasa penat sangat. Gembira sesangat dah tawan puncak Nuang. Walaupun mamat dua ekor tu tak jadi ikut, dan Saiful pula nak memperkecik-kecilkan kitorang terutamanya pakcik (pakcik terluka tu), akhirnya kitorang berdua ni sampai juga ke puncak gunung walaupun cuma berdua. So siapa yang nak memperkecilkan pakcik, jom panjat Gunung Nuang, tengok.
Turun ni bukanlah senang seperti yang dijangka, kena berhati-hati kerana dah kena ikut gravity semula. Masa tu kaki dah mula rasa sakit dan kena ada kekuatan lutut untuk tahan hentakan turun semua. Tapi Alhamdullillah, sampai juga kitorang semula ke Puncak Pengasih.
Back To Kem Pacat (3.01 p.m. – 4.01 p.m.)
Turun semula ke Kem Pacat, kalau tadinya masa naik main panjat-panjat, sekarang kena gelongsor-gelongsor pulak. Tapi gelongsor pun kena hati-hati, kang tergelongsor masuk gaung siapa nak jawab? Perjalanan ni dah potong separuh masa naik. Dari dua jam naik, turun pulak just sejam je. Tapi sakitnya bukan main, quadriceps nak melawan dan patellar ligament dan synovial nak menyerap hentakan.
Sampai je ke Kem Pacat, ambik semula barang-barang yang dijemur dan ditinggalkan tadi. Beg pun kembali berat seperti sediakala. Bekalan air dah tinggal suku. Kitorang bergegas turun balik ke Kem Lolo (or was it Hut Camp 2).
Back Down To Kem Lolo (4.09 p.m. – 5.25 p.m.)
Dalam perjalanan meniti tanah liat berlumpur, tiba-tiba hujan pun turun. Treknya tadi yang bahaya menjadi berganda-ganda bahaya. Pakcik tergelincir sampai 3-4 kali. Bukan tergelincir manja ala-ala Cik Melah Janda tersadung kasut tumit tinggi, ini tergelincir tahap nangka jatuh “Bedebab!”. Hampir-hampir kepala pakcik terhentak kat kayu balak. Kasut yang supposedly jadi running shoes tu, tapak dahlah nipis, diselaputi lumpur pulak, memang tak cengkam, so pakcik bergantung pada tongkat Gandalf lah jua untuk turun. Ungka-ungka pun mula buat bising, ala-ala nak support kitorang.
Disebabkan jalan yang licin, dan pakcik tersembab beberapa kali sebab nak cepat sangat turun, ia mengambil masa lama sikit nak sampai ke Kem Lolo, lebih kurang 1 jam setengah. Masa naik tadi, pakcik tak sedar sangat yang jalan ni banyak tanah liat. Sebab pakcik leka tengok atas. Bila nak turun, barulah pakcik tahu tanah tu hitam ke merah.
Hut Camp 2 (or was it Kem Lolo) – 5.25 p.m.
Sampai ke Hut Camp 2, kitorang berteduh bawah pondok tu. Memandangkan hari dah nak gelap, kitorang bercadang nak berkhemah kat situ je malam tu. Malam tu memang azab sangat, satu kaki dari pinggang ke peha sakit sangat, tu tak masuk lagi bahu. Masa nak turun dan naik tu tak terasa sangat sebab adrenalin numb-kan rasa sakit tu, tapi bila dah duduk berehat, aduyai seksanya. Walaubagaimanapun, malam tu kitorang makan banyak sikit. Kitorang makan Kari Ayam, Tuna Mayonis, Kacang Panggang bersama roti dan minum air sungai. One thing tentang air sungai ni, rasa tak banyak beza, memang memberi tenaga, tapi ia buatkan kita lagi haus dan haus. Kita macam nak lagi dan lagi sebab ia originally sejuk sampai boleh nampak kondensasi kat luar botol. Dan kesejukannya memang tahan lama. Lantaklah kalau pakcik terteguk free-living amoeba cam Acanthamoeba sp. ke Naegleria fowleri ke, yang penting kitorang dah tak dahaga. Seperti malam sebelumnya, kitorang tidur pukul 8 dan bangkit pukul 7 keesokan paginya.
Besok paginya, kitorang berus gigi kat air terjun berdekatan. Tak mandi pun sebab tersangatlah sejuk. Lepas tu kitorang mula packing up dan bertolak dari Hut Camp 2 pada pukul 7.56 a.m. dan kembali ke tapak perkhemahan kitorang semalam. Kitorang pun beranikan diri to venture down jalan yang jumpa semalam. Alhamdulillah, dibantu oleh tag-tag yang dililit kat pokok dan daun. Kitorang decend down sampai jumpa empangan tinggal. Dari empangan tu kitorang berjalan mengikut pipeline sehingga sampai ke kem Lolo olok-olok tu pada pukul 8.19. Kat sinilah yang kitorang silap semalam sebab ambil trek menyeberang sungai.
Main Road Home (8.23 a.m. - 9.58 a.m.)
Walaupun jalan ni adalah jalan tanah merah dan berbatu, tapi ia samalah juga sakitnya buat kitorang yang memang dah terasa kaki sakit ni. Lupa nak cerita mula-mula tadi, along the way of gruesome road ni ada tiga pondok perhentian. Kat pondok-pondok ni lah kitorang memvandalismakan seperti hikers lain nak tinggalkan tanda kat situ. Hohoho…
Perjalanan diteruskan, along the way tercium bau durian hutan yang bau ada buah tak nampak. Jalan punya jalan akhirnya kitorang sampai ke pintu gate utama. Yeay! Gembira sangat-sangat tak terkata. Ambillah gambar sedas dua. Hoho…
Naik keta dan bertolak balik. Perut dah lapar, nak cari tempat sarapan kat area-area Dusun Tua tu. Jumpalah kedai makcik ni yang orang pun ramai. Masakan memang sedap tapi pedas nak mampus, tapi memang lazat. Masa nak keluar keta, jalan dah terkangkang macam baru balik umah Tok Mudim, otot keting semua dah keras nak kontraks pun sakit. Lantaklah, pakcik dah lapar.
Sampai ke rumah dah pukul 12.30 p.m. barulah nak evaluate balik kadar kecederaan yang ada. Unpacking all the wet stuff dan mulalah membasuh. Masa ni memang semuanya main campak dalam mesin basuh termasuklah hiking bag dan kasut sekali. Lantaklah mesin aku bunyi cam gendang, yang penting, Jumaat ni semuanya bersih. Yeay!
TIPS & PANDUAN
- Janganlah mengambil jalan yang takde orang ambil. Tengok kalau ada kesan tapak kaki. Kesan sampah (ada juga gunanya sampah sarap ni) dan sebagainya maka ambillah jalan tu. Jangan kau ikut denai-denai harimau ke babi hutan. Melainkan kau berhajat menjadi Mowgli atau Tarzan, memang kau akan masuk ke tengah hutan.
- Nak naik gunung pakailah dan belilah hiking boot yang sesuai, yang ada tapak tebal dengan print yang dalam supaya lebih mencengkam. Sandal dan kasut joging dah terbukti GAGAL.
- Bawalah marker pen dan correction liquid (liquid paper) boleh korang menconteng public facilities nak tinggalkan tanda kat mana-mana bagi tahu satu gunung yang korang dah tawan.
- Kalau dah sesat dalam hutan, jangan panic. Berselawatlah banyak-banyak, bertasbih dan zikir, kalau masih tak dapat, azanlah sekuat hati. Petua berbogel itu memalukan, lainlah kalau anda sesat sensorang. Dengar-dengarkan bunyi sungai.
- Kalau nak naik gunung, tinggalkanlah baju-baju yang basah dan keperluan tak penting kat bawah. Tak payah nak bawak barang berat-berat naik ke atas. Buat seksa diri je.
- Dalam beg, yang penting adalah air dan makanan. Takpelah kau berberat-beratan bawa beg. Sebab turun nanti, gerenti beg korang ringan sebab air dah habis.
- Bila dah rasa macam nak give up sebab tak jumpa puncak, give yourself another 10 to 30 minutes to go through. Lepas tu kalau tak jumpa juga puncak, buatlah penilaian sendiri samada untuk teruskan atau tak. Kalau rasa jika diteruskan juga dan gerenti patah balik malam, maka patah baliklah tang tu juga. Tiada yang lebih bahaya berbanding hutan dan gunung di waktu malam.
- Bernafaslah melalui hidung, jangan dok buka dua-dua rongga sekaligus. Kang tekak cepat kering dan dehydration berlaku pada kadar pantas.
- Kalau digigit pacat, taburkan garam. Nescaya pacat itu akan bergolek cam ayam kena langgar tanpa perlu susah payah nak tarik.
- Buatlah penanda jalan sendiri seperti tali yang berwarna terang yang diikat setiap 50 meter perjalanan dan juga kertas tissue untuk dicampakkan atas trek. Pastikan kertas tissue itu biodegaradable. Tali tu boleh jadi panduan untuk hiker yang lain.
- Bawalah kayu penongkat kerana ia akan membantu menyeimbangkan perjalanan turun anda (dua kaki anda + tongkat = 3 kaki = stabil) selain juga digunakan sebagai senjata kot-kot terserempak Faizul di tengah jalan.
- Janganlah pakai minyak wangi nanti anda akan diganggu lalat dan lebah. Melainkan anda suka disengat lebah, maka buatlah.
- Jangan tegur bebenda pelik hatta batu yang bentuk cam muka Nizam sekalipun. Sebab, tiada yang lebih puaka selain batu berbentuk muka Nizam…hehehehe.
1 comment:
fuhh.. kene pulak muka nizam bgn subuh terus sengih2 kegirangan kisah seram kn?
mmg cuak nk tegur~
so, jgn la tegur klu nizam kt gunung ganang
(ingat edward cullen je ke bole cmtu..? aku pon bole lah!)
Post a Comment