TIPS: Sila baca entry ini dengan irama dan intonasi wayang kulit. Nescaya ianya lebih seronok.
Tersebutlah kisah seorang wanita bernama Aman sewaktu dalam perjalanan balik di Cameroon Highland singgahlah bersama rakan-rakan yang lain untuk bersantapan buat mengisi perut nan kosong. Arakian, tempat itu bernama Fauzi Tom Yam jualah.
Dia telah mengorder nasi kosong dan kalian goreng ikan masin jualah. Manakala rakan-rakannya yang lain ada yang mengorder nasi goreng tom yam, kuey teow goreng, mee dan bihun tomyam dan macam-macam lagi. Kerana Fauzi Tom Yam itu baru jualah dan lembap adanya (bukanlah kerana kabus di Cameroon itu lembap, tapi lembap kerana action potential mereka bergerak dengan kadar beluncas), makanya order pun disiapkan lambat dan meja yang sebelah yang telahpun mengorder dengan sambil lewa itulah yang mendapat makanan mereka dulu. Dalam bahasa Greek purba JAHANAM jualah adanya Fauzi Tom Yam itu.
Alkisah, pakcik pun mula masuk dalam cerita ini jualah <-- enterframe. Pakcik mengorder nasi goreng tom yam yang berharga RM5 itu.
Setelah mengorder dan menanti ibarat menanti buah durian gugur dari pokok manggis, sampailah jua nasi goreng tom yam tersebut. Maka gembiralah parietal cell kat perut pakcik untuk bersantap. Tapi bila memandang nasi goreng itu…
…terhiris jualah hati pakcik. Sudahlah rupanya tidak menarik, kandungannya jua amat sadistik sekali. Dengan harga yang begitu mahal, yang ada di dalamnya hanyalah cebisan daging ayam yang dicarik penuh kejam ibarat dilanggar oleh motor yang membawa getah sekerap jualah ia. Ish! Geramnya! Kalau setakat letak daun limau purut dan perencah tomyam, better-lah aku membuatnya di rumah menggunakan perencah nasi goreng seri aji jua. Celaka kau Fauzi Tom Yam!!!
Sementara pakcik mahu tak mahu mengunyah nasi goreng tersebut dengan hati penuh kecewa dan maki hamun, rakan-rakan pakcik yang lain pun kebulurlah menunggu dalam kesedihan dan marah. Dahlah order makan lambat sampai, air pun lambat jualah kerana mereka sedang mencuba mengikat satu atom oksigen dengan dua atom hydrogen di dapur mereka dengan tidak berjaya. Susah sangatkah kiranya membuat ais kosong itu pot-pet Eni dengan amarah beliau.
Dan Aman jualah yang sedih kelaparan setelah ramai rakannya yang lain mula mendapat order. Beberapa ketika kemudian kailan ikan masinnya pun datanglah tanpa nasi putih.
Kerana menanak nasi putih itu memerlukan pengukuran dua jari jualah ia (<-- seperti yang diajar oleh ‘orang itu’). Kerana pekerja encik Fauzi semuanya ada satu jari jer, maka nasi pun lambat sampai. Kenapakah mereka tidak memberitahu pakcik, kerana pakcik dari tadi telah memberikan jari tengah pakcik yang tegak ini kepada mereka sekor-sekor.
Setelah dapatnya nasi putih yang dinantikan penuh seksa, maka sampailah ia dan gembiralah Aman itu semula. Maka dengan lahapnya ibarat ‘orang makan tengah malam itu’ dia pun menerkam dan membaham tanpa belas ihsan. Dan hancurlah ikan masin dan kailan itu dikunyah beliau.
Pakcik jualah yang masih sakit hati kerana nasi goreng tom yam itu sungguh lahanat lah rasanya dan kejilah harganya. Mahu tidak mahu pakcik bayarlah jua kerana pakcik tidak mahu jualah lari tanpa membayar. Haram! Aku haramkan jualah duit itu untukmu Fauzi Tom Yam.
Janganlah kamu makan kat kedai Fauzi Tom Yam di Tanah Rata itu wahai pembaca sekalian, kerana bukan sahaja ia mengupah buruh kanak-kanak (yeke kanak-kanak), ia juga memasak dengan kadar siput dan rasa makanannya itu tidaklah selazat mana. Sedap lagi Nasi Goreng Kontroversi Aman itu.
Maka masaklah nasi itu menggunakan ukuran air sedalam dua jari Bedah, kerana kita semua ini bodohlah jua, ‘orang itu’ jualah yang mahir segala segi memasak kan? Kalau nak ikutkan cakap dia, haruslah kita makan barbeque ayam dengan nasi putih kan? Berkuahkan air mata jualah kita kan? Kerana kita tak ikut cakap dia, maka gembiralah perut-perut yang membayar RM45 ringgit itu. Sanggup Helmy turun ke sungai mengambil batu buat menumbuk cabai. Orang ‘itu’ jualah yang duduk merenyam dengan jantan-jantan itu. Tetiba bila bahan dah siap, kau berlagak pulaklah mahu menyibuk sedangkan mereka yang gigih menyediakan semuanya. Sedihkah kau terkena kata dua oleh mereka?
Makanya, kalau aku sibuk nak mengambil gambar ketika mendaki Berembun, jangan kau cakap kat atas puncak gambar lagi cantik. Jangan kau suruh kitorang jalan cepat-cepat dan suruh kitorang jangan berhenti kerana muscle kaki aku mendapat isyarat dari otak aku jualah, maka suka hati akulah mahu berjalan lambat. Bukankah kau berjanji nak jadi back marker bersama aku dan Helmy, mengapa pula kau mengeletis jalan di depan? Mengapa jua kau menarik muka panjang? Adakah kau tidak sabar menyuruh peserta berjalan kaki balik dari MARDI? Jawab!!! Geram ni!!! Grrr…(makang orang)
2 comments:
sesungguhnye..
berbahagialah aku yg pergi dn pulang bersendirian~
kebahagianku ini, mungkin akn ku kongsi kirenye korg teringinlah jua nak gerak ke cameron utk kali kedua tiga-nye.. huhuhu~
nk x?
-1000daysandnights.blogspot.com
kecil tapak tangan...tapak pasar malam aku tadahkan...bile?
Post a Comment