Kengkorang mesti suka SUP
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak (preferably EVOO)
4 ulas bawang putih
Setengah ulas bawang merah besar
1 inci halia dihiris halus (jangan kau hiris perasaan penjual halia pulak, juga jangan gunakan pati halia mustajab, gerenti kau berbuih mati makan)
Air secukupnya (untuk sup, bukan recommended water intake 2 L sehari tu)
1 atau setengah kiub pati ayam (depend on berapa banyak kau nak buat)
1 uncang sup bunjut (atau uncang sup dibuat dari seluar dalam mamak 3 tahun tak basuh)
10-15 biji frozen meatballs
2 biji kentang sederhana
1 batang lobak
Grey oyster mushroom
Kailan atau sawi
Garam
Black pepper
Serbuk perasa MSG (atau cyanide untuk lebih umphhh)
Daun sup (jika suka, tak suka gi Langkasuka)
Batang seleri (jika suka)
Bawang goreng (jika suka)
Serbuk kulit kaki Helmy
Air peluh mamak
Segengam kasih sayang
CARA MEMBUATNYA
- Pakai lawa-lawa
- SMS atau call member, ajak keluar makan
- Singgah ke kedai mamak
- Order sup meatball (order minum suka hati)
- Bila order sampai, melantaklah
- Bayar atau lari secara senyap-senyap
Hehehe…takde jangan amalkan perbuatan Nizam seperti di atas. Just masukkan bahan seperti dalam turutan.
Tumis bebawang dan halia hingga naik bau. Kalau naik bau lain, tengok balik dalam periuk samada ada cicak ataupun jari anda sedang hangus pegang kuali. Kalau bau tak naik juga, kau periksa api tu kau dah pasang ke belum. Kalau tak naik juga, apalagi naiklah angin.
Masukkan air secukupnya. Air basuhan tangan pun sedap juga kalau dibuat siram atas kubur kucing hangpa. Takyah tunggu mendidih, kang darah aku plak mendidih. Masukkan kiub pati ayam dan meatballs. Jangan lupa kentang dan lobak yang dipotong serong. Jangan dipandang serong, kalau dipandang memang tak masak lobak tu, ko potonglah. Tapi sebelum tu kau kupaslah kulitnya dulu Jenab, berhenti-hentilah menjadi samdol.
Tutup dan biarkanlah ia mendidih, sesambil tu gi balas SMS girlfriend atau boyfriend atau bergayut manja. Atau gi gelak sakan baca buku Anatomy <-- pelik tul ko ni Nizam
Dah mendidih, dan sup agak pekat sedikit, masukkan cendawan dan kalian atau sesayur lain. Jangan masuk mas cotek ke kacip Fatimah sudah, haruslah aku batu giling kau dengan dedikasinya nanti. Kalau tak pekat juga kau masukkan selipar yang baru lepas terpijak ‘periuk api’. Tu petua makcik kepada sepupu pakcik (adakah mak pakcik?).
Masukkan perasa secukupnya. Kalau aku cakap secukupnya tu bukanlah bermaksud secukup yang ada kat dapur tu, cukup-cukup rasalah
Hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng kalau suka. Tak suka pakcik tak paksa (pakcik cakap sambil memegang pisau potong daging). Semestinya gunalah mangkuk ketika menghidang. Bukanlah mangkuk berupa sahabat anda yang hampeh itu mahupun tempat anda melupuskan ‘rahsia’ isi perut. Jangan jualah kau curah ke lantai melainkan kau memberi makan kucing dan anjing jualah (melampau ar tu). Kang dari pepatah ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ menjadi ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Siti' (orang gaji Indon yang kene dera tu <-- kesian
Janganlah makan dengan nasi kerana bahan-bahan kat dalam sup ni pun dah cukup mengenyangkan, melainkan ko tu Faizul. Hehehe…
No comments:
Post a Comment