Bangun Pagi & Sarapan
Tok Aki mengukur kelapa
Tok Wan menumbuk sambal. Comelkan babooshka ni...
Yna membubuh Inai
Pakcik bermain kucing
Pakcik dan Helmy mengisi pulut, yang lain tukang terkesima jer. Perut lapar tu.
Inilah hasilnya
Pengantin berbual di tingkap
Yang dua ekor ni sambung membuta. Ular
Kucing ni jugak yang istiqamah bergaru-garuan
Sudah garu, mengukut pula,
Kau bergaru, bulumu jatuh ke pulut, celaka!
Anak dara tak elok duduk di tangga. Nanti kawin dengan orang tua. Kalau anak teruna pula? Kawin dengan datin kaya…yeay!
Pre-Sanding
Justin Cavalli dan Stella McCartney tengah mengalterkan baju pengantin menjadi baju kawin
Dan akhirnya jadilah mereka seperti ini di runway…eh silap…di atas jalan raya.
On the way nak gi rumah pengantin tu, sempat jua pakcik nak ambil gambar pokok ni
Nama botaninya Saman Ya Saman. Mesti yang jumpa pokok ni seorang lawyer cam Karpal Singh.
Berarak Menuju Pelamin
Ni sebelum nak berarak ke rumah pengantin lelaki. Sempat lagi menembak (shoot) gambar.
Berarak diiringi Pak Andam (baju T-shirt ijo ber-shawl) untuk menepis segala Santet mahupun Pelesit yang
Maju lah maju lagi.
Sebelum bersanding. Kita makan dulu…yeay!
Jangan lupa memotong kek.
Pastu barulah bersanding sambil diapit oleh pengapit yang secara kebetulannya memakai pakaian color sama dengan pelamin. Fated bestman and bestwoman mereka ni. Hehehe….
Lalu bergambar bersama orang kuat yang menjayakan segala persedian persandingan hari itu. Merka adalah dari Syarikat Menguruskan Majlis Perkahwinan Kumpulan Batu Lilin. Kirim salam kat mamat baju Melayu biru muda tu, tampan sesangat --> cabut!
Kawin dan Padang
Majlis kawin berjalan lancar. Alhamdulillah. Biarpun ada beberapa masalah teknikal akhirnya bersanding jualah sahabat pakcik dan isterinya yang kecil molek itu. Selepas selesai, dua hero dan heroin ini pun main pose-snap-pose-snap kat
Ni gambar-gambar yang pakcik sempat rakamkan ketika majlis fotografi tersebut. Abaikan orang berbaju golden tersebut. Itu hanyalah khayalan semata-mata.
Berjalan-jalan ke Teluk Cempedak,
Terjumpa dengan Mimi dan Mustafa,
Membeli KFC makan di pantai,
Mengambil gambar di waktu petang.
Ni cikgu BM pakcik gerenti sawan baca pantun camni.
Arakian gembiralah juga siamang dan lotong di hutan bila sampai ke pantai.
No comments:
Post a Comment