Sunday, June 14, 2009

Snippets 7

This Stuff is Evil

Dah lama dah pakcik cuba mengelak refined carbohydrate. Sebab itulah pakcik mentekedarah wholemeal bread jer. Tapi disebabkan di-promote dan di-tempted oleh member, pakcik pun cubalah jua menatang evil ni. Akhirnya pakcik dah naik ketagih. Sekarang pakcik berusaha untuk tidak memikirkan tentang beliau. Berjayakah pakcik? Yup! I’m down to one pack per week.

Que Tera-Tera

Pakcik baru saja membeli external hardisk 1 Terabyte dengan harga RM335 hengget. Berbaloikah nilai itu? Pakcik tak tau nak cakap. Kerana pakcik ni bukanlah gadget junkie. Tapi pakcik ada firasat yang harga itu akan jatuh dalam 2-3 minggu akan datang. Nanti yang akan datang mesti 1 TB ni tak yah guna external power supply dan lebih kecil. Dan pakcik jualah yang kena bawak benda gedabak itu untuk membaling anjing (kenapa mesti anjing yang dibaling?).

Kalaulah harga dia tetiba jatuh bawah RM300 dalam bulan depan. Haruslah pakcik kari-kan Low Yat Plaza itu Jemilah.

Selamah and The Children --> MISSING

Ke manakah perginya Selamah dah anak-anak. Dah bebrapa hari pakcik tak nampak. Apartment mereka pun dah takde. Adakah mereka telah diculik Kumpulan Gagak Hitam? Mungkinkah along telah mengurung mereka dan ditambat seperti binatang (walaupun memang mereka itu kucing). Ataukah Selamah sudah dapat kontrak beraksi untuk majalah Playboy atau Penthouse atau FHM? (hehehe…tau je majalah tak semenggah tu kan Helmy). Di manapun dirimu berada, Selamah…pulanglah!!!

El Nino, Jerebu, Demam Selsema, Denggi dan H1N1 Type A.

Anak lelaki orang Sepanyol datang lagi. Maka pakcik pun mulalah merasa rengsa tinggal di Malaysia. Mengapakah pakcik setuju untuk datang ke sini sedangkan pakcik boleh je duduk selesa di Ireland nun. So get ready my friend untuk mendapat hyperthermia. Jagalah datuk nenek dan adik-adik anda. Pakailah sunscreen bebanyak, semoga kita terselamat dari skin cancer dan first degree burn.

Pakcik nak gi jogging tiap petang pun kena fikir 18 kali sebab kat area stadium itu sungguhlah Genting Highland wannabe. Bukanlah kabus sejuk itu semua, so janganlah kau berangan nak buat misty breath bagai. Kalau kau nak peparu kau tepu dengan precipitant udara yang tak berkhasiat, kau sedutlah ibarat menyedut asap shisha, dijamin kau dapat bronchitis, money back guarantee.

Dan upper airway pun irritate jualah, goblet cell pun terangsanglah untuk menghasilkan mucus menyebabkan stuffy dan runny nose (ilmiah kan entry pakcik ni) kepada pakcik dan ramai yang lain. Tak cukup dengan itu, ia datang jua dengan set combo sore throat dan fever. Air nak Mirinda ke Pepsi (air cap Badak ke Wong Lo Kat)? Nak tambah apa-apa add-on Hny?

Denggi atau Dengue pun berendmik jualah di Pangsapuri Perdana ni. Selagi PBT tak address breeding area yang pakcik highlite-kan pada entri lepas, habislah platlet-platlet kita diancam bahaya. Tu pun kalau nasib baik, buatnya kita kena DHF (Dengue Hemorrhagic Fever), tidakkah bertambah pigment kat kulit kita ni. Selain melanin, heamoglobin juga ber-petechia-an. Mahukah kau menjadi Si Tompok dan Si Bintik? Maka kau check-lah air tangki pump toilet tu. Takde khasiatnya kau menternak jentik-jentik, lainlah kalau kau menternak lintah atau keli. Menternak taik mata pun ada baiknya selagi kau tidak berkepam dan tinggal waktu solat.

Ni lagi satu flu yang mengganas. Selamatkah lagi aku nak naik komuter? Macamana aku nak bezakan yang orang yang duduk sebelah aku itu bukan balik dari Australia atau US? Patutkah aku bertanyakan Travel History mereka? Sememangnya, manusia kian diancam maut dari pelbagai arah. We are being ambush and we have no one to blame but ourselves. Suicidal-lah semua ini.

Saturday Day Fever

Masa pakcik tulis entry ni (13 June, 4.04 pagi), pakcik telah terjangkit selsema. Seperti yang pakcik jangkakan, memang sore throat dan demam datang sekali dengan set kombo. Ini semua salah budak rumah pakcik yang immune system nya amatlah lemah. Semenjak dia start keje kat Coffee Bean ni, dia asyik sakit memanjang. Macam-macam sakit terbongkar. Beracun ke udara kat premis tu? Atau adakah housemate pakcik tu mendapat stress yang sangat-sangat chronic sehingga cortisol menekan immune systemnya menjadikannya susceptible to infection. Sudahnya pakcik juga yang tumpang sekaki nak demam. Nasib baik ingus tak kental cam cendol, masih lagi runny cam air ujan…tik…tik…beliau menitis. Tapi mungkin esok atau lusa ia akan mengental dan merahlah jua hidung pakcik macam Ronald McDonald tu.

Pagi nanti pakcik dah janji nak keluar dengan member lama. Dia ajak pakcik gi Masjid India nak beli tudung. Sambil dia dok belek tudung, bolehlah pakcik gi Mydin ke Sogo membelek-belek benda lain. Pakcik sungguh heran dengan taste tempat liburan minah ni. Pegi PKNS lah, pegi Jalan Masjid India lah, sungguhlah makcik sesangat. Tapi biarlah, memandangkan kitorang dah lama tak jumpa, kebetulan member sama-sama practical kat QEH pun nak join sekali berpeleseran, so bolehlah kitorang buat mini reunion.

Ahad nanti pakcik rehat sat. Sebab 15hb ni plannya (InsyaAllah) nak gi jungle trekking (or mountain trekking) kat gunung Nuang kat Pangsun (ke Pangsoon?) nun. Kalau ada rezeki, boleh berkhemah sekali. Sempat jua pakcik membaca review dan melihat gambar-gambar kat internet berkenaan gunung ni, juga mempelajari tips-tips berguna.

Ini adalah pertama kali pakcik naik gunung, sebelum ni naik bukit-bukit biase je. Harap-haraplah berkat berjoging hampir sebulan ni ada hasilnya kepada stamina pakcik. Kalau tak, mahu aku salai running shoes aku tu. Sebenarnya pakcik jog pun bukanlah untuk memantapkan badan yang keding ni tapi untuk membakar kalori dan menjaga cardio-respiratory sistem jualah hendaknya. Disebabkan pakcik ni hidup sungguhlah sedentary dan leisure, mestilah cholesterol membuat penempatan haram kat carotid dan coronary artery pakcik. So kerana mahukan HDL meningkat maka pakcik pun berlari-lari macam tak cukup tanah keliling stadium sambil dengar lagu kat MP4 player. Haraplah lepas Gunung Nuang ni pakcik dapat gi naik Gunung Kinabalu yang hanya di belakang rumah sahaja itu. Gunung orang sebok nak daki, gunung sendiri…macam anak terey. Tapi bak kata pepatah, takkan lari gunung dikejar. Tapi berlarilah naik gunung bila dikejar Tsunami…

TAKE CARE OF YOURSELF MY BELOVED READERS; WE’LL SEE EACH OTHER SOON, HOPEFULLY.

2 comments:

nizam said...

apis, i hate u!
aku suka gile butterscotch!

Aniron Orion said...

hehehe...aku pun suka..sbb tu aku benci sebab aku sukakan beliau -->the bread i mean

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...