
FLASHBACK: Sepanjang pengalaman aku mengunjungi digital library, aku rasa tiap kali kakak tu bertugas kat kaunter, dia asyik bergayut memanjang. Aku rasa kat gagang telefon tu dah berlekuk bentuk telinga dan tangan dia. Kepala sebelah kanan dia mesti dah ada bentuk dek tekapan gagang talipon itu. Kerja dia asyik bergayut je. Aku yang baca paper kat tepi kaunter dengar dia borak memanjang cam spesis apes kat telefon takde langsung bunyi soal kerja. Cerita macam-macam yang remeh-temeh. Cerita badan sakit lah, makan itu inilah, pergi sana sinilah. Pendek kata semua cerita yang takde kene mengena dengan kerjayanya sebagai librarian.
Hah! sesuatu tenagah mendekati mulutnya
Dijadikan cerita, selepas aku pulangkan kad akses kat kaunter, aku terlihat folder senarai kertas final so aku pun terlintas nak cari past semester paper untuk subjek Nutrition. So aku pun mintaklah kat kakak tu koleksi kertas soalan tu, dia yang tengah bergayut khusyuk tahap “Dirikiew sungguh bermakna dan chomel ketika bergayut, jangan di gangiew!”, boleh bagi tapak tangan kat aku ala-ala ‘talk-to-the-hand’ punya gesture. Wah! Busy kah dia? Penting sangat ke issue yang dibincangkan dalam telefon sampai mengabaikan tugasnya. Dahlah kerja kat digital library tu tak seberapa nak ada. Pendek kata librarian kat situ duk melangut je dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Kira dorang ni makan gaji bute jer kat situ. Dia boleh bagi aku tapak tangan!!! Jebon betina!!!
Menatang tu dah hampir dekat
Tapi memandangkan aku baru je lepas solat Jumaat, so aku pun sabar jelah. Aku berdiri kat kaunter sambil selak-selak fail senarai koleksi kertas soalan itu. Lebih kurang lima minit, kakak tu tak juga habis bergayut. Aku dah hilang sabar, aku pun duduk kat kerusi depan kaunter sambil membelek newspaper. 10 minit berlalu, dia tak habis lagi bergayut. Wah! Sungguh cekal dan tabah kakak tu bergayut, cam takde esok bagimu jer. Aku dengar (secara tak sengaja), dia cerita pasal kerja kat MSU, badan sakit, baru lepas makan, etc semuanya topik-topik bullshit. Tahi kerbau!!!
Crunchy (bak bunyi tulang yang Dr. Naghmeh ajar tadi)...
dia melaantak dengan bengisnya
Aku selak newspaper tu kuat-kuat, sambil tengok jam yang dah menganjak ke pukul 3.10 petang. Tapi kakak tu punya kepetahan bercakap dalam telefon semakin menjadi-jadi. Aku terasa je nak berdiri nak bagi tarbiyah sikit kat kakak tu tentang pengurusan masa, amanah dalam bekerja, dan sebagainya. Tapi fikir balik, aku ni selalu gak datang digital library surf internet, so kalau aku cari gaduh ngan kakak ni, tak best ar buat aktiviti anti meng-anti ni. Kang dia sabotaj aku, lagilah aku geram kan. Silap haribulan aku implant kerusi besi kat depan tu atas kepala dia biar ada tanduk cam al-khobais.
Pipinya tembam sedang mengunyah..krup...krap
Tetiba, aku nampak kakak sorang lagi yang putih-putih dan cantik (senior librarian) keluar dari surau dan bilik air staf menuju ke kaunter. Aku pun terus berdiri dan request kertas soalan tersebut kat kakak tu. Senang je, tak sampai 15 saat aku dah dapat. Compare time aku terseksa menunggu kakak jebon tu bergayut. Sebenarnya, kalaulah kak jebon tu mempunyai otak seberat 1kg, tentu boleh je dia letak gagang sekejap dan hulurkan aku buku tu yang terletak bertimbun betul-betul kat depan dia. Pas tu sambunglah bergayut, tapi memandangkan otak kakak jebon tu tak sampai 50mg, dia lebih rela bergayut dari membuat kerjanya.
Krup...krap...aku pemalas ye aku suke bergayut dan melantak
Yang aku tak tahan tu, bila je kakak librarian senior tu datang, reti plak kak jebon tu letak telefon. Siap bagitahu kak senior tu tentang mesyuarat hari sabtu esok jadi pukul sekian-sekian. Tapi sepanjang aku memasang telinga capang masa dia bergayut beruk tadi, takde pulak dia cakap pasal mesyuarat dengan makhluk sekor lagi kat hujung talian tu. Dia nak berpura-pura kononnya dia cakap kat telefon berkenaan hal-hal kerja lah. Bullshit!!! Aku tengok kakak senior tu buat layan tak layan je dengan kak jebon tu, sebab mungkin dia dah biasa sangat dengan perangai jebon betina tu. Dia tahu aku dah lama tunggu. Nak juga aku komplen kat kak senior tu tentang betapa dahsyatnya kapasiti bergayut kak jebon tu, tetapi ustaz aku cakap, jangan suka mengadu domba. Aku pun simpan dalam je lah. Tapi kalau aku menulis tentang dia kat dalam blog ni, tak tau pula apa hukumnya. Ustaz sila jawab.
Gulp...sedap tul junk food ni
Dah dapat koleksi soalan tu, aku pun duduk belek, salin mana yang patut. Dalam masa 5 minit dah siap ekstrak mana yang patut. Aku pun pulangkan buku tu semula kat kaunter. Aku tengok kak jebon tu tengah membaca novel sambil mulut terkunyah-kunyah makan makanan ringan. Manalah badan tu tak mengembang cam pau, kerja duduk memanjang melantak benda tak berkhasiat. Lagi satu, bukan ke kat library sepatutnya tak boleh makan, apsal librarian sekor ni boleh pulak selamba melantak? Macam mana nak suruh student ikut peraturan kalau librarian sendiri tak ikut.
Fuh! Memang Oral Fixation betul betina ni, tak puas berpotpet kat telefon, dia melantak makanan ringan pula. Mulut tu memang tak boleh nak berhenti buka tutup. Aku pun terfikir nak balas dendam dengan kakak ni, aku flip hendset aku, buka video mode dan rakam aksi kakak ni melantak. Sambil tu pura-puralah aku membelek fail senarai past paper kat depan tu.
Hah saksikanlah wajah kakak ni. Mintak maaflah kalau ada sesiape yang bersedara-mare ngan kakak ni. Kau sakit hati? Aku tak kesah! Aku lagi sakit hati. Nasib kau lah!
No comments:
Post a Comment