Saturday, May 16, 2009

Kau…Kucin..tai…

Entah mengapa kali ini sejak aku terserempak dengannya lagi, dia buat tidak endah padaku. Seperti aku ini tidak pernah wujud padanya. Dia hanya duduk di suatu sudut di tepi tangga dan merenung jauh. Bagai ada sesuatu yang memborgol mindanya. Namun bagiku, mana bisa ciptaan Tuhan seindahnya akan dibelenggu sebarang masalah. Hidupnya yang kulihat begitu gembira dan santai tidak mungkin mendesah walau secuit gelisah dalam jiwanya. Dia disayangi ramai dan terkadang aku juga menyimpan sedikit perasaan sayang padanya. Mungkin dulu, aku akui. Ingin sahaja aku menjadikannya penyeri rumahku, namun siapalah aku dan keberadaanku ini.

Suatu hari, aku menegurnya namun dia sekadar menjeling. “Oh, mungkinkah dia tidak sihat?” teka hatiku sendirian. Namun aku akui, sedikit terluka dengan tindakannya itu. Atas apa yang telah ia lakukan selama ini, dia hanya mengukir wajah biasa, seperti tidak berdosa. Setelah sekian lama dia mendetikkan gelora rasa dalam hatiku, roman wajahnya itu sedikit sakit seperti mencalit garam pada lukaku.

Lewat malam, aku akan membuka pintu rumahku sekali-sekala mengharapkan akan berjumpa dengannya melewati depan rumahku. Aku tahu, jika aku cukup sabar, mungkin akan tiba detik bertuah itu. Namun sehinggalah hari yang bersejarah pada suatu hari itu, aku masih belum berkesempatan. Aku tahu, dia akan menunggu di hadapan rumahku. Aku pasti. Kerana pada pagi hari, pasti ada hadiah yang ditinggalkannya buatku. Pemberian demi pemberian itulah yang semakin hari membuatkan aku semakin benci padanya. Hairan! Mengapa harus berahsia dalam diam? Mengapa harus bersembunyi? Mana keberaniannya?

Malam ini, aku dengar suaranya. Seakan memanggilku untuk bertemunya di hadapan rumahku. Tapi aku tahu, panggilannya bukan untukku. Mengapa dia tidak mengetuk sahaja pintu rumahku? Mengapa tidak memberi salam? Aku bergegas mengambil kunci di atas meja untuk membuka pintu pagar, kali ini aku tidak akan melepaskan peluang bertemu empat mata dengannya, dia tidak akan terlepas lagi. Aku akan pastikan, segala yang tersimpan di dalam benakku ini bakal diluahkan padanya. Agar dia mengerti, setiap pemberian yang ditinggalkannya untukku itu sedikitpun tidak membersit rasa cinta dalam jiwa. Caranya itu salah, pengecut!

Aku sudah lama ingin membalas pemberiannya itu. Tidak akan selamanya aku akan menjadi penerima sahaja. Aku telah letakkannya kemas di atas rak di tepi pintu. Bagiku bila mana ada kesempatan, akan kuberikan padanya dengan penuh keikhlasan dari hati yang tulus. Biar tidak seberapa, namun cukuplah bagiku untuk menyatakan hasrat hatiku yang terpendam ini.
Aku membuka pintu perlahan, untuk tidak membuatkannya terkejut. Ya! Aku nampak susuk tubuhnya, dia berdiri tidak jauh dari pintu rumahku. Aku tidak menegurnya. Namun dari caranya itu, bagai ada sesuatu yang cuba diluahkannya. Ataukah aku tersilap dalam meneka riak wajahnya yang memandang ke arah lain. Dari cara dia berdiri membelakangi ku, mungkinkah dia malu atau tidak sedar bahawa aku memerhatikannya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu. Mula-mula ku kira cuma satu, namun ada lagi yang disimpannya, kemudian diluahkannya jua. Haruskah aku merasa bahagia dengan pemberiannya itu, haruskah aku merasa sayang padanya lagi. Mengapa begini, bukan ini caranya.

Aku dapati, pintu pagar rumahku tidak berkunci, aku belum mahu membiarkannya pergi begitu sahaja tanpa menjelaskan maksud semua ini padaku. Aku gengam besi itu kemas. Dalam fikiranku, akan aku rentap pintu pagar ini sepantas mungkin agar aku dapat mengejarnya. Agar dia tidak sempat melarikan diri lagi. Tidak! Bukan kali ini. Biarlah kali ini aku dapat memberikan balasan itu.

Aku cuba memikirkan apakah yang akan aku katakan padanya ketika memberikan hadiah ku ini. Namun setiap kali aku cuba mengatakannya, ia bungkam ditengorokkan. Bagai tidak mahu keluar. Adakah aku malu? Adakah aku masih dibatasi perasaan. Aku singkirkan semua pemikiran itu. Kerana yang jelas, dia sudah ada di hadapanku. Kesempatan ini mungkin tidak akan berulang lagi. Ku capai hadiah dariku, ku gengam kemas di tangan kiri dan ku sembunyikan di belakangku.

Tanpa membuang masa, aku rentap laju pintu pagar rumahku. Aku lihat dia tersentak dan cuba melarikan diri. Aku sempat mengejarnya tidak jauh di belakang. Walau apapun hadiah ini patut ku berikan. Aku kumpulkan tenaga di tangan kiriku dan aku lontarkan hadiah itu padanya sekuat hatiku sambil menjerit sesuatu…

“Sial ko kucing! Ko berak depan rumah aku lagi. Kau tahulah nasib ko macamana? Nah! Hambik ko!”

…aku membaling kasut kulit lama padanya sekuat hatiku. Tepat mengenai belakangnya lalu dia tersadung seketika sebelum berlari lagi.

Aku berasa puas, mungkin kali ini kucing bangsat tu tak akan berani lagi berak depan rumah aku. Kalau dia buat lagi. Aku carik dia sampai dapat. Buat busuk je. Bangla-bangla yang lalu pun main pijak je. Habis bersememeh mende tu. Nak cakap Hanjeng, dia tu Kucing. Babi tul wahai dirimu Kucing Tahi Ku!
KRONOLOGI KEJADIAN BERGAMBAR
(Klik Pada Gambar Untuk Membaca Penerangan)












Menatang comel cengginilah yang menyusahkan hidup aku

1 comment:

oxaloacetate89 said...

hahahaa.sabo jea la labu!

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...