Wednesday, April 01, 2009

Whatever Happened To Me in Pitas Part 1: Bits and Pieces

PROLOGUE
Norzaimah! Hmm…lama dah tak sebut dengar nama ni. Aneh gak camner aku boleh ingat kat dia tetiba jer. Kalau ingat dia, mesti ingat kedai alat tulis. Kalau aku pegi kedai stationery, mesti ingat dia. Why? Baca kisah selanjutnya.

TAHUN 1993: Mula-mula pindah dari salah satu daerah pedalaman di Sabah iaitu Pinawantai, Kudat, kitorang pun tiba di salah satu daerah yang baru bernama Pitas, atau lebih tepat lagi Pekan Pitas. Daerah ni agak maju sedikit dari Pinawantai dan apa yang lebih penting, [jangan jawab, kerjasama] daerah ni mempunyai jalan asphalt, bekalan elektrik dan air paip bersih. Lima tahun kat Pinawantai aku minum air hujan je, jalan tanah merah dan bergantung pada generator sebagai sumber elektrik. Kat Pitas ni barulah kami sekeluarga merasa menggunakan barang elektrik semaksima mungkin dan pertama kali aku jatuh cinta dengan sebuah barang elektrik bernama peti ais jenama National dan madu-madunya toaster Philips, sandwich maker Philips, coffee maker KENWOOD dan etc. Ayah aku yang telah ditakdirkan menjadi pekerja kerajaan telah dinaikkan pangkat dari seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Pinawantai, Kudat kepada Pegawai Penyelia Pendidikan Daerah. Di sini aku mula berjinak-jinak dengan suis dan soket, kat atas siling ada benda berpusing “It’s not a bird, it’s not a plane…it’s three blade ceiling fan”. Amazing! Untuk seorang budak lelaki berumur 8 tahun, semua ini sesuatu yang hard to digest overnight.

Kami sekeluarga tinggal kat kuarters penempatan guru, sebab my mom adalah seorang guru dan my dad is Pegawai Penyelia. Kalau sebut kuarters, mestilah akan tersangka bahawa rumah ni flat bertingkat, tapi bukan Joe, ia adalah rumah sebuah atas tanah dengan frontyard dan backyard sendiri bersama sistem perparitan misteri [nanti aku cerita pasal longkang kat rumah aku, best ni]. Rumah tu tak banyak beza dengan rumah penempatan di Kudat, cuma yang bezanya ada aliran electron kat dinding dan H2O mengalir melalui paip. [Yeah! Yeah it still hard for me to get over it] Di usia 8 tahun, aku bersekolah darjah 3 di sekolah yang sama mak aku mengajar, SK Pekan Pitas. Aku sempat belajar darjah 3 selama 3 bulan di Pinawantai sebelum pindah ke Pitas ni.

First day, awal pagi mak aku kejut bangun dan aku terhidu bau sandwich sardine yang dibuat menggunakan sandwich maker, dan terdengar lagu kat radio nyanyian kumpulan rock jiwang kangkang SPRING. Kalau tak silap lagu tu adalah lagu hit pertama kumpulan tu, tak ingat apa tajuknya, tapi setiap kali dengar lagu ni sekarang, aku pasti teringat kenangan tu. Me and my mom pergi bersama ke sekolah yang terletak 3 minit perjalanan dari rumah, dekat sangat, yelah kalau dah padang sekolah tu kat depan rumah aku, mana tak dekat. Dalam hati ada perasaan sedikit gerun juga, yelah kalau dah hidup kita baru direformatted, turned 360 degree and refreshed, mestilah akan berasa gerun yang tidak terhingga. Have to deal with making a whole set of new friend, in a new living environment, new school etc. Waktu tu tanggal senin, mak aku ajak aku melapor diri ke pejabat ketua samseng (guru besar) bernama Cikgu Musa, who happened to be adalah jiran sebelah rumah yang dipisahkan oleh 8 batang pokok pisang cuma itu. Cikgu Musa bawa mak aku dan aku ke bilik guru di mana mak aku ditunjukkan tempat duduknya dan aku dirampas dari mak aku dan diserahkan kepada guru kelas aku yang baru bernama Cikgu Rauf. [chet! Bunyi cam kejam je]

Cikgu Rauf yang muka cam garang itu membawa aku ke kelas 3 Mawar [Ya betul! Sistem penamaan kelas kat sini adalah begitu flora sekali. Kelas paling top Mawar, second Melur dan corot Melati. Ni semua nama gadis-gadis melayu zaman Pak Kaduk dulu ni]. Masuk kelas, tetiba bebudak yang dari jauh tengah bikin kecoh baling-baling kapur menjadi sangat sopan setibanya aku dan mafia bernama Cikgu Rauf. Aku diberi tempat duduk di sebelah budak Cina bernama Mahathir Wong, yang juga ketua kelas. [Hah! Mesti korang terkejut kan! Kang aku cerita tentang dia ni] First thing yang aku noticed kat budak ni adalah kening dia yang curl and curved medially towards the nasal bridge [dah keluar term-term ni]. Nama yang unik dan kening yang unik. What am I in a freak school or what? Tepat pukul 7, loceng pun berbunyi dan waktu untuk perhimpunan. Biasalah waktu perhimpunan kat sekolah rendah, mula-mula kena nyanyi lagu Negaraku, pas tu nyanyi lagu negeri ‘Sabah Tanah Airku’ dan lagu sekolah. [Tang lagu sekolah tu aku sangkut sikit, sebab aku tak hafal so aku pun miming ala-ala cerita Sepanyol yang dialih bahasakan] Lepas abis kelas vocal, guru besar pun berucap, as usual lah kan, takkan dia nak cerita pasal Manifesto Barisan Nasional, Politik di Perak ke, Rasuah dalam UMNO ke hape. Paling biasa dia akan cakap suruh pelajar-pelajar semua rajin belajar dan akan diulang-ulang setiap minggu. Dekat-dekat nak habis, Cikgu Musa memperkenalkan pelakon terbaru (cikgu baru) kat sekolah itu, tak lain dan tak bukan adalah mak aku. Mak aku pun mendapat tepukan gemuruh, maybe sebab mak aku cantik. [hehehe! Puji mak sendiri! Get out!]

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...