- My uncle just passed away and I couldn’t attend the funeral.
- Our application to do elective posting kat HKL got rejected.
- I’ve been chatting with my friend and she told me about her husband having an affair with another woman.
- I am so fu**ing tired berjaga dari pukul 5 pagi
- Nak siapkan dan hantar presentation assignment Communicable Disease
- Nak siapkan dan hantar presentation assignment Patho Hemo
- Nak baca nota STD untuk spot quiz Dr. Redhwan
- Nak baca nota Hemo untuk quiz
- Aku kena headache + mengantuk + frustration + anger + verbal dysarythria + caffeine OD + palpitation
So now let me unravel benda-benda ni.
Al-Fatihah Untuk Arwah Pakcik
Wednesday evening (malam rabu), tiba-tiba Ringer ID phone aku bunyi, lagu Psapp – Cosy In a Rocket. Kalau orang lain mesti dah melompat-lompat dapat call dari mak, aku plak dapat rasa benda lain. Sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku paling berdebar dapat call dari emak aku. Lebih-lebih lagi bila call yang lari dari rutin. Mak aku biasanya akan call sebulan sekali je. Tu pun borak tak sampai 5 minit. Just tanya khabar je. Tapi kali ni mak aku call selang 3 hari dari last call she made. Jantung aku berdebar-debar.
“Hello! Asalamualaikum bu!” suara aku yang suspen
“Waalaikumsalam! Fis…” suara mak aku bukan suara ceria yang biasa.
“Kenapa bu?”
“Pakcik ngkau baru je meninggal pukul 8.30 tadi!” sebenarnya aku dah jangka perkara ni
“Inalillahi wa inaillahi rojiun!”
“Apis nak balik tak? Besok nak kebumikan.”
“Entahlah bu, ikutkan hati memang nak balik sangat-sangat…” time ni ada call masuk. Aku tak jawab. “Tapi macamana, banyak benda nak buat. Lagi-lagi nak dekat exam ni. Sampaikan salam takziah untuk makcik dan yang lain.”
“Takpe, ibu rasa mereka semua faham. Ibu telefon pun nak bagi tahu je. Okeylah, ibu ada keje sikit. Apis jangan lupa sedekahkan Fatihah dan Yassin untuk pakcik ye! Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam!”
Lepas aku end-call dengan mak aku. Aku tengok ada 6 missed call. Baru nak cek dari sape, tiba-tiba ada call masuk, ringer ID Intro lagu Ayat-Ayat Cinta, Bucu (makcik bongsu) aku yang tinggal kat blok 2 Perdana ni yang call. Dia dengan tersak-esak dan suara putus-putus memberitahu perkara sama. Bucu aku ajak aku balik, tapi aku bagi jawapan yang sama. Tapi perkara sebenarnya lebih memberat kepada fakta yang aku takde duit nak beli tiket on the spot. Bukan aku berkira sangat tapi memang dalam akaun bank aku ada RM 200 je, tu pun kalau tolak sewa rumah, memang tak cukup. Bucu aku pulak nak pinjam duit nak beli tiket balik malam tu. So aku bagi duit sewa rumah aku kat Bucu. Dan titip salam takziah buat makcik dan yang lain.
Lepas dengar berita tu, aku jadi tak selesa. Mood aku nak online pun terbantut. So aku shut down my laptop dan masuk tidur kul 10 tu. Mungkinkah my lack of emotion ni sebab aku memang sangat mengantuk atau memang aku dah jangka the outcome of my uncle terminal state ataupun mix of every of it cam cocktail combo. Tapi kul 5 pagi tu aku bangun Qada solat Isyak, lepas tu aku buat tahlil ringkas untuk arwah pakcik.
My uncle been suffering nasopharyngeal cancer for I think a year or more. It started from frequent epistaxis (nosebleed) which he tends to ignore. Then the nosebleed become too frequent and hard to put to stop, so he consult the doctor. After several test and imaging, doctor diagnosed it for cancer. Berita tu memang mengemparkan semua saudara-mara. Being a very close big family, kami semua bagi support yang penuh to my uncle. The doctor suggest about removing the cancer, which in effect will remove most of the tissue around his face meaning he will have deformed face as an effect to surgery. Tapi my uncle refuse to have it because it will take a toll on him being disfigured. I have to agree, it’s a tough decision to do, furthermore the surgery does not ensure it will completely remove the tumor. So my uncle chose to cambat it by chemo. Being a student in medicine, my uncle gets advices from me. Selalu jugak dia call tanya tentang banyak perkara, which I will answer gladly. Sebelum buat chemo pertama, dia tanya what to expect about chemo. So I told him as much as I know. I even recommend him the latest medical discovery (which is still in Phase I trial), to fast 14 hour prior to chemo. It is based on the theory that fasting will put normal body cells into protective and resting period while cancer cells (being abnormal) will never be rest because it constantly be in mitotic activity. So chemo drugs will attack active cell and other normal cell be spared. It is also hypothesized that it induce specific target only to cancer cell without affecting or killing normal cell which results in less severe side effect of chemo.
Masa cuti semester yang lepas-lepas, sempat datang ziarah dia. Masa tu keadaan pakcik sangat mengharukan, badannya cekung dan his right eyes deviated to right, I assume the tumor already compress the nerve supply to medial rectus. My uncle claims that dia rasa sihat sedikit dan epistaxis dah tak ada. So he chose to stop another chemo course and begins taking supplement and product which claimed mampu menyembuhkan kanser according to various testimonials. I don’t quite agree about him taking those supplement, takut those supplement will only feed the cancer more. So aku nasihatkan dia supaya kawal permakanan, kurangkan mengambil diet tinggi protein.
Beberapa bulan selepas tu, I was told that epistaxis is back and unfortunately so did the cancer. My uncle give up, kami semua still support him to battle it out. So he did continue with much love and encouragement from all of us. But the cancer becomes more aggressive and did not respond to chemo, it even metastasize ke paru-paru. He was hospitalized for weeks for palliative and supportive care. He was later discharge and doctor did not promise him anything else. It came to be, last Wednesday 4th February he has lost his battle. Al-Fatihah!
Rejected and Hatred
Malam yang sama dan waktu yang sama aku dapat berita pemergian arwah pakcik, aku dapat SMS dari Helmi (tepat-tepat masa aku tengah bersedih, bagus tul) bagitahu ‘Attachment cancel’. Nice, just what I need to hear for the very moment. Aku gi mengetuk umah Farra nak bagitau, malas nak bazir 0.15 sen mesej dia sedangkan umah dia ngan umah aku tak sampai 10 langkah. Aku minta opinion dia sama ada nak balik Sabah malam tu atau tak, considering still banyak assignment and tugasan yang diamanahkan kepada aku yang belum siap. Pas tu aku bagitahu juga tentang pembatalan penempatan elektif kat HKL.
Early in the morning, selepas buat tahlil ringkas, I stay up to do some assignment untillah that 9 a.m, Farah bagitau ada kelas replacement Patho Respi dan ada presentation. Aku dah gelabah, nasib baik presentation to dah lama siap. It took me 15 minutes to get ready. So masa aku present hari tu, I’m in the mood of grief and unprepared and frustrated (due priorly uninformed about presentation).
Yup! Memang sakit hati bila dapat tahu yang dean refuses to issue surat pengesahan for elective posting. Prof. Yasmin did explained it to made it sound belivable and palatable. Tapi entah apa yang aku nak kesalkan? Maybe sebab I’ve been making a big plan and dah bagitau my family that I won’t be back for semester break. Tup! Tup! Aku kena buzzer menyatakan “You Rejected!” on my face.
Kecurangan (Ke’Memey’an)
Tengah aku cari bahan untuk assignment COMD and PHLS, tetibe chat box YM pop-up dari my long time friend. She asked me whether I’m busy or not because she need someone to tell about her problem. I replied, “I’m all yours, shoot!”. I wanted to call her, tapi considering yang dia memakai talian makhluk kuning dan saya memakai ‘talian panas’ (Hotlink), aku batalkan niat. YM ni terang-terang free (except for Broadband bill lah), so apakah salahnya aku menggunakan apa yang ada.
So dia pun cerita yang husband dia bercurangan dengan betina lain. My friend sekarang tengah mengandung dan tengah busy habiskan Master di UPM manakala laki dia berfoya-foya cam Norman dan Memey kat Sabah. Mentang-mentaglah bini dia jauh di mata dan jauh di kote' dia kan? Yang Pakcik tak tahan tu, betina perselingkuhan tu siap dengan bangga MMS gambar mereka berdua berfoya-foya pada my friend ni. My friend yang tengah sarat mengandung dengan segala hormonal cocktail dan tertekan nak siapkan assignment menjeritlah cam Naomi Watts dalam cerita King Kong. Maka keluarlah segala mantera-mantera makian sambil dia menangis teresak-esak dan kadang-kala terjerit-jerit. Dia pun hubungi suami dia untuk dapatkan pongesahan dengan taipkan ‘ON LAKI BANGSAT’ dan tekan CALL. Suami dia pun mengaku setelah dimaki-hamun (suka dia ni kena maki), maka keluarlah sejarah cinta laknat mereka ini sambil my friend teresak-esak di hujung talian hayat. Dapatlah diberitahu bahawa suami dia ni mula-mula berselingkuh dengan betina Memey itu selepas 2 minggu my friend bertunang dengan suami dia yang laknat itu. Celaka tak?
My friend yang keluarkan duit beli kereta untuk husband dia pegi keja rupanya digunakan untuk mengangkut betina Memey ini (mulia gila perangai jantan bangsat ni). Pas tu, my friend buat loan RM15,000 nak beli tanah untuk buat rumah and suruh husband dia uruskan rupanya habis digunakan untuk meng’urus’ betina Memey itu. Tak habis di situ, husband dia dan betina Memey ini juga telah berprojekkan berkali-kali. Mentang-mentang bini dia takde, suka-suka dia je memerojekkan betina Memey itu tanpa rasa was-was sehingga menjilat jari. Aku yang membaca tulisan dia di chatting box itu pun menjadi geram dan stress. So dia tanya aku macamana nak balas balik perbuatan suami dia tanpa perlu bercerai-berai. So aku pun bagi cadangan yang ala-ala sengal. My friend gelak sambil menangis. Dia kata, dia rasa terharu walau bagaimana teruk pun dia pernah layan aku dulu, tapi masa-masa susah ni akulah yang ada di sisi dia untuk menghiburkan dia (sebelum ni, kitorang ada perselisihan faham sikit). I said I don’t mind, I’m here for her anytime she wants me to. After all, we’ve been friend for 7 years now. Untuk membuatkan dia ketawa terbahak-bahak selepas beberapa hari dia berendam air mata makan hati berulam jantung bagi aku adalah suatu tangungjawab seorang kawan.
Dia cadang nak buat suami dia tak dapat jumpa anak yang bakal dilahirkan. Dia nak suami dia rasa betapa ketika dia sarat mengandungkan anak tu, suami dia tak pernah menjalankan tugas sebagai bakal ayah malahan berlacuran dengan betina Memey. Sepanjang berchatting dengan my friend ni, beberapa kali aku buatkan dia tergelak (menurut dia lah). Bagi aku, jantan macam laki dia yang muka cam William Hung, mamat American Idol's Rejected tu (series) tu tak layak untuk ditangiskan. Banyak lelaki lain yang boleh menggantikan tempat dia. So lebih baik bergelak sokmo sambil mengenangkan betapa laki dia bakal menderita dengan plan-plan yang kitorang rancang untuk membalas dendam.
Presentation Assignment + Quizzzzzzzessss
Can you imagine, dengan keadaan yang berkabung + mengantuk + stress, aku kena siapkan dua presentation assignment dan kena baca nota for quizzes? Aku ni sememangnya amatlah geram dengan nasib aku ni. Tiap kali ada group assignment, yang kena buat banyak kerja mestilah aku jugak. Apa-apa benda pun, aku jugak yang kena siapkan. Bukanlah my group member ni tak buat keja langsung, they did their part, so did I, tapi keja mengcompile ni amatlah seksa buat aku. Being perfectionist, aku ni taknaklah kerja cam rojak. So aku akan baca, extract, summarize, delete, rearrange etc. sampailah aku puas hati. Ada fakta yang takde, aku tolong letak, gambar takde aku gi cari, pendek kata aku ni bukan sahaja tukang compile tapi tukang completekan semuanya. Ada pulak group member yang bagi salinan power point je, salinan words hampeh takde. Kalau buat satu assignment dalam satu masa, aku bolehlah tahan. Tapi kalau dah kena buat dua tu, mestilah aku meletup kan. Group member lain tengah best baca nota untuk kuiz aku tengah struggle depan laptop nak completekan assignment. Pukul 2 pagi aku pegi CC kat area DE tu nak print. Dah siap, hantar. Lepas tu ,ada group member aku nak ucapkan terima kasih? Takde! Ada dorang nak offer bayar harga untuk print tu? Takde! Dorang buat tak tau je. Kan bagus kalau dapat buat assignment sorang je. Sendiri struggle, sendiri dapat markah. Sendiri mau ingat dey!
Aku dah bosan kena jadi constant provider setiap semester. Akulah yang menderita semata-mata nak senangkan kerja orang lain. Ada yang jenis copy paste kat internet pas tu bagi aku untuk compile. Dahlah tak bagi aku reference dari mana? Bagi random fact yang ntah valid ntah tak. Dah tu kadang-kadang aku prepare powerpoint, aku prepare soft copy, aku prepare hard copy dan aku juga yang kena present. Aku heran juga, mereka ni tak rasa ke yang aku ni pun manusia, reti gak rasa penat dan nak berehat. Setiap kali aku cakap kat dorang, dorang jawab, “Ala! Apis tak payah baca untuk kuiz, Apis kan terer!”. Yelah, banyaklah aku terer, kalau dah tak baca, mana fact tu nak lekat kat otak. Boleh ke aku jawab pasal history of America, kalau aku tak pernah baca. Memang gila babas lah orang terer macam tu. Kira tahap Wikipedia.
Aku pernah cuba nak lepas tangan tak nak buat banyak keja. Tapi siap ada cakap belakang pulak yang kata aku ni pemalas lah hape. The only group assignment yang aku tak banyak keja adalah presentation Patho Nervous pasal meningitis dan encephalitis, walaupun aku dah contribute my part. Tapi nama aku dah dikeluarkan sebab aku tak datang present, so takde markah aku kat situ. Aku terpaksa masuk group lain dan present. Meaning, untuk subjek tu je, aku kena buat dua kali keja, satu presentation. Sedih tak jadi seorang aku?
Kalau ada orang tanya mengapa prestasi aku sekarang ni agak merosot, aku jawab sebab aku terlebih buat keja. Group member yang lain prestasi meningkat sebab mereka ada banyak masa untuk studi sementelahan aku ni banyak masa untuk siapkan assignment. Dorang studi jawab quiz dorang dapat markah sendiri. Aku buat assignment group, markah bagi sama rata dengan group member. Adil tak? Fikirlah sendiri. Kepada siapa yang terasa dengan posting aku ni, nasiblah korang. Aku yang rasa susah, aku berhak nak komplen. Korang bukannya nak ambik tahu. So SHUT THE F**K OFF!
1 comment:
welcome to the club bro.
aku pon tension dowh sume bende nak aku je yang kene buat. esp part presentation, macam **** ar nak s0h aku buatkan Word eventho aku cakap bagi softcopy presentation plus word.
aku pon macam ko gak bro, aku la keje compile segala esemen by group nih. and bila aku cakap aku tak study for quiz or whatsoever, dorang just kata, "kau dah tere, takyah study pon takper." macam **** ar kan? arhgh! melampau!
seriusly bro, ader gak orang mcm aku nih. tah sampai bile 'kawan2' kita tuh nak depend kat kita je. aku bosan!
Post a Comment