Tiap kali balik kampung belah mak, makcik, pakcik dan sepupu akan berkata “Dah panjang besar [bahaya ayat ni kalau dibiarkan sebagai understatement] dah anak-anak bujang ni, bila nak kawin? Dah ada girlfriend ke?” [Huh! Sesungguhnya soalan tu amat dahsyat kesannya terhadap hati nuraniku. Siapalah yang nak kat aku yang kacak ni?]. Sebab itulah kitorang anak jantan ni liat nak balik kampung belah mak, sebab rata-rata sepupu dah beranak pinak. Ya! Aku telah menjadi pakcik sejak umurku 11 tahun lagi Carlos. [bunyi cam pengakuan “aku telah hilang teruna pada umur sekian kepada si dot dot” kan?]
Sebagai nak memujuk diri sendiri yang telah ‘dipukul’ inferiority complex, aku cuba reevalute diri aku. Buat teknik realization untuk memahami kitar hidup masyarakat pekan atau kampung ni beza dengan mentality metropolitan macam kitorang ni [dijamin tiada unsur riak ataupun takbur]. 2/3 sepupu-sepapat aku belah mak adalah perempuan. 2/3 sepupu-sepapat belah mak aku tak berpendidikan tinggi. Mindset mereka, lepas abis SPM, cari keja, cukup duit beli keta, cukup duit lagi kawin. Bukan mereka tak mampu untuk melanjutkan pelajaran dari segi material ataupun mental, tapi mereka dah memang tak minat. Mereka pegang prinsip “Perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi. Kawin, beranak, jaga laki, jaga anak.” Apa dah jadi dengan gerakan Feminisme dengan moto ‘Empowering Women’. Mereka dah limitkan kapasiti development hidup mereka setakat itu saja. Sementelahan mentality keluarga aku plak yang ditanamkan kat kepala aku oleh bapak aku “Jangan berhenti belajar selagi masih muda, otak masih cerdas”.
Ayah aku memang sanggup berhabisan dan berhutang semata-mata nak bagi pendidikan kat anak-anak. Kenapalah aku tak nampak kesungguhan mak bapak aku dulu. Kalau tak, takdelah aku tercampak kat MSU ni. Bila adik aku tak nak sambung degree sebab nak masuk polis, ayah aku bagi silent treatment sampai adik aku cave in. Bapak aku pernah cerita betapa masa dia muda dulu tak ada peluang yang sama seperti kitorang adik-beradik, so kitorang tak boleh sia-siakan peluang yang ada. Dulu atuk dan nenek aku takde duit nak hantar anak-anak sekolah tinggi-tinggi.
Tengok, aku dah menyimpang jauh dari topic kawin ni. So bila fikir-fikir balik bagi sepupu-sepupu aku yang pompuan lepas SPM, keje. Pas keje, kawin. Kalau laki kaya Alhamdullillah, cerah masa depan; tapi kalau kawin dengan se-marhaen yang hidup cukup makan, tangisan marhaenis juga untukmu. Bukanlah aku nak memandang materialistic cuma, tapi memetik kata-kata dari flyer MLM yang masuk dalam peti surat aku hampir setiap hari berbunyi “Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlu wang”, aku pun turut mengangguk dalam diam. Ya cinta itu buta, cinta tak memandang harta dan rupa, tapi cintakah lagi kalau hidup menderita? Demi cinta, lautan api direnangi [kerja sia-sia]. Sepupu-sepupu lelaki aku plak yang keje ‘lumayan’, pas tu beli kereta, pas tu kawin (common cycle ni) duk menyewa rumah, hidup cukup makan. Bagi aku mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap diri sendiri. Bukannya mereka serba kekurangan sumber untuk berjaya dalam pendidikan, mereka mampu, tetapi mereka tidak mahu menyimpan impian tinggi dalam hidup mereka. Walaupun belajar tinggi-tinggi tidak akan menjanjikan kekayaan, tapi ia menjanjikan status sosial yang lebih baik. Status sosial ditentukan melalui banyak perkara antaranya kekayaan, keturunan, pangkat, jasa dan pendidikan. Kalau tiada empat yang pertama, at least ada pendidikan yang baik cukup untuk meletakkan diri dalam status yang dipandang tinggi masyarakat.
Bila ustaz aku menjawab, “Hang pikiaq apa sangat status sosial tu, bukan boleh bawa masuk kuboq!”, aku terdiam. “Kahwin tu boleh mengelakkan maksiat,” aku angguk. “Perkahwinan mengembangkan umat Islam di muka bumi ini!” , “Pahala berumahtangga ni besar ibarat membina masjid” aku tunduk dan menanam tekad. Namun ustaz menyambung pula, “Tanggungjawab lelaki dan suami itu amatlah berat. Dia akan tanggung dosanya, dosa isterinya, dosa anak perempuannya (yang belum berkahwin), dosa ibunya (bila ayah telah tiada). Lelaki walau sudah berkeluarga kena bertanggungjawab pada keluarga dan ibunya.” Adus! Telan liur juga aku, dosa sendiri dah bertimbun, nak tanggung dosa-dosa yang lain, azab ni. Ketahuilah USTAZ tu adalah ilmu dalam kepala aku sendiri yang menimbang-tarakan perihal perkahwinan secara longgar dan kusut. Namun itu tidak harus dijadikan alasan untuk berkahwin lewat atau tidak berkahwin langsung. Perkahwinan adalah suatu perkongsian yang paling indah. Menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Tepuk dada, auscult paru-paru, palpate spleen, percuss lung, tanya Iman.
Mungkin pilihan aku untuk tidak bercintanan buat masa ini adalah tepat, sedikit-sebanyak godaan ke arah maksiat pun kurang. Tapi manalah tahu tiba-tiba pintu hatiku yang tertutup ni diumpil oleh mana-mana insan yang berkuasa gaban (tahap pecah rumah), aku nak tutup macamanapun dia masuk dari tingkap, mau terjatuh chenta jugak aku. So wanita-wanita di luar sana, janganlah goda aku, kang aku kawin ngan korang kang, padan muka dapat laki miskin. Korang kenyang ke setakat tengok aku yang kacak ni? [wah bongkak sungguh. Sepak diri sendiri.]
No comments:
Post a Comment