Wednesday, February 11, 2009

Perihal Kahwin Part 3 – Wanita Oh Mentua

Aku faham bagi kaum pompuan, kahwin-mahwin ni isu sensitive. Tanyalah mana-mana perempuan single yang dah masuk umur kritikal tu, siap kalau ditanya “Bila nak kawin ni? Umur dah lanjut” gerenti si tukang tanya tu dah kena sumpah dalam hati. Sebab masyarakat kita masih dibendung dengan pemikiran lama. Wanita-wanita eksekutif metropolis mempunyai moto “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lelaki”. Wanita-wanita kampung punyai moto “Belajar tinggi-tinggi, dapat kerja hebat, tapi kalau tak berlaki, takde maknenye Senah!” atau “Perempuan belajar tinggi manapun, lambat laun ke ceruk dapur juga”. [Ni pegangan orang Melayu yang menyebabkan bangsa jatuh merempat di negara sendiri] Masing-masing nak je kawin cepat, kalau boleh besok tunang, lusa nikah, tulat... Bukannya sebab gersang ke ape, tapi sebab UMUR, siap ada yang target nak kawin pada umur tertentu dalam lingkungan 20-an. Kalau 30-an dah kira tahap ‘dara tak dipandang’ (nama alternative bagi anak dara tua). Ada juga yang yang fobia dilangkah bendul, ada yang memang tak laku dari awal, ada yang mementingkan kerjaya dan ada yang boyfriend tak cukup-cukup duit lagi nak masuk meminang sebab hantaran dan belanja kawin nak lawan Mawi dan Datuk K. [tak guna tul mamat dua ekor ni, pasal dorang dah set standard bar tinggi sangat, banyak lelaki menderita]. Logik tak mak bapak sekarang, anak pompuan tak kawin dok bising-bising, “Hang ni ape lah, gi mandi bunga je lah”. Tapi bila anak pompuan tu dah dapat pilihan hati, dia gi letak harga cam beli penthouse kat Trump Tower tu, mana lah prospek menantu tak meremang. Simpan duit sampai merangkak tua pun takkan cukup nak cover hantaran, kenduri-kendara, etc.


So bakal-bakal pak dan mak mentua, kenduri-kendara cam pesta citra warna tu tak menjamin kebahagiaan (kecuali menantu tu kaya) tapi pasti menjamin anak anda hidup merana. Mana taknya, dah menantu gi pinjam ceti ribu-riban, eh silap, berpuluhribu-riban semata-mata untuk majlis 2-3 hari, nak membayarnya bertahun-tahun tak habis. Tu tak masuk kos pindah rumah sebab dikejar ceti, trauma rumah disimbah cat dan surat-surat ugutan. Moral of the story, cukup syarat nikah-kahwin dah lah, buatlah majlis walimatulurus yang kecil-kecil ikut kemampuan (tak perlu nak berhutang-piutang).


Ada dua benda yang tak best waktu pegi kenduri kawin. Pertama kita akan diperingatkan bila pulak giliran kita. Kedua, orang yang kita wish “Selamat Pengantin Baru” atau “Tahniah!” tu selepas ni tak akan remain the same person so kita cam bagi dia handshake “Goodbye my friend!”. Bak kata orang tua-tua, “Dah masuk ke alam baru” so suasana pun baru. Dulu lepak ngan member, sekarang lepak dengan mak dan pak mentua, ipar duai, dan mereka-mereka yang sama waktu dengannya.


Yang best pegi kenduri kawin adalah untuk survey market. Banyak gak bunga-bunga yang lawa. Ada satu common sikap bunga-bunga yang pegi majlis kawin, mereka ni akan turut dilanda demam nak kawin gak. Tak caya try pegi mana-mana majlis kawin, kalau korang cukup tampan, gerenti korang dapat lebih kurang 2 – 3 phone number. Aku dah kena time sepupu pompuan aku kawin aritu, siap kitorang adik-beradik ditarget dan diserang hendap, sedar-sedar kitorang dah secara tidak rasmi dicop oleh bunga-bunga ni. Yang tak bestnya, kitorang dapat tahu dari orang ketiga (posmen) bila bunga-bunga ni dah balik. Kalau rumah kat area-area tu takpe gak, ni rupa-rupanya gadis Kenyalang. Hadus.! Tak pandai aku nak berlongdistance relationship ni. Yang dekat pun tak tergapai, lagikan yang jauh.


Most of my close friend masa sekolah dulu dah kahwin, cam ada petanda je nak suruh aku kawin awal, kejam tul petanda tu, kang aku liquid paper. Target umur nak kawin dalam 30-an, itupun bila ekonomi dah stabil. Rilek ar, George Clooney, Brad Pitt yang kaya raya tu pun tak kawin lagi inikan pula aku. Susah-susah buka catalog, pilih bini mail order dari Vietnam.


To all my ex-shoolmate yang dah selamat melayari alam rumahtangga, tahniah! Terima kasihlah tak jemput aku, dah bertahun tak jumpa tak dengar khabar berita, tup-tup dah beranak 3. Disebabkan aku tak tahu bila korang kawin, di dalam hati aku telah tersilap cop status anak-anakmu itu. Maafkan aku!


Kepada yang nak kawin plak, Selamat melayari bahtera rumahtangga. Ingat! Cam belayar di laut, ada gelombang, pasang surut, angin sepoi-sepoi language, ikan jerung, mentibang laut, Spongebob dan warga Bikini Bottom. Bahtera bukan sekadar untuk men‘dayung’ ke pelabuhan bagi mendapatkan anak-anak kapal yang baru, tapi juga untuk dikongsi bersama co-captain menuju ke destinasi. Destinasinya ialah keredhaan Allah dan hidup bahagia di dunia dan akhirat. [sememangnya aku tak layak nak bagi nasihat! Aku berjalan dengan tunduk segan sambil awan gelap mengikuti kat atas.]

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...