Tuesday, January 18, 2011

Ringan Sama Dijinjing, Berat Tak Payah Angkat

Medical Student U.S

VERSUS

Medical Student MSU


Workload and Burnout = memasak dengan banyak dan gigih tetapi masakannya hangus?

NOT!

Tadi bincang dengan Dr. S tentang questionnaire for dry research yang my group nak buat untuk Community Medicine nih. Mula-mula beliau kata it is okay nak target OPD client, tiba-tiba dapat tahu semalam yang tak boleh target OPD client sebab supposedly kena ada keizinan dari KKM memandangkan research ni nak di-publish-kan (dengarnye lah) *rolled my eyes and whistle*, so kalau KKM tahu kitorang buat research kat OPD client kat Klinik Kesihatan Sungai Buloh ni, mesti kena investigate punye. Kitorang sepatutnya berada di luar pengesanan radar kawalan. Kiranya kalau KKM tu ada radar mencari mutiara naga keluaran Capsule Corp, kitorang yang ditempatkan di jajahan Gombak ini, takde sorang pun menyala berkelip-kelip. *aku sendiri tak paham analogi ini*

Hari ni aku tunjukkan contoh questionnaire Goldberg untuk check mental health kat Dr. S, dia approve my dwibahasa version tapi tiba-tiba dia kata kena buat kat general population pulak. Yelah nama pun Community Medicine, of course kena buat kat populasi awam. Sebab banyak sangat orang buat research among students. Kalau buat kat OPD, pastikan bukan pada client tetapi pada peneman client ataupun pekerja klinik. As long as orang yang diberikan questionnaire itu bukanlah pesakit. Pening nye. Lepas tu dia nak aku validate-kan questionnaire tu mintak pakar BI translatekan dari BM ke BI dan pakar BM translatekan dari BI ke BM untuk memastikan kualiti soalan dalam questionnaire itu adalah valid agar tidak ter-Sophia Coppola-kan Scarlet Johannson (apekah?) maksudnya tak 'Lost in Translation'. Memandangkan hari ini kepala hotak saya boleh terima darjah tekanan dan irrationality pada threshold tinggi, saya angguk-anggukkan sahaja.

Bila ditanya rasional buat research berkenaan kesihatan mental, aku explain bahawa kebelakangan ini isu burnout among medical student dah banyak di-publish di journal dan news articles, paling prominent adalah research Burnout and Suicidal Ideation among U.S. Medical Students so maybe nak buat local research pasal benda ni. Of course-lah MSU medical students adalah strain rentan (resistant) terhadap burnout because we are 'that good' (on the contrary), *laugh and puke* *laugh and puke* --> *LOL* --> *ROFL* --> *RIP*

Merenung jauh menembusi dinding *untuk effect dramatik*, terfikir rupa-rupanya banyak benda nak kena buat. ingatkan nak buat research bodo-bodo je, of courselah bias sangat tinggi.

Procrastination adalah 8th Deadly Sin yang patut diwartakan.

Mari kita lihat kenapa cranial bone fracture with scalp dehiscence (due to previous trauma) dan brain exudation dikalangan Medical Student MSU adalah tidak berunsurkan jenayah. Ini adalah contoh checklist saya (ada 90% prevalence dengan risk factors yang sama).

1. Log Book Ophthal (11 Cases)
2. Log Book ENT (11 Cases)
3. Log Book = Buku Latih Tubi SPM (*SPM= Social & Preventative Medicine = Comm Med)
4. Weekly Presentation
5. Weekly Report (softcopy + hardcopy)
6. Clinical Diary
7. KPL study group monitoring
8. Studying for upcoming 3rd Internal Purgatorial (ENT + Comm Med + Ophthal)
9. MSU: Kami Prihatin Campaign - Ketua Division 'School Attack'
10. Assignment 'Asbestosis'
11. Probably Weekly Quiz
12. Perkara-perkara berbangkit

Sekarang sila berikan alasan kenapa aku tak sepatutnya melakukan stunt intentional self-inflicting tergelincir ketika turun tangga sehingga mendapat crack skull dan request medically-induce comma with DNR request? With insurance benefits from Etiqa, PruBSN dan Aviva.


~*~* DONDAAAAAAANG SAYAAAANG!!! *~*~


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...