Sunday, January 16, 2011

Album Review: The Black Keys - Brothers


Kali ni kita buat review dalam BM. Bukankah grammar kau macam haremm, ada hati nak buat entry BI *muhasabah diri sendiri*

Okey, bila dengar album ke-5 duo ini kita akan teringat The White Stripes dalam era moden dan Lynyrd Skynyrd (sobut Linerd Skinerd dengan tajwid phonetic) dalam era bapak kita. Apakah persamaannya? Iya adik-adik, Punk-Blues, Blues-Rock, Garage Punk. Pening tak? Oh tak perlulah mengkastakan muzik sebagai genre apa-apa. Kita simpulkan konsep album mereka ini sebagai Dondang Sayang sahaja. *stroke*

Elemen muzik utamanya, seperti band rock yang lain adalah overdosage of electric guitar in a good way. Ia membuatkan kita rasa tinnitus kerana muzik yang bingit dalam masa yang sama suara vokalisnya Dan Auerbach (as in Auerbach plexus kat intestine, hehehe) compensate tanpa di-overpowered oleh muzik. Meaning stapedius muscle kat ossicles anda contract dan relax dalam confusion. Tapi selepas beberapa track, anda kan terbiasa dengan style muzik sebegini.

Ada dua major elements dalam muzik ini, guitars (lead & bass), drum dan kadangkala synthesizer. Range suara Dan Auerbach bermula dari suara orang bangun tidur jawab telefon, (a.k.a mendayu-dayu malas) hingga ke falsetto. Oh bagus, dia juga menggunakan megaphone, saya teringat kat asrama masa warden kejut bangun solat subuh.

Sebagai rutinnya saya mendengar album terbaru, saya akan mendengar kali pertama untuk mendapat tahu general style. Kalau rasa cam tak suka, saya ambil masa beberapa hari untuk recuperate dan mencuba sekali lagi with a clean slate of mind. Kali kedua untuk menghayati sambil mencari lagu yang mana satu yang best dan kali ketiga untuk revisit each song manalah tahu ada lagu best lain yang tercicir.

Album ni ada 15 lagu, secara generalnya saya sangat suka album ni. Sangat suka *superlative intended*. Semua lagu best tapi among yang betul-betul meninggalkan kesan adalah 'Tighten Up', 'The Only One', 'Too Afraid to Love' dan 'Ten Cent Pistol'.

Kalau album ni ada jual kat Malaysia, silalah beli dengan kadar segera (selepas anda bersedekah sekadarnya kepada yang memerlukan). Tapi malangnya selain dari album The Best of Siti Nordiana, yang ado Jenal!!! Jadi fikirkanlah ikhtiar contohnya *cough* *cough* BTJunkie torrent *cough* *cough*.

NEXT UP: Arcade Fire - The Suburbs


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...