Monday, January 30, 2012

Cerita Balkoni (Di Suatu Pagi)

Another entry panjang, sila banyak bersabar. Sediakan tisu jika perlu.

Hari itu seperti hari-hari yang lain, aku ke balkoni rumah. Tapi tidak seperti hari-hari yang lain, hari itu berbeza. Sebab apa ia berbeza, sebab haribulan hari ni berbeza, duh. Okey, biasa kalau aku nak ke balkoni, ada beberapa perkara yang aku akan buat; gi sound jiran sebelah yang suka pasang woofer and bass kuat-kuat, jemur baju, angkat baju, jemur towel, ambik towel, dan sesajer nak tengok orang lalu-lalang, sebab aku dah takde kerja lain. Hari ni dalam skema panorama dari balkoni rumah ada sesuatu yang berbeza. Apa yang berbeza, adakah sebab udara yang berjerebu? Bukan. Lihat gambar ini.


'U' tu tak complete lagi. Terjatuh ke?


Bagi kita yang jarang berada di kampus MSU ni, memang kita tak sedar betapa pembangunan fasa kedua MSU dah hampir siap dan it looks great. Yang kita tau, kat depan wad lama HTAR tengah buat tempat parking baru. Sekarang kampus baru MSU dah hampir sama dah macam ilustrasi dalam buku Majlis Konvokesyen Ke-3 2007 masa diploma dulu (masa tu still kat PWTC).

Tiba-tiba ada perasaan yang muncul dalam diri. How far have we come. Oh, terasa 30th April 2004 baru je beberapa hari lepas (tipu tak agak) *diamlah I nak emosyenel sikit*. Masa tu vision untuk memiliki kampus sendiri hanyalah sekadar propaganda model dalam kaca di bawah spiral stairs kat pintu masuk ke lobi ofis SY (masa tu belum Dato' lagi) sebelah Theater Hall (masihkah kau ingat?). Masa tu parents telah ter-awe dengan betapa hebatnya perancangan kampus yang sangat besar kompleksnya, maka tanpa segan silu ibu bapa pun mengeluarkan RM1024.50 (ingat sampai sekarang, resit masih simpan) untuk pendaftaran. Katanya 2005 siaplah kampus itu. Masa tu saya yang naif ditemani bapak saja, sebelum bapak tinggalkan saya terkontang-kanting selepas lunch kerana mahu mengejar flight katanya. 

KUTPM waktu itu hanya ada satu blok kelas iaitu Blok A berkongsi dengan PTPL, dan pelajarnya adalah tidak ramai. Blok C adalah asrama. Pangsapuri Perdana adalah sangat sunyi sepi dan kosong. Dan kita pernah melalui fasa-fasa perkembangan KUTPM, pernah rasa buat kelas kat dalam Stadium Shah Alam, tempat budak Sains Sukan UiTM. Kita pernah cuti enam minggu sebab masa tu KUTPM tak cukup venue kelas sebab pelajar semakin bertambah (akibat intake setiap bulan), nak kasi pelajar PTPL cuti sem baru students KUTPM boleh naik.

Dan zaman-zaman sesat di Annexes juga kita pernah lalui. Fakulti yang bermula dengan SHS dekat blok B dekat atas CC Jerry (masa tu hanya sebuah kedai handphone dan reload dan burn CD lagu), berpindah ke atas HooHaa sebelum berpindah ke blok C sebagai FHLS dan kemudiannya IMS. Zaman dulu selalu kutuk KUTPM kat group di Friendster. Dari KUTPM ke MSU. Dari rumah kedai berwarna tadika riang, ke bangunan gah sebelah fly-over.

Dari duit elaun MARA RM341.70 (degree tambah RM50 je) ke RM770. Dari tambang teksi RM2 sehala (dulu buka meter RM1) ke RM4 (buka meter RM3). 

Isu utama yang selalu dipersoalkan adalah misteri bilakah kampus MSU siap. Dari 2005 ke hujung tahun 2006, ke 2008 yang dikatakan pecah tanah pun belum. Akhirnya ia telah tersergam indah.

Sewaktu dalam awal pembinaan, saya pernah dibawa melawat ke tapak pembinaan sebagai wakil kelab MSC bersama presiden kelab MSC dan kelab-kelab lain. Masa itu sikit pun tak paham apakah rupa sebenarnya bangunan MSU. Lif pun takde. Sayang album gambar telah terdelete dari Facebook. Tujuan lawatan itu sebenarnya adalah untuk mendedahkan kepada wakil-wakil kelab betapa misi kampus MSU telah berjalan dan bukan hanya khabar angin semata-mata.

*   *   *

Dulu bila kita ditanya "Hang study kat mana?"
Kita jawab "KUTPM" dengan nada rendah penuh hasanah, di mana 'K' itu disebut dengan sirr (samar-samar) mengikut tajwid ikhfa' haqiqi sebelum ditanya semula, 
"Padia?" 
Kita pun cakap "KUTPM" dengan nyaring dan tawadduk (contradictory).
"Tang mana tu?"
"Shah Alam."
"Ooo...UiTM ke?" kat sini either kita punyai pilihan berkata "Aah," untuk menamatkan soalan kurang selesa ini, atau jawab dengan insistent "Tak, kat Seksyen 13." 
"Ek???" anticipate muka berkerut derogatory si tukang tanya di sini, "Ada kolej baru ka kat situ?"
"Dok, lama doh."
"PTPL eh?"
Dengan rasa give-up "Aah." mati satu group myocardium kerana hati terluka. 

*   *   *

Generasi baru yang tak pernah merasa semua itu sangatlah beruntung mengenali MSU per se. Tapi bagi generasi seperti kita yang merasa jerih payah bersama MSU, kita patut berasa bangga dengan progress yang MSU kecapi sekarang. Bak kata-kata klasik, "Tu duit aku tu buat kampus baru tu."

So kalau saya katakan pada hari itu, memandang pada bangunan MSU dari balkoni Pangsapuri Perdana mengusik sedikit perasaan saya, saya akuinya dengan jujur. Kerana sudah 8 tahun bersama MSU, saya boleh katakan yang saya didewasakan di bumi Seksyen 13, Shah Alam bersama MSU (formerly known as KUTPM *perlulah*). Dari seorang remaja yang belum pernah meninggalkan tanah Borneo, kepada seorang yang liat nak balik semula ke sana *derhaka alert*.

*   *   *
Sekarang ni bila orang tanya "Belajar kat mana dik?",
Sebelum jawab kita dah siap nak buka Google Map dengan satellite view nak explain, pas tu jawab "Kat MSU, ala yang ka..."
"Oh yang besar sebelah flyover tu eh? Wah best lah hang." dengan tak menyempat-nyempat dia dah mencelah. Muka penuh kagum. "Mahal ke belajar kat situ?" 

Dan anda pun, dongak dagu sikit, angkat bahu tinggi. 


Pakai sunglasses. Dan jawab...


"Aah." 
pastu jalan dengan megah. Jangan pandang belakang. Anggap ada explosion kat belakang

*   *   *

Video tutorial macamana nak berjalan megah.




p.s. sebenarnya nak buat entry nostalgia ala-ala melancholic, tiba-tiba plak jadi cenggini. Apadaa!!! Thought flow tak parellel dengan niat.


3 comments:

oxaloacetate89 said...

Salam,
Best giler!!!! da lme x buat entri mcm ni.hahaha.tuliss lg senior!!!

like.like.like

under the sky said...

permulaan yang meruntun jiwa...namun ter-distracted ngan H <3

Aniron Orion said...

Oxalo: thank you ;-)
Farah: H is one hell of one-liner

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...