Monday, May 16, 2011

A Woman Who Kick-Started Me: Makgu

Gambar ditaja oleh Pasaraya Tesco

Mak saya adalah GURU PERTAMA saya secara harfiah dan metafora. Well sebagai seorang ibu dia adalah pendidik pertama saya dalam perkara yang tiada dalam kurikulum dan syllabus Kementerian Pelajaran Malaysia. On how to button your shirt, how to hold a spoon, how to brush your teeth correctly, how to wash hands, how to chalk your shoes, how to iron your shirt etc. dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar life skills education.

But lucky to be me, my mom was also guru kelas saya yang pertama (she was first class indeed). Sementelahan saya masuk darjah satu masa umur 5 tahun sebab takde siapa nak jaga saya kat rumah masa tu. Kat pedalaman, ala-ala set Jungle Book, mana nak cari nanny? (letrik dan air pun takde bai).

Mak saya guru dan ayah saya guru besar kat sekolah yang sama, bermakna kedua-duanya bekerja pagi ke petang. Tiada siapa berani persoalkan budak underage macam saya masuk sekolah awal dua tahun? Bukan jenayah pun kan? Lagi jenayah kalau tinggalkan anak kat kereta tengah panas atau kat rumah takde siapa yang jaga. Masa ni Shahrizat Jalil belum jadi menteri lagi so idea Day Care Centre kat tempat kerja adalah seperti Galileo Galilei berkata kepada Cardinal betapa bumi ni sebenarnya bulat instead of flat dan ia mengelilingi matahari dan bukannya the other way around. Pastilah akan dituduh heresy and blasphemy kan?

Sebab saya terlalu muda, saya kena repeat darjah satu dua kali. Bukan sebab saya fail exam okey. Tu pun still kira underage lagi. Tapi takpe sebab ayah saya ketua samseng sekolah. Mak saya kata "Jangan panggil 'ibu' dalam kelas, panggil cikgu", tapi saya kadangkala tersasul juga. Perkara yang best dapat mak jadi guru kelas adalah saya boleh menjadi Cartel atau Mafia dalam kelas. Hahaha. Tapi saya tak buli orang, tapi orang yang dibuli akan datang kepada saya. Kira kalau kat Wild Wild West, saya adalah Sherif, dan kalau kat tv series 'Walker: Texas Ranger', saya adalah Chuck Norris minus tendangan padu maut (round kick). Sebabkan mak saya tak ambil kisah sangat pertikaian dan kenakalan budak-budak kecil yang suka mengusik sesama sendiri, maka saya terpaksa menggunakan "Kekuasaan Bulan Akan Menghukum Mu!!!" *buat pose kaki belit-belit complicated*

Jika ada budak-budak yang suka selak skirt pinafore budak perempuan, maka borang report sexual harassment (a.k.a childhood sexual curiosity) akan sampai ke meja saya. Tanpa berlengah saya mengenakan pakaian Tuksedo Bertopeng (Mamoru Chiba) melemparkan bunga mawar kepada si pesalahlaku dengan ultimatum "Aku cakap mak aku, eh silap...aku cakap kat cikgu Dayang!" maka menggeletarlah mereka semua. Kwah...kwah...kwah.

Mak saya sangat garang. Kalau mak marah, tangan dan rotan akan hinggap kecuali ke atas saya. Masa itu Kempen Hentikan Penderaan Anak sedang aktif, kempen dera murid takde dalam agenda kerajaan, so it is okey to rotan pelajar but if the student is your son, it's a felony. Hwah hwah hwah. Pada masa itu jugak mak bapak tak sekerek mak bapak sekarang, kalau rotan anak sampai berbelang cam zebra, tetap mak bapak datang waktu hari penyerahan report card bawak ubi kayu dan padi bukit sebagai tanda terima kasih kepada cikgu. Mereka sangat menghargai guru, dan pengorbanan mereka yang sanggup ditempatkan di daerah pedalaman. Sementelahan Sekolah Kebangsaan Pinawantai, Kudat tu sekolah pedalaman dan most parent adalah uneducated macam Lauryn Hill nyer album 'The Miseducation of Lauryn Hill', adakah bermakna Lauryn Hill orang Kudat? (non-sequitur)

Mak saya adalah Cikgu BM, Pendidikan Seni, Muzik dan Matematik. So everytime kalau ada homework atau latihan kat kelas, bila hantar bagi Makgu (Mak+Cikgu) periksa, boleh demand mintak bintang lebih. Harus di ingat, waktu ni Sinaran Pasport Kegemilangan belum ada lagi okey, so konsep bintang-bintang tidak diciplak dari mana-mana. Masa tu nak lukis bintang sangat complicated, macam lukisan trigonometry pun ada. Bintang tu dilukis guna pen merah. Holy Grail, darjah satu ditegah guna pen let alone red ink pen. Makgu biasa bagi 2 bintang kalau dapat 80 markah and above dan 3 bintang kalau dapat 90 markah and above. Sebab saya ni secara congenital memang ada anaphylactic terhadap math, so selalu sangat banyak silap bila buat class exercise, sebab nak berlumba siapa siap dulu dan hantar first. Sebab saya kan anak nombor dua, so kena berusaha keras nak impress Makgu. Tapi last-last Makgu suruh padam yang silap dan buat balik. Dah tu bintang dapat kaler itam, sebab pen merah abis dakwat.

Sebab banyak sangat salah, Makgu tak bagi 3 bintang. Selalu berasa sedih disebabkan itu. Budak-budak lain semua dapat 3 bintang siap compare sesama sendiri. Tapi bukankan Cikguku Makku jua, maka mak akan tambah bintang kat rumah, dengan syarat jangan cakap kat kawan-kawan.

Apa yang saya respek kat Makgu, walau segarang dan se-brutal mana pun dia, takde mak bapak pernah komplen pasal dia. Bukan sikit budak-budak kena cubit dan babat oleh dia, sampailah sekarang mak saya adalah antara guru yang digeruni di sekolah. Paling pelik, tiap kali hari guru je, mak lah yang banyak dapat hadiah. Dari bunga, jam dinding, pinggan mangkuk, frame gambar, vase, hamper etc., hari guru adalah hari mak saya balik dengan tangan penuh. Kalau keluar jalan-jalan dengan mak, ada je anak murid dia datang tegur siap cium tangan. Duduk kat kedai makan, tup...tup...owner kedai tu bapak bekas murid mak, dapat diskaun. Pegi pasar, peniaga kat pasar tu adalah murid mak, dapat sayur free. Mak selalu insist nak bayar jugak, tapi bekas murid-murid mak tak nak terima. Siap ada momen-momen dialog chicken soup, "Cikgu dah banyak berjasa pada saya selama ni,"

Mak bukan sahaja diingati oleh murid-muridnya, tetapi juga mak bapak murid. Bayangkan, murid dah mencecah ribuan, tambah mak bapak, bermakna kebarangkalian mendengar "Eh, Cikgu Dayang" ketika bersiar-siar bersama mak adalah berkadar langsung dengan jumlah tahun mak mengajar. Saya sangat kagum dengan mak sebab dia boleh ingat nama semua murid-muridnya dia siap tahu kerja mak bapak dan hal-hal muridnya. Murid mana yang bapak dia foreigner, murid mana yang anak yatim, yang mana mak dia kerja besar, yang mana bapak dia kawin dua etc.

Dulu selalu juga kacau mak tiap kali dia menanda report card atau fail murid. Bila saya sebut je nama murid tu, mak boleh ingat nama penuh siap dengan some anecdotes tentang murid tu. Saya sangat jeles dengan daya ingatan mak saya. Mak saya juga adalah polis tatabahasa saya, sebab tu dari sekolah rendah sampai menengah, subjek BM saya jarang dapat bawah 80 markah. Ketakutan dibaham jerung adalah tidak sama dengan ketakutan membawa balik kertas penulisan BM Kertas 2 dengan markah 78% at which the latter was scarier.

Dulu masa isi kat fail tentang cita-cita, saya selalu letak nak jadi Guru sebagai pilihan pertama; bukan disebabkan mak saya yang tolong isikan fail saya. Ia memang terinspirasi dari makgu dan bapak. Plus masa tu, menjadi doktor bukanlah pilihan sebab saya sangat trauma dengan doktor being sick-ridden I was.

Mak saya adalah guru sekolah rendah yang mengajar hampir 30 tahun.

Dari Sekolah Rendah di Tawau (1981 - 1985), (sebelum saya lahir)
ke SRK Sacred Heart, KK (1985 - 1989)
ke SK Pinawantai, Kudat (1989 - 1993)
ke SK Pekan, Pitas (1993 - 1995)
ke SRK Stella Maris, KK (1995 - present)

Oh cerita kat entry ini moral sebenarnya nak ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru termasuk Makgu saya.

Bila saya baca puisi Usman Awang dari buku koleksi puisi Usman Awang (refer THIS entry) milik bapa saya, bertajuk 'Guru oh Guru' saya selalu teringat kat Makgu.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

(dua rangkap ni je yang saya hafal, yang kat bawah ni saya Google)


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


*tiba-tiba nak nanges*



Saya Sayang Makgu Saya:

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...