Monday, March 28, 2011

Journey to Milky Way: Samsung Galaxy Tab


Ini bukanlah review gadjet biasa, saya katakan dengan penuh serius sehingga urat dahi saya timbul.



Saya baru saja membeli Tab. Sila jangan meminta saya menterjemahkan kepada bahasa marhaen sebab seperti mana sinonimnya ‘i’ kepada Apple, begitu juga ‘Tab’ kepada Galaxy. Oh saya sebetulnya tidak mengidamkannya langsung. Saya sebenarnya berura-ura memiliki iPad yang harganya jauh lebih murah dari Tab, tidak terlintas langsung pun untuk memiliki Tab sebenarnya. Saya sememangnya sangat terangsang melihat spesifikasi iPad di Apple Online Store yang saya kunjungi lebih kerap untuk memuaskan nafsu ke’gadjet’an dengan lebih kerap berbanding nafsu ke’jurnal’an ke website Medscape. Pada satu waktu yang mengizinkan, ketika saya bersedia menyambut kehilangan Samsung Corby Ch@t WiFi saya dengan senyuman gembira *saya tahu saya damaged*, (which some might see as just a right time to be), saya terus berura-ura nak beli iPad dan dan tu juga. Tiba di kedai gadget yang kelihatan seperti brothel-brothel telefon bimbit yang menggiurkan di sana sini, sementara saya menunggu unit iPad yang saya berura-ura untuk membeli itu dikeluarkan dari stok, saya terpandang Galaxy Tab seperti terpandangnya lone ranger kepada blonde Southern chick at the end of the bar. Oh saya tahu siapa dia, berura-ura jamais vu kononnya (for dramatic purpose).

Bila saya dihulurkan Galaxy Tab sebagai watak wanita penggoda lelaki tua yang kaya dalam drama-drama Melayu TV3, saya pun terus jatuh cinta lantas membatalkan niat asal memiliki iPad. Iya saya tahu ibarat saya memilih Maria, minah cabaret berbanding Melur anak dara Haji Leman Orang Kaya Kampung Semantan. Amat jarang sekali orang berpaling dari Melur sementelahan dia anak orang kaya dan ada rupa dan…dara. Begitulah analoginya saya berpaling dari iPad dengan tanpa melihat belakang ataupun kiri kanan (sangat tidak digalakkan ketika melintas jalan ketika dikejar chettiar).

Seperti lelaki lain yang tertarik pada yang langsing dan mudah dibawa kemana-mana, saya tertarik kepada Tab kerana dia kecil dan mobile, maksud saya ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja berbanding iPad yang jika saja saya ada poket kangaroo, mungkin possible saya membawa iPad kemana-mana.

Oh mengapa tidak iPhone sahaja, kata-kata saya kepada saya juga dalam satu sesi program bual bicara ‘OCD & Alzheimer Today’ bersama alter ego. Saya ada satu perkataan untuknya tanpa berniat menyindir sesiapa, bagi saya ia adalah sangat ‘overrated’. Umum maklum yang saya bukan pengejar trend, saya suka melawan arus seperti ikan salmon (yang banyak Omega 3 itu).

Tidak perlukah saya nyatakan apakah kelebihan iPad kepada Tab, tapi apa yang Tab ada iPad atau even iPhone seriously tak boleh lawan. Ini adalah antara key features yang menyebabkan Steve Jobs merasa macam bladder paralyzed sebentar.

Memory: External memory dalam bentuk kad Micro SDHC expandable sehingga 32GB. Produk Apple sangat taboo kepada perkara ini kerana mereka mengaut untung pada memory built in dan juga mereka suka mendominasi semua hardware dengan hardware buatan sendiri sahaja.

Android: Android Market yang ada lebih dari 200,000 FREE *saya tekan rewind sekali lagi*…FREE applications accessible melalui gadjet yang ada Android OS. Bukannya saya katakan yang Apple tidak ada free application, ada memang ada tetapi mungkin hanya untuk phone yang ‘lepas penjara’ a.k.a jailbreak.

Root & Upgrade: Boleh root OS dari 2.2 Froyo kepada 2.3 Gingerbread atau HoneyComb 3.0, bermaksud ibarat saya upgrade Window XP (dulu pernah) kepada Vista kepada Window 7 dengan…*saya berhenti untuk berdehem*…PERCUMA, dengan syarat anda ini adalah tech savvy. Sebenarnya siapa sahaja boleh melakukannya. Apa bezanya dari jailbreak? Ia bukanlah tersenarai dalam kanun acara jenayah dalam buku undang-undang Samsung.

IAP: Ia boleh menjadi Internet Access Point. JANGAN TERKESIMA. JANGAN TAHAN NAFAS… Jika anda subscribe kepada plan Broadband 3G BiGi seperti saya atau apa-apapun data plan oleh service provider lain (e.g. Maksis, Selkom) id est broadband 3G solely atau 3G plus voice and video calling and SMSes, you can.

Tab anda boleh digunakan sebagai such kind of router, dimana anda boleh jadi internet connection provider kepada lima WiFi enabled gadget yang lain seperti laptop, notebook, mobile phone, iPhone, iPad, iPod Touch etc. Saya bukan cakap macam orang jual ubat bagi besar ‘ibu jari kaki’, saya cakap betul. Saya connect to internet dengan teethering (yes that’s the word) through my Tab, dan saya dapat coverage 3G fullbar. To good to be true, tapi ia pantas menghabiskanhayat bateri Tab anda. Nevertheless, it worked and faster than WiFi kat McDollah dan Al-Rajoo.

Memandangkan data plan saya ada threshold 3GB *fair user policy katanya*, penggunaan berlebihan akan menyelowdaunkan speed connectivity saya, tapi saya rasa ia seperti satu invisible ticket of unlimited internet access. Some service provider tak suka application teethering ini kerana ia menyebabkan mereka rugi kerana pemilik telefon bimbit selalu je exceeding threshold sebab connect to internet guna laptop teethered by mobile phone.

Voice Call, Video Call, SMSes – Tab boleh digunakan untuk ketiga-tiga fungsi di atas sementelahan iPad boleh bungkus baju balik Bangkahulu. Of course iPhone boleh buat semua ini tapi well it is a phone at first place. Blackberry ada BBM for free. Well, given that you can install YM atau Skype to Tab, it means you can make voice call and video call for free too, don’t even get me started on how to connect via text. There’s many mobile accessible website, or apps in Android Market. Memanglah ia sangat besar untuk dijadikan phone macam biasa, tapi phone conversation boleh dilakukan dengan menggunakan headset yang disertakan atau Bluetooth set.

Readbility: siapa suka membaca buku bergolek-golek di tilam empuk, sila jangan bergolek-golek baca novel Mills & Boon atau imaginative and explanative erotic story jika menggunakan iPad, ia akan menjadikan anda cedera dan carpal tunnel. Boleh saja bergolek-golek menggunakan Tab ketika membaca Ebook atau membawanya ke mana sahaja tanpa perlu membawa buku banyak. iPhone can do that too, but if only I can say the same about pain of constantly zooming pages. Sigh.

Apps: sangat banyak app percuma di Android Market dari sobodoh-bodoh kepada sebijak-bijaknya. Hanya tinggal nak tak nak je untuk download.


ThinkFree: seperti mana-mana Android Froyo OS enable gadjet yang lain, Tab membolehkan anda menyimpan, melihat dan mengedit dokumen seperti Words, Excel dan Powerpoint. Memandangkan android phone lain sangatlah cenonet untuk mengedit and it will take like forever to do one document, leave alone trying to press through small button, Tab make it easy for you. 7 inches screen membolehkan anda mengedit dokumen last minute. Atau memulakan mana-mana dokumen sesuka hati.


Bottomline (no not an ass-crack)

Well seriously you need to have a Tab to actually experience it. I made a rigorous research on videos and review that clearly biased towards non-US product. They have been kissing Steve Jobs skinny ass for too long. It just so typical of them. This is my version of review. They making fun of a so-called-bulkiness of Galaxy Tab while praising Motorola Xoom and Blackberry Playbook which clearly at similar size, hypocrite aren’t them? This is why you should never believe on US review on non-US product.

Well actually there is more to Galaxy Tab then what I can convey here. Of course there will be report about how Galaxy Tab crashes or whatever, but which gadget doesn’t? Even iPhone on it early days had it own share of flaw and been bombarded loud enough that forced Apple to release security update etc.

While iPad more like a leisure tablet, Tab is a serious version of it. Meaning with Tab, you work hard and you play hard too. While iPhone is too small to view ebook, Tab have the right size for it and still maintained the ability to be carried around without being mistaken as waiter carrying a tray (in case of iPad). iPad has no camera while iPad 2 does not make amends for the lack of making phone call and sending SMSes despite having two camera. It can only boast dengan it speed of connectivity crap. What used of speed without functionality kan? Ibarat Forrest Gump yang berlari laju tapi mentally retarded. Tab is a peaceful solution of bulkiness of iPad and needs-constant-zooming iPhone.

Well as a pioneer of middle size tablet, and serious contender to give Apple a run for its money. Surely there will be other tablet coming soon with better OS as for now, Motorola Xoom is heading with Android 3.0 Honeycomb. I believed Samsung will produce better tablet in near future even though it started to copy the size of iPad by producing 10.1 inches screen on its latest Tab version just to mess with Apple.


1 comment:

under the sky said...

this is awesome!! i changed my mind......TQ #halelujah

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...