Wednesday, December 08, 2010

Top 10 Freeware & Shareware You Should Have In Your PC - Part 1


SOFTWARE PERTAMA: Advance System Care Free


Saya sangat cintakan software ini lebih dari saya cintakan parut appendicectomy saya (yang kononnya cool tu). Sangat tak rugi men-download dan install beliau kerana beliau adalah seperti isteri zaman kini yang mithali (<--ramai ke?); keupayaan multitasking-nya mencabar kewibawaan bibik-bibik terlatih dari Badan Akademi Bibik Indonesia (<--sila acronym-kan nya). Saya sangat cintakannya sehinggakan selepas saya upgrade dari Vista ke Window 7 pun (terima kasih p ada orang terlibat <-- see saya orang yang tahu menghargai jasa) software pertama yang saya cari adalah beliau. Walaupun dalam versi yang tak upgrade ke version PRO berbayar, fungsinya tetap terbaik. Kalau saya jumpa Pengarah Syarikat IObit ni, saya nak tolong gilapkan kasut beliau. Walaupun kita pakai free version, kita still boleh guna full functionnya.

Kalau nak review penuh, sila request saudara Rizuan Ali buat review. Dia punye function banyak sangat sampai nak explain pun macam boleh buat thesis. Serious. Kalau nak tahu, sila download di Download.com dan install-lah, dan alamilah sendiri, korang takkan menyesal. Kat Download.com, software ni di tangga ke-11, (setakat tarikh aku menulis entry ini). Dengan click satu butan 'CARE' dia dah tolong jaga PC anda seperti bibik yang mithali. Kalau tak puas ati juga, meh sini aku tumbuk pancreas kau. Kalau puas hati, sila belanja saya makan :-p

Main Function dia:
  1. First, Maintain Windows: dalam function ni Spyware Removal, Registry Fix, Privacy Sweep, Junk Files Clean
  2. Second, kat Diagnose System: System Optimization, Security Defense, Disk Defragment, Security Analyzer
  3. Third, kat Tools ada:
  • Tune-Up Functions: Disk Check, Disk Cleaner, Disk Doctor, File Shredder, Game Booster, Internet Booster, Smart Defrag, NetworkingMon, IObit Registry Defrag, Shortcut Fixer, Smart RAM.
  • Security Functions: Driver Backup, IE Security Assistant, System Backup, System File Checker.
  • Admin Tools Functions: Auto Shutdown, Cloned Files Finder, Context Menu Manager Disk Explorer, Restore Center, Startup Manager, System Information, Windows Manager.


Software ni ada adik, silalah download adik dia sekali. Tak baik kau pisah-pisahkan mereka. Adik dia adalah IObit Security 360. Seperti kakak dia, dia juga ada multitude functions yang sangat membuatkan kau rasa bersyukur hidup kau dipermudahkan Allah. Serious, saya tidak bergurau. Saya taip entry ini dengan menekan keyboard secara kuat, sebagai penegasan.
  1. Kat function Scan, boleh pilih samada nak buat Smart, Full or Custom Scan.
  2. Kat functio Protection, boleh activate:
  • Automatic Protection Against Known Malware
  • Advanced Protection Against Unknown Threats
3. Ada Added Tools yang ada function: Hijack Scan, Find Security Holes, Passive Defense, Unlock & delete, Privacy Sweeper, Password Generator, PC Tuneup dan IS360 Portable.

Kesimpulan: Korang akan rasa macam bersalah menggunakan software ini dengan percuma sehinggakan korang rasa volunteer nak bayar segala Budi dan Jasa (read: lagu MSU), beliau. Serious, kalau korang nak rasa macamana perasaan terhutang budi, silalah download software ini.

SOFTWARE KEDUA: FlashGet


Beliau ini digunakan oleh saya untuk men-download segala benda yang boleh di-download di internet. Tapi lazimnya saya gunakan untuk download torrent TV Series seperti Cerekarama, Upin dan Ipin, Semanis Kurma, Jidin, Melodi, Buletin Utama (<-- kalau korang percaya aku download benda ni, sila ketuk kepala guna benda keras).

Saya tahu ada software macam BitComet dan BitTorrent untuk mendownload torrent. Tapi software ini sangat semak, mengusutkan kepala hotak, banyak sangat iklan, banyak sangat button yang membuatkan kita rasa macam tak puas hati kalau tak tekan. Macam ada je pintu Narnia bila kita tekan. Natijahnya bila kita dah rajin tekan dan click sana sini. Software kau jadi autism dan spastic secara pukal. Thus saya tidak memilih software demikian. FlashGet tidak pernah mengecewakan saya. Saya telah menjadi tokan TV series yang berjaya kepada member-member secara percuma kerana adanya menatang ni.

Saya bukan tak suka Internet Download Manager yang superfast itu dan melampaui kelajuan kentut anda. Tapi seperti yang saya katakan tadi, saya tak suka kusutkan kepala hotak. Kepala hotak saya dah terlalu banyak sulcus, so saya mahu yang sedang-sedang saja (read: lagu dangdut Iwan). Betul, saya tidak cerewet memilih software seperti cerewetnya saya memilih pasangan hidup. Teeet!!!

Tak payah rasa bersalah melakukan illegal download ini, sume pun citer omputih, dari mengkayakan diorang beli set original DVD, baik kau menderma kepada fakir miskin. Kalau kau download citer bukan-bukan, kau siap. Dosa tanggung sendiri. Saya biasa download torrent kat BTjunkie.org. Anda boleh men-download macam-macam benda dari sini termasuklah DOSA. Jadi gunakanlah ia sebaik mungkin.

Kesimpulan: untuk rasa kepala ringan dan user-friendly downloader, gunakanlah FlashGet. Anda tidak perlu download putus-putus atau tak lengkap atau lambat cam siput lagi. Bagaimanapun kelajuannya depends pada Internet Service Provider (ISP) anda dan kelajuan connection anda. Tapi biasanya saya download 3-5 series sehari (saya tahu, sangat sedih, tapi saya seorang penyabar) menggunakan P1 Wimax Basic Home Plan. Saya tahu saya selalu melanggar treshold limit dan peraturan-peraturan against P2P mereka. Tapi saya peduli apa, saya bayar bulan-bulan, tak pernah hutang okey. Kalau nak laju sangat, silalah subscribe VPN, ia akan membantu anda dari usaha ISP anda nak throttle kan connection anda, kira dia ni cam samseng kaki pukul terhadap ISP anda. Kalau semua orang menggunakan menatang ni, nescaya menangislah ISP anda bersama tikar yang digulung.

Hahaha...kesimpulan saya sangat panjang. Jangan cuba bercumbu dengan saya.

SOFTWARE KETIGA: Orbit Downloader


Ia juga adalah downloader pantas. Tapi ia tidak boleh mendownload torrent. Disebabkan kadang kala mendownload mengunakan Mozilla, Chrome dan Opera dan *sigh!* Internet Explorer (<--remember her?) sangat lambat dan kadang kala terhenti separuh jalan. Ada ketikanya juga dia claimed download complete, sekali check balik, pergh...kau telah didustai Leman.

So disinilah Orbit Downloader ini memainkan peranan. Kau biarkanlah FlashGet itu berdedikasi download torrent. Menatang alah lain seperti video YouTube kau biarkanlah Orbit Downloader yang download. Kalau nak lawan antara FlashGet dan Orbit nih, Flashget bolot lebih banyak download speed, so Orbit ni macam hyena, dia curik speed sikit-sikit. Yang penting kedua-dua downloader ini tidak akan menganggu speed anda ketika melayari laman web.

Satu lagi kelebihannya, dalam updated version, ada Software Updater. Ia akan cek semua software yang korang install kat PC korang dan tolong carikan kalau ada latest update version. So korang tidaklah menggunakan software versi lama sebab dia akan tolong alert-kan kalau ada updated version semua software kat PC anda. Hanya tinggal nak ke tak nak je.

Kesimpulan: ekau simpul eh sendiri Jang.


SOFTWARE KEEMPAT: AVG Antivirus 2011



Kalau anda ni jenis kedekut nak beli original antivirus, silalah pakai AVG ini. Saya dah gunakan beliau dari tahun 2004 lagi dan saya tak pernah kecewa. Perluke saya terangkan kenapa perlu download antivirus pada anda? Adakah anda begitu naif *merenung tajam*.

Kat Download.com, ia di tangga ke-1, so korang paham-pahamlah kenapa. Personally, saya sukakan AVG kerana ia mudah digunakan, tidak beratkan komputer seperti Kaspersky (yang macam pengetua Monastery) dan tidak sekecoh Norton yang sikit-sikit keluarkan amaran itu ini. Tidak selemah Avast dan BitDefender, yang sumpah kalau kau guna still juga PC ko kene Herpes dan Hepatitis. Saya ulangi, ia tidak mengusutkan kepala. Kalau anda menggunakan AVG 2011, ia memberikan trial AVG Internet Security selama 30-hari, selepas itu ia akan teruskan kepada AVG Antivirus 2011 Free secara automatik. Nak tahu apa kebaikan Internet Security berbanding Antivirus biasa, tanyalah pada pakar software saudara Rizuan Ali, eden lotih nak eksplain.


Kesimpulan: ...jap nak sambung kesinambungan dengan software kelima


SOFTWARE KELIMA: Avira AntiVir Personal Free



Memandangkan saya ini ada masalah adalah sedikit paranoid. Saya cam sukar tidur lena kalau hanya ada AVG untuk melindungi PC saya. Seperti juga sesebuah negara ada Tentera Darat, Laut, Udara dan Simpananan dan *duh* Rela, saya juga memerlukan dua gabungan hebat untuk melindungi laptop saya yang sangat tegar ini. Oleh itu saya ada dua antiviruses dan satu IObit Security 360 (tak tahu nak panggil dia apa, nak kata antivirus, banyak sangat functionnya).

Adakah mereka ini tidak berkonflik sesama sendiri. Dari pengalaman saya yang melakukan poligami antivirus berdua ini selama lebih lima tahun, mereka tidak akan bergaduh. Tengok kaki lah beb *senyum angkuh*

Tricknya begini. Jikalau anda nak install kedua-dua antivirus nih, anda perlu menginstall AVG terlebih dahulu. Sebab AVG nih tak suka menjadi 'isteri' nombor dua. Kalau tidak, dia mesti nak kau 'ceraikkan' Avira sebelum kau 'kahwin' dengan dia. Bagi and yang tidak paham metaphor ini, silalah menangis. Selepas anda install AVG, barulah anda install Avira. Avira ni sangat fleksibel, dia takdelah suruh korang ceraikan 'isteri' pertama sebelum kawin dengan dia. Dia pasrah je, ibarat janda anak tiga. Setakat pengalaman saya, apa-apa aktiviti suspicious yang dapat di-detect oleh AVG akan juga dapat di-detect oleh Avira. Biasanya Avira detect dulu.

Salah satu kelebihan AVG terhadap Avira adalah kerana dia ni tolong cek sekali sebarang website yang anda Google di internet. Dia akan cek search results untuk memastikan manakah website yang berbahaya, silalah jangan klik link tersebut kecuali anda adalah orang yang degil dan tak mendengar kata dan suka mencari nahas. Banyak juga kelebihan AVG terhadap Avira. Avira Antivirus (bukan Internet Security), hanyalah antivirus simple dan humble je, tapi jangan cuba nak main-main, dia sangat peka. Apabila kedua-duanya ini bermadu, mereka sangat rukun damai. Masing-masing try nak impress PC korang nak tunjuk sapa lagi terer.

Lupakan FProt, Webroot, Norton, McAfee, Avast dan PcTools (morelike PcFools) kerana ia sangatlah membuang masa dan duit kalau anda membelinya. Dan janganlah terlalu memandang tinggi kepada ESET, sebab ada member yang berbangga dengan menatang ni last-last kena gak virus, trojan, worm, malware, spyware bagai. Walaupun Kaspersky menggunakan Jackie Chan dan Lee Chong Wei sebagai duta, anda still kena beli and upgrade new version setiap tahun. Kalau upgrade free tak pe, still nak kena bayar jugak. Saya katakan dengan nada kecewa "Perghhh..."

Tambahan lagi, pernahkah anda mendengar amaran virus Kaspersky dan Avast? Pergh, kalau time tu tengah pasang speaker kuat, mau terkejut beruk dan mentibang. Silalah jangan cuba berpoligami dengan Avast, beliau sangat memperlahankan PC dan interfacenya membuatkan saya membencinya pada pandangan pertama. Bajet cool. Kaspersky sangat leceh juga, asyik-asyik keluar amaran kat sudut bawah kanan skrin. Saya tak suka antivirus yang demand perhatian lebih-lebih ni. Rasa kalau benda tu wujud dalam bentuk fizikal, nak je picit-picit sampai pecah menggunakan prinsip memicit jerawat yang masak.


Anda boleh membeli Avira dan AVG yang provide full function, tapi bagi saya; tak perlulah. Versi yang free pun dah cukup memadai.

Kesimpulan: kalau dah ada antivirus tapi tak rajin update definition, samalah seperti anda ada Facebook tapi tak pernah update status atau activity. "Takde maknenye bai!!!" *sambil menjuihkan dagu*

Kau install-lah limabelas antivirus pun, kalau kau tak update, tetap kena juga. Vaksin Hepatitis pun ada booster dose, inikan pula antivirus PC.


...saya sudah penat menaip, kita sambung next entry je lah ye untuk lagi 5 software yang anda perlu ada dalam PC, kalau anda adalah seorang yang cool. Kalau nak bertekak pasal antivirus, kononnya antivirus anda lagi best; sila tinggalkan hujah pada comment. Kalau nak cadangkan mana-mana software best, sila tinggalkan comment jugak. Kalau anda nak komplen entry ni panjang sangat, sila tinggalkan comment. Kalau anda nak mintak maaf sebab dah buat jahat kat saya, sila tinggalkan dunia ini segera. Hahaha


WABILLAHITAUFIK. SALAM.


2 comments:

under the sky said...

3-5 series sehari???
eyeing on flashget

Aniron Orion said...

series mean episodes...3-5 episodes per day average size 350MB per episode

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...