Saturday, October 02, 2010

Randomnity of Bullcrap-itation-ary

Random #1

Entry ini sangat random dan tidak berkhasiat. Mari kita bermula dengan kata-kata kekaguman.

"Ah, dia sangat pandai hari ini..."


Random #2
Saya menulis...

"I need to live. I need to keep my heart intact and pumping. But it wont happen if you keep it breaking."

...ketika saya tidak boleh tidur pada satu malam. Saya tidak tahu mengapa saya tidak dapat tidur dan mengapa saya tulis ia. Mungkin sebab saya tak suka makan kuih koci yang di Kafetaria ACC HTAR.

Random #3
Saya mencuba menyanyi chorus lagu Perfect Girl...

"Don't worry you will fine the answer if you let it go. Give yourself some time to falter. But don't forgo know that you're loved no matter what. And everything will come around in time."

...ketika memberus gigi pada suatu pagi. Masa tu saya teringatkan kepala otak saya yang banyak habuk. Hasilnya saya telah terberus gusi sekali pada kadar tujahan berus gigi maksimum. Selepas itu saya mencarut kesakitan.

Random #4
Camne makcik umur 50-an boleh tiba-tiba dapat ALL tanpa ada sebab musabab yang kukuh? Saya menemui jawapan ketika saya berbual-bual dengan seorang ustaz muda selepas kenduri doa selamat kat rumah kawan. Dia kata...

"Leukemia juga boleh disebabkan oleh gangguan makhluk halus."

...dalam respon beliau ketika kami berbual mengenai latar belakang keberadaan tembikai potong.

Random #5
Jangan tanya kenapa saya flushing? Soalan anda membuatkan saya lagi merah dengan kemarahan atau kemaluan [sic]. Pergi google common cause of flushing ada 238 semuanya. Mungkin suntikan sandostatin tak berkesan lagi.

Random #6
Saya tertanya-tanya kenapa dia begitu.


Ah anda telah membuang masa membaca aktiviti otak saya. Sila jangan paksa saya makan kuih koci.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...