Sunday, October 03, 2010

Pe-lecture (<--Sebut Cepat-Cepat)

Ini adalah duodenum dan ligament of Treitz

Ini adalah Spongebob dan imaginasinya


Saya memang dah banyak hutang kat kepala hotak saya. Saya berharap saya ada otak dolphin yang boleh tidur separuh sementara sebelah lagi berfungsi. Ketika saya mendenger lecture by specialist, saya sudah memprogramkan muka saya untuk membuat ekspresi tekun, perhatian, concentrate dan believable walaupun perbezaan antara tiga features ini bagi saya adalah sekadar pergerakan beberapa facial muscle yang janggal. Kerana respon indifference adalah sangat ketara yang tidak ditenggelami sedikitpun oleh micro expression. Emosi saya digambarkan berdasarkan engorgement facial capillaries saya.

Percayalah bahawa seperti sampah sarap yang tak dibersihkan MBSA, fikiran saya juga melayang-layang ditiup angin. Sebab saya tahu dengan membuat muka itu, specialist akan berasa lecture-nya sangat interesting dan terus ber-lecture-an penuh semangat despite the fact that “You had me at hello” eh salah, “You lost me pada transition slide ke-4 dan ke-5”.

Tapi side-effectnya, apabila membuat muka sedemikian, saya akan menjadi objek audience eye-contact oleh lecturer. Bila cakap je tengok muka saya. Takkan lah saya nak tidur kalau lecturer asyik tengok saya. So, bilakah masanya saya dapat tidur? Jawapannya NEVER. Kesimpulannya, kalau anda rasa mengantuk waktu lecture, buatlah muka interested yang patent. Hasilnya anda tak akan dapat tidur sebab lecturer asyik tengok muka anda albeit orang yang duduk sebelah anda membuat muka “Bilalah nak habis ni?” dan yang lain membuat awan “Apa yang dia cakap ni?”

Oh, perlukah saya tidur dengan mata terbuka. Bagaimana kalau REM saya disalah interpretasi sebagai nystagmus?

Otak saya like to linger around crappy trivial thought. What a waste of ATP.


Wait, isteri Lee Kuan Yew meninggal dunia. Seriously, how am I going to face the world.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...