Sunday, August 01, 2010

Cikgu Irene


Dulu sewaktu di tingkatan 3,
saya ada seorang guru bernama Miss Irene
Dia adalah cikgu Sains
Saya paling suka bila dia mengajar
...sebab bila dia sebut sesuatu perkataan...
..sebutannya sangat emphasized dan masuk ke dalam kepalotak seperti bolus
...juga tidak regurge dan reflux

Dia adalah andartu



Kacamata cikgu Irene
apabila digunakan untuk mencapahkan cahaya matahari
akan menyebabkan kelukaan tahap seriyes
sehingga ke bone marrow anda boleh cedera
tahap radiotherapy untuk leukemia
...percubaan saya menghiperbolakan betapa
...tebalnya kanta beliau



Selain dari cikgu Sains
cikgu Irene juga seorang cikgu komputer
wah...dorky and nerd nya beliau
bapa pernah suruh saya join kursus komputer bersama beliau
belajar Microsoft Excel dan Powerpoint
...sebab bapa nak suruh saya tolong buatkan statistik
untuk Master in Psychology-nya
...serampang dua mata-lah kononnya
bapak memang pandai



Susah untuk menjadi bodoh apabila mendapat didikan
...cikgu Irene
sebab beliau mengajar penuh dedikasi dan penekanan dan tumpuan..
...at times anda akan berasa sangat stress dan intimidated
...susah untuk menjadi bodoh, takut sangat
walaupun beliau tidak garang dan tidak cougar sifatnya



Cikgu Irene ada suatu kebencian
... "Jangan mengeluh." katanya
Suatu hari, ketika beliau sedang mengajar
saya yang digelar sebagai Cina Shantung (atau Shandong)
oleh Ustaz Nazri sebab selalu menguap (yawning) dengan kegigihan sejati
mulut terbuka luas tahap Mallampati Class 1
telah terlupa pantang larang ketika berada di kelas cikgu Irine
natijahnya, sayapun menguap seperti beruang baru bangun dari berhibernasi

...jeng...jeng...jeng



Cikgu Irene toleh ke belakang lalu berkata
"Siapa yang mengeluh tadi, sila bangun dan minta maaf pada kelas,"
Siapakah raja menguap kalau bukan saya
...all eyes on me
...for the very wrong reason
saya pun bangun dan minta maaf kepada seluruh kelas dan cikgu Irine sekali



Beliau menjawab
"Kamu masih muda untuk mengeluh, belum banyak lagi yang kamu tahu."
...hari ini, bila difikirkan balik
ada betulnya kata beliau



Bapak juga pernah berkata daripada mengeluh "Haih!" "Ish!" atau "Huh!"
lebih baik berzikir
...orang mengeluh seolah-olah tidak percaya pada Allah
tempat-Nya kita patut sandarkan segala kerusuhan hati
Keluhan, dan kemelut jiwa juga DIA-lah ubatnya.



Hmm... (<--ini bukan keluhan)

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...